Selasa, 22 Disember 2009

Perlu dimulakan dan diselesaikan

Tahun 2009 dah nak berakhir. Tahun ni banyak aktiviti menjahit saya tergendala. Ada baby baru la kan dengan separuh tahun habis dengan keadaan loya tak boleh mengadap mesin jahit langsung. (Teruk betul) Adik dah 4 bulan lahir baru saya dapat aktif menjahit semua. Itu pon banyak yang saya kena polish balik. Baik dari nak bersihkan mesin jahit, kumpul barang jahit dengan skill menjahit yang kena upgrade balik. Ahaks....

Lepas ni saya kena fokus la sikit, mencari masa terluang nak laksanakan aktiviti menjahit. Moga tahun mendatang lebih produktif. (jangan produktif tang lain udah la. :P). Saya nak buat senarai apa saya nak laksanakan lepas ni. Mungkin dengan adanya senarai boleh tahu apa yang dah dibuat, apa yang sekadar tinggal angan-angan:-
  1. Nursing cover (adik dah nak 7bln tak buat-buat lagi)
  2. Sarung kusyen
  3. table runner
  4. school bag kakak (alamak kakak dah nak pi school lagi 2 minggu ni)
  5. langsir (ini target siap sebelum raya tahun depan.. boleh???)
  6. groceries bag (kempen jangan guna beg plastik ni)

cukup la list ni dulu. tengok berapa lama boleh siap. Berapa banyak boleh buat. nanti boleh update lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan