Khamis, 31 Disember 2009

Anak murid kesayangan cikgu

Ini untuk kawan Ika pula. Bagusnya kan kalau dapat jadi anak murid kesayangan cikgu.. pasti dapat markah penuh selalu. Ouhh tahun depan saya akan jadi murid kembali. Harap-harap masih boleh lagi menjadi anak murid yang cemerlang (jangan ponteng kelas tau :P)

Rabu, 30 Disember 2009

Berlibur sesuka hati

mari saya tunjukkan sedikit gambar sewaktu berlibur sesuka hati. Habis masa dengan bergambar dengan pelbagai hiasan yang menggeramkan hati sepanjang Orchard Road itu.
Paling tidak boleh dilupakan, saya mengangkut beg Avent tu kemana-mana. Power of BF. lebih glamor daripada bawa paper bag Takashimaya.. ahaks.. Rusa yang seksi. entah berapa patung yg ada tepi jalan ni pon saya tak tahu.

Yeahh.. tgk ada aje beg tu mencelah. Takut nak letak tempat lain. Hilang bekalan adik nanti. Yang pastinya saya seronok dan mungkinkah boleh dijadikan acara tahunan. Ada sesiapa lagi nak turut serta :)

e-car yang bertuah

Ingat pada 4 pemenang giveaway tshirt saya.. ika salah seorangnya. Sebenarnya dia ada tempah satu tshirt utk kawan baik dia. (ni tempah selepas rock mama la) memandangkan saya tengah siapkan kawan dia punya, saya buatkan la sekali tshirt yang ika menang tu. Boleh dihantar bersama-sama.
Ni design yang ika minta kalau dia menang giveaway hari tu. Comel tak kereta tu? Harap-harap ika suka la eh. Nanti saya siapkan lagi tshirt giveaway tu, sabar ye kawan-kawan :) Hadiah anda tak kemana.. ada dengan saya.
Ika dan rakannya akan merasmikan label tee saya. Moga makin banyak la tee yang akan label ini. :)

Selasa, 29 Disember 2009

Yeah.. dah ada label sendiri

Parcel yang ditunggu-tunggu.. cuti panjang dan tiada dirumah menyebabkan lambat saya bertemu dengan label saya ni. Comel la izue buat packing macam ni. Online seller kena lebih kreatif :)
Ini la labelnya. Lepas ni semua felt design atas tshirt yang saya buat adalah label ni kan. Comel tak? Ringkas tetapi padat. Terima kasih sekali lagi izue. :)

Ahad, 27 Disember 2009

Cuti panjang mula rasa M timbul

Seronokkan bersantai kat rumah. Opss rumah orang tua. Perut sentiasa kenyang. Tiba-tiba saya rasa bloated. Teruk-teruk. Tshirt untuk dihadiahkan kepada Birthday boy, Syahmi. Saya rasa tshirt tu besar sikit tapi takpe la kan boleh dipakai lama. Ada lagi beberapa design saya nak upload, saya buat sikit-sikit la kan. Cuti-cuti panjang ni, semua mandom, sunyi sepi saja. Esok rancangnya saya nak berlibur-libur dengan rakan-rakan kononnya nak shopping sakan.. (kononnya la..) Ok nanti saya update lagi. :)

Khamis, 24 Disember 2009

Model-model yang tak berbayar tapi memang best

Wahhh memang handsome pon Ryan ni. Besar nama Ryan kat dada tu. Sesuai sangat la kan. Terima kasih pada Mama Ryan yang rajin MMS gambar ni pada saya. Makin comel dibuatnya. :)

Ni baju yang separuh siap. Saya belum selesaikan yang bawah tu. Senang tak perlu ada jahit tepi. Sebab ada lining kan, sebenarnya memang boleh pakai dua-dua belah. Tapi sebab kain yang bahagian dalam dia tak comel, maka jadinya hanya digunakan yang dibahagian luar sahajalah. Seronok jahit pattern ni, sesuai untuk beginner macam saya. :)
Kan dah kata, badan memang muat bila guna size 2T tapi singkat, tinggi dah rupanya anak dara saya ni. Lain kali kena labuhkan banyak sikit. Susah la sekarang ni, model tak berbayar saya kurang nak beri kerjasama bila nak diambil gambar. Saja aje nak buat saya jadi tarzan bila nak ambil gambar. Sabar sangat tau. Aksi lain memang menyakitkan hati tapi kelakar sebenarnya. Kakak.. kakak, atau perlu kah saya bayar model ini untuk penggayaan seterusnya? Mengada..

Rabu, 23 Disember 2009

Bila marah.. potong kain..

Memang tengah marah sangat tadi. Sepatutnya ada kerja nak diselesaikan jadi tak selesai. Geram betul. Nak hilang kemarahan jom potong kain. Jangan potong kain sendiri la ye.

Disebabkan semua barang dah ada. Saya potong la kain untuk buat Reversible Kimono untuk Kakak. Untung lah kakak eh, sekali mama marah sekali mama potong kain. 10 kali mama marah, 10 helai dress kakak dapat. Template dah ada, kain dah ada, terus buat aktiviti pemotongan.

Erm, saya guna size 2T. kakak tu nama aje 3tahun tapi kudut. cuma saya labuhkan sedikit dari template asal. Potong, potong potong (bagi hilang amarah dalam diri.. :P)
Dah siap potong, inilah rupa kimono kakak yang bakal dijahit nanti. Nak kena tambah riben sikit untuk ikatkan bahagian kiri dan kanan. Dah siap nanti saya tunjukkan ye cubaan menjahit kimono ni. Errii lama dah tak jahit dress kakak. Dah nak kena buat balik ni.

Selasa, 22 Disember 2009

Perlu dimulakan dan diselesaikan

Tahun 2009 dah nak berakhir. Tahun ni banyak aktiviti menjahit saya tergendala. Ada baby baru la kan dengan separuh tahun habis dengan keadaan loya tak boleh mengadap mesin jahit langsung. (Teruk betul) Adik dah 4 bulan lahir baru saya dapat aktif menjahit semua. Itu pon banyak yang saya kena polish balik. Baik dari nak bersihkan mesin jahit, kumpul barang jahit dengan skill menjahit yang kena upgrade balik. Ahaks....

Lepas ni saya kena fokus la sikit, mencari masa terluang nak laksanakan aktiviti menjahit. Moga tahun mendatang lebih produktif. (jangan produktif tang lain udah la. :P). Saya nak buat senarai apa saya nak laksanakan lepas ni. Mungkin dengan adanya senarai boleh tahu apa yang dah dibuat, apa yang sekadar tinggal angan-angan:-
  1. Nursing cover (adik dah nak 7bln tak buat-buat lagi)
  2. Sarung kusyen
  3. table runner
  4. school bag kakak (alamak kakak dah nak pi school lagi 2 minggu ni)
  5. langsir (ini target siap sebelum raya tahun depan.. boleh???)
  6. groceries bag (kempen jangan guna beg plastik ni)

cukup la list ni dulu. tengok berapa lama boleh siap. Berapa banyak boleh buat. nanti boleh update lagi.

Pincushion update

Update gambar-gambar pincushion yang dibuat oleh member-member swap. Mana yang belum update atau belum dapat lagi moga dapat bagitahu saya ye. terima kasih

Durra-->Anas-->Naiz-->Gaban-->Faridah-->MyRayyan-->Alynn-->Maya-->azie-->ArniNasir--->Hani-->Pianina-->Fuzzy-->Anjungkraf-->Shiela-->Fawa-->Jaja-->Durra


Pincushion daripada Durra buat Anas.
Gedix sangat yg kucing tu. Idea menarik siap bulu-bulu lagi.
Pincushion faridah untuk Cik Kema.
Satu pincushion aje tapi depan dan belakang ada dua warna yang berbeza


Pincushion Cik Kema untuk Alynn
Ni boleh pakai kat tangan dan gantung ke Cik kema? kalau salah info betulkan ye.
Pincushion Alynn untuk Maya.
Alynn kata sepatutnya nak buat dua tapi akhirnya digabungkan jadi satu yang besar. Kreatif.

Pincushion Maya untuk Azie.
Tengok warna ni teringat kura-kura.. Gurau aje Maya. jangan marah saya ye. :)
Pincushion ArniNasir untuk Hani (saya la tu).
Terima kasih la arni, bagi sampai tiga. Dalam stress pon sempat buat banyak. Ahaks


Pincushion TiniHani untuk Pianina.
Dari saya pula. Saja guna botol yang berlebihan kat rumah tu. Ahaks.

Pincushion Fawa untuk Jaja. (Betul ke ni)
Macam cupcake la.. yummy

Pincushion jaja untuk Dura.
Macam best je bolster tu. Kalau kakak nampak ada dia buat main pondok-pondok nanti.


Ok la, ni aje gambar yang saya baru dapat kumpul. Kalau sesiapa yang tertinggal tu bagitahu saya ye. Ada ke yang belum pos lagi? Tu pon maklumkan ya sebab partner swap anda menunggu dengan setianya. So, seronok tak buat swap ni? Nak buat lagi tahun hadapan? kena fikirkan idea menarik la kan. Thanksss semua.

Isnin, 21 Disember 2009

Puan Seri dah jatuh hati


Ok la Puan Seri, macam mana ok? Ini khas diminta oleh Puan Seri itu.. BFF la katakan. Kalau ok kita teruskan. Kalau tak, takde hal. :)


Handsome Ryan :)

Buat Mama Ryan istimewa buat anak lelakinya. Kak Leen minta dibuat nama Ryan sahaja, tapi saya sahaja tambah bentuk hati. RYAN atas tshirt bewarna hitam.
Ini atas tshirt bewarna merah pula ditambah dengan bentuk bola baseball. Harap Ryan dan mama suka ye. :)

Ahad, 20 Disember 2009

Buttons yang cute macam candy rasa nak makan terus


3pcs = RM1

sizes from 1cm - 2cm



B018

B017



B016

B015

B014

B013


B012


B011


B010


B009


B008


B007


B006



B005

--------------------------------------------------------------------------------------

Nah.. siapa nak ambik jadi buttons sendiri? Macam-macam warna ada. Tapi ada dua bentuk aje, bulat dan love. Ni flat buttons ye. Ada yang 4 lubang ada yang 2 lubang. If interested, just email me: tinihani@gmail.com

B001

12pcs in 1 pack = RM5

(different colors)

B002
6pcs in 1 pack = RM2
(different colors)



B003

12pcs in 1pack = RM5

(different colors)

B004

5pcs in 1pack = RM2

(different colors)