Jumaat, 1 Januari 2010

Tahun 2010 dimulakan dengan jayanya

Selamat tahun baru semua. Pasti semua sedang seronok bercuti panjang denga keluarga masing-masing. Masih ingat dengan senarai yang perlu saya buat, yang dirancang dan perlu diselesaikan. Akhirnya, saya berjaya juga buat sehelai nursing cover walaupun adik dah nak 7bulan. Tapi takpe, masih belum terlewat, dulu adik kecik sikit senang nak sembunyikkan.. sekarang susah dah, dengan dah lasaknya ada nanti saya yang terseksi dan seksa. Ceria habis fabrik yang saya guna. Bukannya apa, dah selesai BF boleh la adik buat main belek kartun-kartun yang ada atas itu. Seronokkan? :)
Dan yang penting, buat pertama kali saya berjaya buat lubang butang menggunakan tapak lubang butang. Tapaknya dah ada lama, tapi baru pertama kali nak digunakan sebab saya nak menggunakan butang besar, terpaksalah guna tapak khas tersebut. Boleh diselaraskan butang tu ikut keselesaan, kalau tengok lubang yang bawah tu tak kemas sangatkan, sebab, masa nak membuat lubang tu, saya terlajak memotong. Ghairah sangat sebab dah berjaya buatkan. Takpe, lesson learn. Bolehlah lepas ini berjalan dengan adik dengan senang hati. ;)

Nanti saya upload tutorial membuat lubang butang guna tapak khas itu ya. Tunggu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan