Khamis, 10 Disember 2009

Tips: Menajamkan gunting

Saya nak share bagaimana nak menajamkan gunting. Sekarang ni memang ada alat canggih untuk tajamkan guntingkan, tapi saya dapat tips dari mak saya. kalau rasa sesuai bolehlah gunakan. Saya memang guna cara ini

Ambil mana-mana botol kaca.. botol kicap boleh botol sos, botol air gas... janji kaca... lepas tu leretkan mata gunting tu kat atas botol


leret kan dari bahagian dalam sampai ke bahagian hujung... buat beberapa kali. sampai puas hati. Semasa meleretkan gunting tu, beri tekanan sedikit la.. seolah-oleh nak menggunting botol tu...

hasilnya.. gunting yang tajam. bolehla kita buat potongan felt dengan kemas.. tak kisah la kain ke felt ke kertas ke... gunting amat bermakna sangat dalam aktiviti mejahit ni. Kalau gunting tak tajam boleh sebabkan mood terbantut nak menjahit. Selamat mencuba, kalau berhasil jangan lupa bagitahu saya yer.

12 ulasan:

  1. hai tini...my mother pun petuakan cam tu gak...so i mmg wat cam tu...berhasil!

    BalasPadam
  2. memang berkesan kan fawa... tajam jer gunting

    BalasPadam
  3. hani..bimbang tersilap leret terkerat jari pula..he..he..he.. apapun tips ni amat berguna. pasti saya akan cuba!! terima kasih kerana b'kongsi.

    BalasPadam
  4. yes tini...kawan3x try jgn x try

    BalasPadam
  5. saya sll tgk org buat...tapi dari jauh aa sbb daku ngilu gile..huuuuuuuuuu..ni dok bayangkan pun berdiri bulu roma.

    BalasPadam
  6. aimila.. takde la kena jari.. sbb jari kita kan pegang dekat dengan handle dia tu... confirm tak kena..

    siti
    eheh memang boleh mendatangkan ngilu.. nak2 kalau wat dgn tekanan kuat.. siapa tak thn memang rasa ngilu...

    BalasPadam
  7. thanks akak sebab bg tips. lepas ni tak payah la saya buang gunting yg dah tak tajam. thanks again =)

    BalasPadam
  8. siti.. ekekkeke kalau nak pedajal org leh je wat tajamkan gunting tu ahaksss

    nasuha... yer yer... sila la... jimat wat cara gini, gunting kertas ke, gunting rambut ke.. semua boleh guna cara tu

    BalasPadam
  9. bgus info tajamkan gunting neyh
    ade 1 lagi cara tajam gunting iaitu gunting2 daun sirih. tp ssh gak nak cari daun sirih kat tgh2 town nih hehe

    BalasPadam
  10. tula kan... nak cari daun sireh time dalam pantang pon susah giler.. kategori dah nak pupus dah ni

    BalasPadam
  11. thanks!!lepas ni tajam la gunting yan..ekekee

    BalasPadam
  12. dah penah buat sebelum ni..langsung makin tumpul gunting ku..maybe cara leretan kat botol tu x betul agaknye..lepas ni nak try lagi sekali hehehe

    BalasPadam