Sabtu, 12 Disember 2009

Nota-nota muzik yang makin dilupakan..

Buat apa weekend ni? ramai yang dah nak mula cuti panjang. Saya masih berkira-kira nak bercuti ke mana. Tak pergi jauh la, mungkin dekat-dekat sahaja. Cadang dihati dihati nak bawa sikecik tu berendam. Kakak dulu 4bln dah mula masuk pool, adik dah terlewat ni. Nanti la ye dik.. mama aturkan sesi berehat kita. Balik kampung memang agenda wajib setip bulan kan, so memang aktviti rasmi la tu.

Antara yang dah hampir siap, cuma tinggal nak dijahitkan keatas tshirt. Ada yang dijahitpon, macam biasa la entry lambat. Kalau dah selesai semua dan dah sampai ketangan pemiliknya nanti saya update kembali. Tu yang saja je tindihkan antara satu sama lain.

Yang ini separuh dah selesai jahit, separuh lagi baru selesai digunting. Mencabar gak nak buat nota-nota uzik tu. Tiba-tiba teringat zaman zekolah rendah, belajar nota-nota muzik sebab wajib memainkan rekoder (betulkah ejaan ni? yang rupanya ala2 seruling tu.. hehehehe), sekarang semua dah lupa. Nampak sangat saya tiada bakat bermain muzik.

Minggu ni nampaknya agak panas, tapi tak sepanas tengah tahun haritu. Dah la tgh mengandungkan adik, memang panas yang tak ingat dah waktu tu. Saya suka sangat bila minggu hujan yang lepas, nyamannya.. sejuk aje tapi jangan sampai banjir dah la. Menyesal plak nanti. Ok la, entry ringkas saya dihujung minggu.

2 ulasan:

  1. waa... "rock mama"
    sempoi..
    nanat tini tunjukan yg dh siap yer..

    BalasPadam
  2. ha ah sempoi kan.. katanya utk birthday kawan... tunggu ye nanti saya upload hasilnya...

    BalasPadam