Rabu, 16 Disember 2009

Apple Juice dan rakan-rakan

Apple Juice ni nampak gayanya ada team sendiri eh. Teringat zaman sekolah dulu, semua ada klik masing-masing. Kalau boleh semua nak samakan. Nak tunjuk semangat setiakawan namaya.


Apple request nak pic 2 buah kaset dan nama-nama. Semua nak request yang mencabar daripada saya ye, tapi takpe saya anggap satu cabaran. Nak buat semua dalam bentuk dan saiz yang sama kena la betul-betul buat pemotongan.


Banyak-banyak lapis gak la felt yang digunakan. Tapi nampak cam ada kesan khas pula. Saya risau gak mula-mula kalau saya jahit tu tak nampak bentuk kaset, tapi bila tuan besar kata sekali pandang dah tau tu kaset, okeh la... berjaya :)

Ni saya rasa Apple punya... betul tak Apple? Ok la, selamat menggayakan dengan kawan-kawan yang lain, pastu suruh geng-geng lain buat sama dan serupa ye (macam memaksa aje.. :P). Terima kasih atas kepecayaan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan