Sabtu, 28 November 2009

More design...


Happy 2nd Birhtday Izz... Nanti acik uruskan penghantaran ke seberang laut tu yer.. rasa yummy plak bila tengok cupcake tu.. yummm
ni pula untuk uan kecik saya.. semua nak ada sorang satu... ok la.. simple upload... salam aidil adha buat semua...

Isnin, 23 November 2009

Fridge Magnet: ABC

Saya dapat contoh tutorial untuk hasilkan magnet ABC ni dari Sew Mama sew kalau tak silap. Aktiviti menggunakan perca-perca kain yang berlebihan. Kalau ada banyak lebihan perca kain, tak tau nak buat apa.. boleh lah cuba buat aktiviti ini. Bahan-bahan yang diperlukan. Pilih bentuk font ABC yang paling mudah untuk dijahit nanti. Saya guna Font Arial Black. Perlu ada span, magnet dan perca-perca kain yang berwarna-warni.
Setelah itu, letakkan span diantara dua helai perca kain iaitu untuk bahagian depan dan belakang. Lakarkan bentuk abjad tersebut atas kain (boleh gunakan eraseable pen/marker). Kemudian jahit menggunakan mesin/tangan mengikut lakaran tersebut. Sebelum jahitan selesai, masukkan sebiji magnet dalam abjad tersebut. Kemudian guntingkan tepi abjad tersebut mengikut garisan jahitan.
Tadda.... ini lah hasilnya setelah digunting. Abjad dibuat secara random.. atau lebih kurang nama puan kecik.. hehehe
Seperti biasa, puan kecik akan menjadi model tak berbayar. Begitu ceria.. ada mainan baru. Tunggu mama siapakan semua ye sayang.. Dari A - Z. Seronokkan... lagi seronok kalau anda buat sama-sama dengan anak-anak. Selerak memang selrak tapi sambil menjahit boleh mengajar sekali sikecik tu. Anak gembira mama puas hati. :)

Ahad, 22 November 2009

My real farmville

Semua mesti seronok main farmville kat FB kan, tapi saya tak turut serta pon. Tiada nafsu lagi nak turut serta. ahaks. Poko kari yang semakin gemuk dari hari kehari. Musim hujan makin la dia gemuk. Kalau hari hujan mula la nak rebah sbb berat ngan daun, kena ikat kat kayu lain.

Pokok Ubi. Batang dia hari tu ambik dari rumah MIL masa Hari Raya lepas. Dah nak besar gak la.

(Pandangan bahagian kanan farmville ku.. ahaks) Pokok betik yang berderet-deret. Pokok cili kecik. Kalau dah tinggi boleh la jadi penghalang matahari. Belum tinggi pon pokok ni dah melayut-layut buahnya. Apa la rasa dia eh bila dah masak ni. Banyak betul, hari tu kira, ada 13biji. Rasanya dah berambah lagi. Boleh la sedekah kat jiran-jiran nanti. hhehehehhe

Tengoktu.. geramkan... tak tinggi mana pon pokoknya. Tapi banyak sungguh buah. Pokok periuk kera beli masa trip ke Cameron Highland. Banyak periuk dia. Comel-comel aje.

(pandangan belah kiri.. heheheh) Tu dia pokok kari, pandan dan betik lagi... jadi tokeh betik pula la pasni. ehhehehe

Lepas ni nanti saya update projek kraf yang terbaru ye. Isi masa lapang la katanya. Seminggu satu kalau boleh.. hehehe

Jumaat, 20 November 2009

Swap Next Project: Pincushion

(ada siapa-siapa tak nak terlibat.. manatau sibuk ke.. bgtau eh tiada paksaan)
Perhatian kepada Stash Swap group 1 & group 2, memandangkan semua dah dapat stash masing2 (update blog yer), kita akan bergerak ke satu projek lagi. Dengan menggunakan stash yang anda terima daripada partner masing-masing, anda perlu menyediakan pincushion sekreatif yang boleh menggunakan stash yang diberikan. Setelah siap, pincushion tersebut akan diswapkan dengan ahli-ahli yang lain. Saya akan buat partner baru pula dengan menggabungkan Group 1 & 2.

pic ini di google

Kali ni saya beri masa panjang sikit untuk siapkan projek ini. Dijadualkan untuk pos projek pincushion ini pada 15 Disember 2009. (Cukup masa kan.. hehehe kena set date, baru semua boleh gerak.. ahaks). So partner anda adalah (saya keluarkan member yang tak boleh joint):

Durra-->Anas-->Naiz-->Gaban-->Faridah-->MyRayyan-->Alynn-->Maya-->azie-->ArniNasir--->Hani-->Pianina-->Fuzzy-->Anjungkraf-->Shiela-->Fawa-->Jaja-->Durra

Khamis, 19 November 2009

Update Stash Swap: Group No. 3

Ahli untuk stash swap Group No.3 dah penuh. Saya akan compile alamat rumah anda semua dan akan hantarkan kepada email yang diberi. So tunggu email masing-masing yer. Terima kasih kerana menyertai swap ini. Due date untuk pos stash swap ini adalah 3 Disember 2009. Kalau nak pos awal or lewat just inform aje.. takde paksaan.. hehehe

Ini merupakan partner stash swap anda ye. Selamat berkenalan.

Diesha-->Jurra-->Inahaiqal-->Akmal-->Dayang-->Noor-->Zura-->Aimila-->Ayu-->Faihah

Stash yang perlu disediakan untuk sesi swap kali ini adalah:-
1. 10biji butang
2. 3 pieces fabric bersaiz fat quarters (18"x22")
3. 3 pieces ribbon (1 meter each)
4. 2 pieces felt (A4 sze)
5. special (suprise) stash dari anda

Peserta yang terlibat:
1. Inahaiqal
2. Noor
3. Aimila
4. Faihah
5. Zura
6. Jurra
7. Diesha
8. Ayu
9. Akmal
10. Dayang

Sesiapa yang terlibat hendaklah bertanggungjawab terhadap proses mengepos dan menyediakan stash. Saya pasti semua mahukan yang terbaik bukan. Mari kita mulakan. :)Sila tinggalkan email ye kawan-kawan... senang saya nak aturkan destinasi swap itu.. TQ

Stash Swap Group

Shiela... saya suka sangat stash dari awak. Memang cute. Ni 3 pieces fatQ. Yang pic cupcake tu sungguh cute. Leh lapar dibuatnya.
All the buttons, ribbons and felt. Paling best yang tulis "handmade" tu.. macam nak dijadikan name tag plak.. best.. best....

The suprise stash for me. A Colourful Stitchery book. Thanks a lot. Saya tak menjangkakan suprise yang besar gini la. Sungguh bermakna. Bila tengok projek-projek didalamnya terus rasa tak sabar.

Kalau rasa berminat nak ikut serta.. Group no.3 masih lagi ada kekosongan. Group no 1 pon ada separuh yang sudah diterima. Semua nak update untuk bersedia ke projek yang seterusnya. Masa untuk berkreatif akan bermula. Yang mana dah terima dan dah update dalam blog saya dah letakkan link tu atas nama anda.

Group 1: Yang dah terima stash swap (GROUP 1 semua dah dapat... update blog eh)

Jaja, Shiela, Fuzzy, Hani, Mus, Azie, Alynn, Faridah Kak Pah, Anas

Group 2: Yang dah terima stash swap: (Group2 pon semua dah terima swap masing-masing)
Durra, Naiz, Gaban, My Rayyan, Maya, ArniNasir, Anjungkraf, Pianina, Rafidah, Fawa

Isnin, 16 November 2009

Bila kenangan lalu menjelma

Mcm biasa la sekarang ni kalau tak terlibat dalam aktiviti FB rasanya tak sahkan (tapi tuan besar kat rumah tu tiada akaun FB pon.. haha sian) bila sorang dah dijejak kasih mulalah yang lain-lain muncul. Ini merupakan lencana sekolah rendah saya. Kembali pada tahun 90an. Lama kami tidak bersua muka dan ada yang terputus hubungan bila habis PMR. Sebab bila habis UPSR, kebanyakkan ke sekolah menengah yang sama, cuma lepas PMR sudah beralih ke aliran yang berlainan. Bila dah bersua mula la keluar nama-nama yang sudah mula luput dari ingatan. Yang pasti cerita lucu akan keluar. Mulalah ketawa kecil keluar bila teringat kenangan dulu. Main galah panjang la, main rounball la.. nama cikgu2 pon keluar. Dalam seronok bertemu ada juga yang sudah mengadap illahi, lebih awal dari yang lain. Mungkin sudah takdirnya. Yang berjaya meneruskan kehidupan pelbagai cerita sudah dilakar dan ditempuhi.. ada yang berkeluarga ada yang masih membujang dengan karier masing-masing. Saya seronok bertemu mereka kembali.. moga hubungan baik yang terjalin dahulu dapat diteruskan.

Hujung minggu lepas sempat saya bertemu kembali rakan baik walaupun baru dijumpa di FB hari sebelumnya. Dia sudah berkeluarga, isterinya pon rakan sekolah kami. Nampak sangat cinta monyet boleh kekal ya.. hehehe anaknya pon sepasang macam kami. Seronok berbual dari tgh hari sampai tak sedar dah nak masuk asar. Tu lah bila nak di kisahkan balik kisah yang lama pasti memerlukan masa yang panjang. Eii seronokkan bila dapat jumpa semua. Ada sesiapa lagi sama sekolah dengan saya?....

Ahad, 15 November 2009

Fairy princess dah siap

Masih ingat entry yang dulu. Hasil dari lukisan yang ditiru dari corak cadar, saya cuba hasilkan menggunakan felt pula. Biasalah kalau ada puan kecik kat rumah ni, pantang lihat mama dia buat sesuatu pasti dia nak jugak. Ni la rupa meja jahit kalau dah mula nak membuat sesuatu...
Fairy princess selepas dipotong-potong... cubaan pertama kali ni.. nasib berjaya. Sukar sikit dibahagian tangan dan jari.


Amat penting disediakan alatan semua ini.. Gunting kegemaran saya.. gunting emas... pentingkan. Gunting ni tajam walaupun dah guna banyak kali. Saya guna hoop bersaiz " kali ini. Siap-siapkan juga benang, tak payah berterabur banyak-banyak.
HAsilnya.. Siap bersulankan nama puan keik. Tapi mcm biasa tak kemas, lama sangat tak menyulamkan. Suka sikecik tu bila bagitau tu nama dia. Mula la dia mengeja.. A..B.. D... hhaha C entah hilang ke mana.
Tadaaa... saya buatkan hasil sulaman tadi sebagai bantal... Boleh la dia buat main pondok-pondok dengan bantal ni.


Bahagian bawah saya gunakan kain bercorak. kalau dia tak nak mama dia jadikan sebagai pin cushion gergasi la gamaknya. hehehe ini la hasil seni keras tangan yang tak seberapa saya. Saya na cuba buat satu minggu satu hasil. Walau tak seberapa tapi pasti menyeronokkan.

Jumaat, 13 November 2009

Hasil seni

Puan kecik kat rumah tu memang suka melukis dan mewarna (dalam erti kata lain menyonteng). Kami pula suka melayan dia membeli buku, tak kesah la kalau harga RM1 pon mesti akan dibeli setiap kali keluar berjalan. Macam-macam lukisan yang dilakarkan. Dari dulu saya perasan dia suka lukis gambar kami. Tapi selalu bentuk cam orang lidi aje. Baru-baru ni saya tengok lukisan dia dah berubah, makin membentuk... Inilah hasil lukisan dia yang terbaru dikala berusia 3 tahun.. abah dan mama... Hehehhe ada rupa dah kan.. Dah bg penekanan pada mata dan rambut abah dia. Siap ada bentuk tgn lg. Kelakar memang tetap kelakar la kan. Tapi pujian tetap perlu diberi atas peningkatan ni. Nanti bila bentuk org dia dah berubah, akan saya ambil lagi gambarnya. Buat kenangan si kecil.

Selasa, 10 November 2009

Menyimpan benang

Bestkan kalau dapat simpan benang/riben macamni. Nampak teratur, tidak terabur dan senang nak capai. Nak tgk warna yang ada pon best. (Ada ke kat malaysia ni?)

kalau macam ni yg macam kat kedai pula eh. Yang best sebab clear senang nak dicapai dan teratur.
Kalau dapat macam ni pon menaik gak. Senang dibawa kemana2. Benang tu pon tak lari. Ada sesiapa pernah nampak macam ni kat Malaysia? Kalau ada bgtau la. Teratur sangat kalau ada organizer macam ni.

Isnin, 9 November 2009

Terbang ke negeri bawah bayu

Heheheh khas buat partner saya... Cik Jaja nantikan kemunculannya... tunggu.. (ahha saspen tak?)

Buat 20 orang ahli stash swap kali ini, saya akan buat satu projek swap lagi setelah anda semua mendapat stash masing-masing. Projek tersebut akan memerlukan daya kreativiti masing-masing dengan menggunakan stash yang anda dapat daripada partner anda. Satu sesi swap akan diadakan lagi selepas itu. Rasa menarik?? Tunggu yer selepas semua berjaya mendapat stash masing-masing. (teruja??... saya pon juga)

Stash Swap: 2nd Group

UPDATE:

Terima kasih atas semua maklumat yang diberikan. Heehehhe nampak nya semua excited kan nak wat project ini. Alamat untuk partner masing-masing telah saya emailkan. Jangan lupa update blog masing-masing ya bila dah dapat. Enjoy....

---------------------------------

Stash yang perlu disediakan untuk sesi swap kali ini adalah:-
1. 10biji butang
2. 3 pieces fabric bersaiz fat quarters (18"x22")
3. 3 pieces ribbon (1 meter each)
4. 2 pieces felt (A4 sze)
5. special (suprise) stash dari anda

Peserta yang terlibat (Full dah..):
1.aRniNasiR
2.dura
3.My Rayyan
4.Maya
5.anjung kraf
6.Pianina
7.naiz
8.fawa
9.Gaban
10.Rafidah

Sesiapa yang terlibat hendaklah bertanggungjawab terhadap proses mengepos dan menyediakan stash. Saya pasti semua mahukan yang terbaik bukan. Mari kita mulakan. :)
Sila tinggalkan email ye kawan-kawan... senang saya nak aturkan destinasi swap itu.. TQ

Ini merupakan partner anda untuk stash swap ni yer (faham rasanya kan):

Pianina--> Gaban --> Dura --> Naiz --> My Rayyan --> Fawa --> Maya --> Rafidah --> Anjungkraf --> Arninasir --> Pianina

Ahad, 8 November 2009

Berehat sebentar

Oh.. sesiapa yang terlepas menonton Cuci the musical.. memang rugi.. hehhe (saje je nak buat hati panas). Seronok sangat. Hanya mampu nak beli yang tiket paling murah, nak beli yang mahal sedikit dah habis, yang ada cuma yang lagi mahal. Heheheheh

Saya memang penggemar filem lakonan mereka berempat. Semua dah tau kot. Dari Baik Punya Cilok, Buli Balik, Cuci semua saya tonton di panggung (sokong la industri filem Malaysia.. tapi cerita ni je pon..) Saya pilih yang dipentaskan diwaktu siang, kalau waktu malam.. ada la yang mengamuk kat rumah.

Apa yang pasti, saya dapati penonton teater ni semua bangsa ada. Hebat gak pengaruhnya. Saya paling suka watak Jojo (Awie) Ya ampon... badan sasa tapi comel.. Suara memang MANTAP. Adiba Noor, Afdlin memang tak payah komen la. Hans Issac mcm kelakar skit dgr dia nyanyi. Sepanjang pementasan saya bantai gelak. Tuan besar tak yah kata la... sama naik. Terhibur. Mula jam 3ptg berakhir jam 630ptg. Ada waktu senggang ditengahnya. Ingatkan nak bergambar tapi bila tgk kat luar hujan berdentum siap, batalkan aje la hasrat. Sampai hari ni saya masih tersenyum dek kerana terkesan dengan lawak jenaka spontan mereka.

Yang akhirnya, part yang paling saya suka, bila Khai n CJ naik gendola.. mak aihh romantik abis.. nak2 bila tgk bayang2. Ok cukup la catatan angau saya buat masa ini.
Oh ya... ini la buah hati saya. Sekejap aje masa berlalu. Seronok melayan keretah mereka berdua walaupun kadangkala mamanya tak ubah macam tarzan versi wanita. Ok kawan-kawan.. apa hasil kreatif anda minggu ini? Marilah kongsi bersama.

Sabtu, 7 November 2009

Next: Fairy princess

Yeah.. Akhirnya siap. Seronok sangat buat Little Pink House ni. Memandangkan saya hanya guna 6" hoop, kurang sikit la bunga-bunga yang hendak dijahit tu.

Paling sukar nak siapkan projek ini adalah nak MENGGUNTING FELT menjadi BULAT. Wahh.. sungguh mencabar tangan sungguh (tu la lama sangat tak menggunting.. ahaks). Seronok bila nak memadankan warna felt-felt tersebut. Ceria aje rasa
Ini hasilnya dari dekat. Mula-mula menjahit memang rasa tak kemas sebab felt kan bila dijahit ketat, material dia akan tertarik sikit. So, saya kena buat anggaran elok-elok baru bunga tu terletak betul. Tapi kalau siapa yang dah mahir menjahit felt, ini kacang je nak buat (macam Maya, Jaja.. semua pakar felt dah tu.. heheh)

Next felt project. Untuk puan kecik tu. Pantang tengok mama dia menjahit, mesti nak kena buatkan untuk dia. Itu lakaran saya sahaja, entah macam mana la nanti kalau nak dihasilkan atas felt.

Stash Swap Banner

Buat ahli-ahli Stash Swap, jemputlah ambil badge anda utk dipamer kat blog masing-masing (kalau minat la hehehehe). Terima kasih pada Anasfadilah kerana membuat badge ini untuk semua. Pilihlah mana yang berkenan ye.



Oh ya.. untuk group2.. saya masih menunggu alamat rumah dari dua rakan kita. Kalau dah selesai saya forwardkan semua alamat tu ya. TQ

Jumaat, 6 November 2009

Felt project

Berinspirasikan Little Pink House, saya memerlukan sesuatu untuk menggerakkan jari yang sudah lama tidak menjahit. Memandangkan bahan-bahan yang diperlukan semuanya ada, terus la mengikut arahan yang diberikan.
Ikutkan yang asal gunakan 7" hoop, tapi saya gunakan 6" hoop. Itu yang ada. Kecil sikitla nanti hasilnya.
Seronok sangat bila da dapat pegang jarum n benang balik. Hilang rasa gundah gulana. Nantikan hasilnya dari saya ya.

Rabu, 4 November 2009

Stash Swap: Let's joint me

Gambar diatas hanyalah hiasan semata-mata
Ok kawan-kawan semua (hasil perbicangan ngan Fida). Bagi memeriahkan lagi koleksi stash yang kita ada (bukan koleksi sawang macam saya ye.. heheh), Apa kata kita buat stash swap (Ala macam blog kraf mat2 saleh tu. Kalau nak joint diaorg confirm tak mampu nak bayar duit pos.. heheh). Stash swap ni kita dapatkan 10nama untuk kita bertukar-tukar barang jahitan/kraf. So apabila da cukup kuorum 10 orang, saya akan cabut nama siapa akan bagi stash dia kat siapa, so akan bertukar-tukar la koleksi stash kita. Kita mulakan dengan secara skala kecil-kecilan. Kalau dah nampak keberkesanannya kita boleh upgrade.

Stash yang perlu disediakan untuk sesi swap kali ini adalah:-
  1. 10biji butang
  2. 3 pieces fabric bersaiz fat quarters (18"x22")
  3. 3 pieces ribbon (1 meter each)
  4. 2 pieces felt (A4 sze)
  5. special (suprise) stash dari anda

Peserta yang terlibat:

  1. Hani
  2. Faridah
  3. Anasfadilah
  4. Sheila Wahid
  5. Faizah a.ka. Fuzzy
  6. Alynn
  7. Jajakraf
  8. Kak Pah
  9. Azie
  10. Mus

Saya terhadkan kepada 10 orang dahulu. Untuk melihat keberkesanan swap ini. Tinggalkan komen anda jika anda berminat (jangan takde yang minat sudah... ahha syok sendiri namanya kang). Sesiapa yang terlibat hendaklah bertanggungjawab terhadap proses mengepos dan menyediakan stash. Saya pasti semua mahukan yang terbaik bukan. Mari kita mulakan. :)

Sila tinggalkan email ye kawan-kawan... senang saya nak aturkan destinasi swap itu.. TQ

UPDATE:-

OK... Complete address saya dah dapat. Semua sudah di attach ke email anda semua. Selamat mengumpul stash ye. Minggu hadapan semua pasti seronok, ibarat menunggu hadiah birthday.. hehehe

Cepatnya penuh list tu eh. Alhamdulillah dapat sambutan anda semua. Stash ni akan mula dipos pada Isnin 9 November 2009. Segala butiran akan dimaklumkan melalu email. Nanti bila dah dapat stash masing-masing, boleh la buat review dan hasilkan barangan kraf yang menarik, tertarik... :)

Ini merupakan partner anda untuk stash swap ni yer (faham rasanya kan):

Fida --> Shiela --> Hani --> Jaja --> Faiza --> Azie --> Mus --> Alynn --> Kak Pah --> Anas --> Fida

Selasa, 3 November 2009

Mari menoreh...

Haaa.. menoreh.. menoreh getah pemadam... saya sekarang agak geram geraman sikit di pejabat 2 minggu kebelakangan ini. Pastu melawat-lawat blog yang sibuk berkraf.. sempat la membaca blog Puan Mango.. ya ampun comelnya karya beliau.. Tiba-tiba terlintas dihati nak mengerjakan getah pemadam yang ada depan mata.. Nahh... terapi habis.. ibarat perasaan geram saya hilang apabila selesai menoreh getah pemadam ini. Damai. (opss.. jangan bayangkan menoreh muka org yang anda geram ye... hahahaha) Dapat la hasil yang tak seberapa. Jangan bandingkan saya dengan Puan Mango ya.. dia memang kreatif habis.. :P

Hasil ukiran (ini perkataan yang betul) pertama saya. Huruh H untuk Hani dan Love (yang sudah tidak perlu diterangkan lagi). Mungkihkan bakat saya akan berkembang atau terpendam terus? Kita tunggu dan lihat ya. Kawan-kawan, kalau rasa geram boleh mencuba idea ni. :)

Ahad, 1 November 2009

Mari mengemas...

Entry terakhir dah menampakkan meja jahit dah ntah apa rupa.. setelah fikir beberapa kali, saya nekad nak guna meja belajar yang tuan besar tak nak guna, jadi meja jahit saya plak. Hahaha nasib la kan ambik meja jahit saya. Setelah disusun balik, ada beberapa barang yang hilang. mungkin nak sembunyik dari Puan kecik, terus lupa kat mana letak. aduhai... nak kena cari balik ni sebelum projek menjahit bermula.


Mesin jahitku yang sudah berkilat balik. Seronok nak menjahit dah datang balik bila barang-barang semua depan mata.

Small cabinet untuk jarum, bobbin, benang2... apa2 aje la yang halus dan tajam

Buku dan majalah craft/jahitan.. seronok bila baca.. lama rupanya saya inggal aktiviti menjahit. dah lama tak membeli keluaran terbaru.

Semua butang dan manik.. tu ada gak yang lom susun lagi. nanti bila dah tersusun semua boleh kita kongsi gambar ye. Saya rindu sangat nak menjahit, tengah menyusun waktu antara 2 bdk kecik tu n menjahit. Ya... apa yang nak dijahit yer... mari kita fikirkan.