Khamis, 24 Disember 2009

Model-model yang tak berbayar tapi memang best

Wahhh memang handsome pon Ryan ni. Besar nama Ryan kat dada tu. Sesuai sangat la kan. Terima kasih pada Mama Ryan yang rajin MMS gambar ni pada saya. Makin comel dibuatnya. :)

Ni baju yang separuh siap. Saya belum selesaikan yang bawah tu. Senang tak perlu ada jahit tepi. Sebab ada lining kan, sebenarnya memang boleh pakai dua-dua belah. Tapi sebab kain yang bahagian dalam dia tak comel, maka jadinya hanya digunakan yang dibahagian luar sahajalah. Seronok jahit pattern ni, sesuai untuk beginner macam saya. :)
Kan dah kata, badan memang muat bila guna size 2T tapi singkat, tinggi dah rupanya anak dara saya ni. Lain kali kena labuhkan banyak sikit. Susah la sekarang ni, model tak berbayar saya kurang nak beri kerjasama bila nak diambil gambar. Saja aje nak buat saya jadi tarzan bila nak ambil gambar. Sabar sangat tau. Aksi lain memang menyakitkan hati tapi kelakar sebenarnya. Kakak.. kakak, atau perlu kah saya bayar model ini untuk penggayaan seterusnya? Mengada..

3 ulasan:

  1. cute kimono dress tu hani, kain pun ala2 retro gitu..boleh wat gak ni hehe...

    BalasPadam
  2. zura.. kalau u yang buat ni ibarat tutup mata pon boleh siap la.. aahhah

    BalasPadam
  3. huhuhu...sbb tu taknak posing lelebih...kena bayar lebih sket ni mama oi....

    BalasPadam