Isnin, 23 November 2009

Fridge Magnet: ABC

Saya dapat contoh tutorial untuk hasilkan magnet ABC ni dari Sew Mama sew kalau tak silap. Aktiviti menggunakan perca-perca kain yang berlebihan. Kalau ada banyak lebihan perca kain, tak tau nak buat apa.. boleh lah cuba buat aktiviti ini. Bahan-bahan yang diperlukan. Pilih bentuk font ABC yang paling mudah untuk dijahit nanti. Saya guna Font Arial Black. Perlu ada span, magnet dan perca-perca kain yang berwarna-warni.
Setelah itu, letakkan span diantara dua helai perca kain iaitu untuk bahagian depan dan belakang. Lakarkan bentuk abjad tersebut atas kain (boleh gunakan eraseable pen/marker). Kemudian jahit menggunakan mesin/tangan mengikut lakaran tersebut. Sebelum jahitan selesai, masukkan sebiji magnet dalam abjad tersebut. Kemudian guntingkan tepi abjad tersebut mengikut garisan jahitan.
Tadda.... ini lah hasilnya setelah digunting. Abjad dibuat secara random.. atau lebih kurang nama puan kecik.. hehehe
Seperti biasa, puan kecik akan menjadi model tak berbayar. Begitu ceria.. ada mainan baru. Tunggu mama siapakan semua ye sayang.. Dari A - Z. Seronokkan... lagi seronok kalau anda buat sama-sama dengan anak-anak. Selerak memang selrak tapi sambil menjahit boleh mengajar sekali sikecik tu. Anak gembira mama puas hati. :)

2 ulasan:

  1. waa bestnyer projek ni.. nak try gak la nanti...

    BalasPadam
  2. salam..hi...tumpang bertanya....kat mana nak dapatkan magnet tuh yer..cam menraik jer projek nih tuk try test..hihihih

    BalasPadam