Sabtu, 19 Disember 2009

Cuti yang menyenangkan hati

Dapat juga kami sekeluarga bercuti sekejap. Cuti dekat aje. Tapi bila jalan sesak tempat dekat pon jadi jauh. Tapi nak seronok punya pasal, sesak sekejap tu tiada kesan la sangat kan.

Muka adik yang amat sedih bila cubaan memasukkan dia dalam kolam renang.. REJECT!!! Nampaknya kakak masih mengekalkan rekod awal masuk kolam renang. Sedih, adik tak nak langsung duduk dalam kolam. Sejuk la tu, manja sangat selalu mandi dengan air panas. Nampaknya kena kerap masuk kolam renang la adik ni, kalau tak payah nak kena duduk tepi jaga dia.. tak seronok tau :).

Kakak?? Tak payah cerita, tangan, kaki, satu badan dah jadi asam kecut pon dia tak kisah, selagi tak kena jerit dengan tarzan selagi tu la dia berendam. Seronok ye kak, duduk rumah sekarang tak boleh kerap berenang macam rumah dulu, nanti kita pergi lagi ye.

Saya?? apalagi kalau dapat kain.. senang hati la. Dalam kepala ada aje yang nak dirangkakan. Sarung bantal, nursing cover, table runner.. hahahah semua menda nak dibuatnya. Berjaya ke saya nak buat? Insya allah. Seronokkan bercuti disebelah tempat jual kain ni. (memang takde tempat lain ke nak pergi??? hahaha janji saya senang hati)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan