Ahad, 13 Disember 2009

Bahan bacaan baru

Lama tak singgah ke Kinokuniya. Bila terbacakan blog AnasFadilah haritu yang sibuk berceritakan membeli majalah/buku di sudut bahasa mandarin, saya pon turut mencuba mencari di sudut DIY bahasa mandarin. Betul la memang banyak buku DIY. Mula-mula memang semua orang duk jeling saya sebab sibuk kat rak DIY tu, tapi saya buat tak tahu. Seronok sangat sebab banyak buku menarik dan harga pun murah dari jual online. Apa sahaja yang berkaitan craft ada kat situ tapi dalam bahasa mandarin atau jepun la. Ahaks. Tapi dia punya penerangan melalui gambar tu dah cukup untuk difahami. Antara buku yang mendapat perhatian dan dibawa pulang: buku menjahit beg, menjahit felt dan buku 1600 bentuk. Buku yang 1600 bentuk siap ada cd ada template. Semua gambar-gambar cute ada dalam tu. Geram betul.
Ini yang buku jahit felt tu. RM10 aje. murahkan. geram okeh tengok pic tu semua. Nasib la tangan ada dua aje, kalau tangan macam octopus boleh ke buat semua.. ahhaha tapi nak ke tangan macam octopus. Ada sesiapa yang baru beli majalah/buku jahitan? Marilah kita kongsi bersama. :)

6 ulasan:

  1. Wish to be an octopus jugak...dalam bab buat keje aaa....hihihi

    BalasPadam
  2. hehehe kan... nak wat keje nak jaga anak... semua2 ah.. tapi syukur alhamdulillah atas apa yang ada sekarang :)

    BalasPadam
  3. dua tangan ni pun x reti jugak nak buat macam mana..jahit butang baju pun failed lagik ni..jeleznya :(

    BalasPadam
  4. alaeli... hehe tapi kalau dah pandai nanti semua nak cuba tauu... cuba la... :)

    BalasPadam
  5. hani jual la buku ni online.. kita kt batu pahat ni payah la nak carik buku2 gini.. nak gak merasa 'pegang' buku2 kreatif ni.. (pegang jela.. buatnya wallahualam hehehe..)

    BalasPadam
  6. kak....mane akak beli buku macam katy en3 niey...geram ler...kalu akak nak jual...saye beli berpuluh rgtt pon saya sanggup...hihihihihi

    BalasPadam