Ahad, 13 Disember 2009

Warna-warna pelangi

Bila membeli benang untuk membantu kerja menjahit saya, rasa macam beli candy pula. Warna warni, ceria betul. Tapi saya masih mencari tempat letak benang idaman hati tu. Ada yang beri link tempat benang tu tapi belum sampai menambat hati (demand betul la... kalau boleh nak dapat yang sampai puas hati..) Banyak lagi warna benang yang perlu saya ada. Kalau banyak pilihan benang boleh pelbagai lagikan hasilnya.

Tshirt untuk peminat saya.. hahahha (terima kasih kerana menempah ye). Kalau yang nak menempah tu untuk dewasa, boleh je request macam-macam warna sebab saya dah ada pembekalnya tapi kalau untuk kanak-kanak masih mencari yang sesuai. Terhad sikit pilihan warna. Banyak pula entry hujung minggu ni. Bila tiba-tiba rajin nak mengemaskini, ini lah hasilnya. Kalau tak sunyi sepi aje. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan