Ahad, 15 November 2009

Fairy princess dah siap

Masih ingat entry yang dulu. Hasil dari lukisan yang ditiru dari corak cadar, saya cuba hasilkan menggunakan felt pula. Biasalah kalau ada puan kecik kat rumah ni, pantang lihat mama dia buat sesuatu pasti dia nak jugak. Ni la rupa meja jahit kalau dah mula nak membuat sesuatu...
Fairy princess selepas dipotong-potong... cubaan pertama kali ni.. nasib berjaya. Sukar sikit dibahagian tangan dan jari.


Amat penting disediakan alatan semua ini.. Gunting kegemaran saya.. gunting emas... pentingkan. Gunting ni tajam walaupun dah guna banyak kali. Saya guna hoop bersaiz " kali ini. Siap-siapkan juga benang, tak payah berterabur banyak-banyak.
HAsilnya.. Siap bersulankan nama puan keik. Tapi mcm biasa tak kemas, lama sangat tak menyulamkan. Suka sikecik tu bila bagitau tu nama dia. Mula la dia mengeja.. A..B.. D... hhaha C entah hilang ke mana.
Tadaaa... saya buatkan hasil sulaman tadi sebagai bantal... Boleh la dia buat main pondok-pondok dengan bantal ni.


Bahagian bawah saya gunakan kain bercorak. kalau dia tak nak mama dia jadikan sebagai pin cushion gergasi la gamaknya. hehehe ini la hasil seni keras tangan yang tak seberapa saya. Saya na cuba buat satu minggu satu hasil. Walau tak seberapa tapi pasti menyeronokkan.

4 ulasan:

  1. tahniah...ur wish to make it come true...
    emmm menarik 1 mgu 1 crafts...walaupun bz...tp cuba juga kan...ahaks..kna set mind ni...

    BalasPadam
  2. hani..cantikye...fida teringin jugaklah nak turut serta dalam dunia felt ni...asyik aja dengan patchwork..:)

    BalasPadam
  3. Fawa..
    Tu la macam tak caya je bila da siap.. sbb dah lama tak mnjahitkan.. kena kuatkan semangat baru boleh siap.. kalau tak jd tukun je la

    Faridah..
    jom jom buat felt.. seronok mcm bdk2 main warna.. hehe i tak pandai sgt la dgn patchwork.. tu yg slow aje bab2 tu

    BalasPadam
  4. hi,seronok la masuk blog ni.semuanya cantek dan kreatif2.bersemangat pulak rasenyer nk mengkreatifkan diri ini...

    BalasPadam