Jumaat, 13 November 2009

Hasil seni

Puan kecik kat rumah tu memang suka melukis dan mewarna (dalam erti kata lain menyonteng). Kami pula suka melayan dia membeli buku, tak kesah la kalau harga RM1 pon mesti akan dibeli setiap kali keluar berjalan. Macam-macam lukisan yang dilakarkan. Dari dulu saya perasan dia suka lukis gambar kami. Tapi selalu bentuk cam orang lidi aje. Baru-baru ni saya tengok lukisan dia dah berubah, makin membentuk... Inilah hasil lukisan dia yang terbaru dikala berusia 3 tahun.. abah dan mama... Hehehhe ada rupa dah kan.. Dah bg penekanan pada mata dan rambut abah dia. Siap ada bentuk tgn lg. Kelakar memang tetap kelakar la kan. Tapi pujian tetap perlu diberi atas peningkatan ni. Nanti bila bentuk org dia dah berubah, akan saya ambil lagi gambarnya. Buat kenangan si kecil.

2 ulasan:

  1. saya pun suka belikan anak saya stationary berbanding barangan yang ntah hapa2...

    cutekan lukisan asli kanak2...truly from their heart

    BalasPadam
  2. ha ah la fawa kadang saya rasa nak gelak aje tgk apa dia conteng.. klakar je rasa

    BalasPadam