Jumaat, 1 Januari 2010

Tutorial: tapak lubang butang automatik

Kali ini saya ingin berkongsi bersama cara-cara menggunakan tapak lubang automatik. Tapak ini boleh digunakan untuk membuat lubang butang pelbagai saiz.



1. Tapak lubang butang automatik.
2. Saya hendak membuat lubang butang bagi butang heart yang besar, tapi saya guna butang love yang kecil sebab butang love ni tak perlu lubang yang besar-besar sangat.


3. Masukkan butang love kecil dalam ruangan tapak lubang. Size maksima butang yang boleh diletakkan disini adalah 1inci (diameter).
4. Tanggalkan tapak zigzag.


5. pasangkan tapak lubang butang
6. ini lah rupa kedudukan tapak lubang butang tu. Bahagian yang ada butang di bahagian belakang.

7. Tetapkan ketegangan jahitan, jarak jahitan dan lebar jahitan.
8. Turunkan paras lubang butang (sensor)

9. Letakkan sensor dikedudukan tersebut.
10. Mulakan jahitan. Tarik kain kehadapan pada awalnya dan tarik kain kebelakang untuk membentuk lubang butang.


11. Lubang butang yang sudah siap. Guntingkan jarak ditengah-tengah tersebut supaya membentuk lubang butang.
12. Akhirnya lubang butang sudah siap. Muat untuk dimasukkan butang love besar. :)

p.s: Boleh faham ke? Pertama kali ni tunjukkan tutorial. Kalau ada silap atau nak tanya apa-apa bagitahu ye. :)

7 ulasan:

  1. terima kasih sudi berkongsi tutorial...selama ni sy tertnya2 cr membuat lubang butang..selalu p hantar kedai jer..kali ni pasti buat sendiri..

    salam perkenalan...

    BalasPadam
  2. hi ajnie.. lambat reply ;)
    senang aje kan kalau dah tau... boleh wat selalu

    BalasPadam
  3. hai tini, suker sgt ada tutorial ni, sb i mg dok cari2 camna nak pakai menda alah ni..kehehe..dok gelak sorang2 sb rupanya salah pakai..malu!!! tini, boleh tanya tak, apa sensor tu? mesin jahit i tak de, apsal nak kena lower sendor tu?

    BalasPadam
  4. Abby.. memang u cari takde eh sensor kat tepi mesin jahit tu? sensor ni guna dia nak had kan jarak/size lubang butang tu masa mesin bergerak (tgh jahit)
    maybe u boleh cuba dengan mesin u dulu without sensor tu. manatau berjaya. :)

    BalasPadam
  5. salam...saya nak tanye..mcm mana nak jahit tepi mcm dekat kedai guna mesin ni?kalau kain tebal tu ok la..tp kain nipis xjadi la..pls..blh ke?

    BalasPadam
  6. mesin ni boleh jahit ala tepi. tapi tak la sekemas mesin jahit tepi betul. kain nipis sesuai guna roller foot he,. zura/jurra/maya ada buat tutorial dia.

    BalasPadam
  7. ingat lagi masa first time nak buat lubang butang.. nak nangis rasanye.. balik je husband from work terus susruh dia ajarkan.. hahah

    now no problem...

    BalasPadam