Isnin, 7 Jun 2010

Perjalanan yang masih jauh.

Jun 2005
orang lain kurus nak kawen.. saya tembam plak.. hahaha

Ogos 2006
Kakak 40 hari.. halus aje.

Ogos 2007
Kakak menyambut ulangtahun pertama. Seronok sangat dia. kecik-kecik dah pandai nak melawa. Rambut dah mula panjang..

Jun 2008
Selamat Hari Bapa buat abah. Waktu ni.. macam biasa kakak paling gembira bila ada sesi bergambar.

Ogos 2009
Dah ada adik. Adik dah 2 bulan waktu ni. Adik pula semestinya chubby aje. Geram nak geget. Terkepit dengan kakak.


Jun 2010
Wahhh.. happynya duaorang ni. Baik ke duaorang tu... adik dah sama besar dengan kakak dah.. Main peluk-peluk siap...

.

.

.

.

.

.

.


Tapi tu tak lama.... sekejap aje... tengok la.. adik dah pandai buli kakak.... Hahah geram sangat tgk gambar ni. Ya allah ya tuhanku... lindungilah keluarga kami. semoga kasih sayang yang ada menjadi hak milik kami selamanya. Sayang semua..

(lepas ni.. every year saya nak tambah satu gambar dalam entry yang sama)
oh.. saya takde mood nak update pasal jahitan. tunggu la ye hingga hujung bulan ni kalau bersabar.. hikss

Ahad, 6 Jun 2010

Stok baru

Menambah zip 18 inci yang berwarna-warni. Ada la projek yang nak di buat. Jarum 11 yg halus dan panjang utk saya jahit felt. Pack yg lama da habis. Apa projek hujung minggu anda?

Jumaat, 4 Jun 2010

SIri II: Tapak-tapak mesin jahit

Saya sambung lagi entry berkenaan tapak-tapak mesin jahit. Penting gak saya kumpulkan tapak-tapak ni, sebab kalau manual hilang lagi boleh menangis. Hiks. Tutorial nak guna, kena sabar-sabar kan aje lah. Oh.. ya saya gunakan mesin janome harmony 2049 dengan tapak-tapak ini. Mungkin mesin lain ada juga tapak-tapak ni tapi saya memang tak pasti ada semua atau tidak. :)

Tapak zip sembunyi

Tapak zip piping

Tapak jahitan lurus
Kalau nak buat jahitan lurus seperti table runner atau sarung kusyen sesuai pakai tapak ni. Cantik aje jahitan kita. Lurus sahaja. Tak Perlu nak jaga jarak jahitan lurus tu kalau guna tapak zig zag

Tapak Kulit
'Tapak ni ada macam roda. Yang warna emas tu. Boleh bergolek dan berpusing la.
Tapak ini sesuai untuk menjahit kulit tiruan, vinyl, kain elastik dan velvet

Tapak pasang butang

Tapak plastik tak kedut
Memudahkan jahitan atas kain ultrasuede, vinyl, kulit tiruan yang sering melekat ke dalam tapak besi waktu jahitan.
Kain ultrasuede akan kelihatan cantik selepas dijahit

Rabu, 2 Jun 2010

Keletah anak bujang ku

hikss.. cuba tengok mata adik.. aaAaahh.. geram okeh.. chicky betul... geget boleh dik.. apa la idea dalam kepala dia tu... Kakak.. ahh dia memang tak perlu disangkalkan lagi bab-bab menyengeh ni..
opss... sedikit seksi.. memang takkan dilepaskan peluang bila ditanggalkan baju dia.. Terus nak lari, nak main. bila dah asyik mulalah air terjun laju je turun...

Haaa.. siapa ni dik... dengan rambut yang dah panjang betul.. lom setahun lagi dah melentik-lentik... Mashamm aje bau... Boleh eh.. gaya tido gini.. hikss

Muka dan rambut sebelum dipotong... yeaa.. adik memang hensem.. rambut panjang hensem...



rambut pendek pon hensem... abah dia tak luluskan potong rambut ala Mawi.. ahh kecewa mama... hanya di trim keliling sahaja... hikss... jadilah dari tak habis-habis tarik rambut bila nak tido dan menggaru bila panas. Jambul tetap ada okeh... Aset tu.. :P

Selasa, 1 Jun 2010

Bila da dapat

Akhir nya yg ditunggu sudah sampai. Bila tengok subjects yang akan di lalui mulalah rasa berdebar. Dah lama tinggal kan alam student ni. Excited ada takut pon ada, walau apa pun saya tak sabar nak mula kan fasa baru dalam kehidupan.

NotaKu: Layout blog warna hitam memang tidak sesuai dengan jiwa raga saya. Balik ke warna putih ya.. tenteram sedikit hidup

Hadiah ke.. bantal ke??

Ada orang dapat hadiah ke? Nampak comel aje (Matilahh puji sendiri.. hiks)

Ehh.. bukan hadiah la.. ada url blog sendiri ni....

Apa sebenarnya ni... bantal kecil ke? Ke bantal wangi macam Lovely lace tu.? hahha sesuka aje nak main teka teki.

Tada... pin cushion jer.. pasti lah sendiri yang buat... Apa lagi.. ni la pertama kali buat pin cushion untuk diri sendiri. Selama ni saya bergantung dengan pin cushion yang saya terima daripada ArniNasir masa buat swap tahun lepas. Tu aje yang ada.

Bila tiba-tiba rasa nak buat sendiri, ini lah hasil pin cushion tak sampai 10minit. Copkan kain beluci ni dengan cop rasmi saya, serikan pula dengan tag alat jahitan yang sedia ada, ikatkan dua biji bantal dengan ribbon yang comel... akhirnya... siap la pin cushion yang mudah ini.

Isnin, 31 Mei 2010

Choo-choo train

Buat Hadif yang menyambut ulang tahun pertama. hadif dah pernah naik choo choo train ke?

Buat Hanan pula yang suka kan barney.. Selamat Ulang tahun yang ke 3. Saya suka warna oren terang ni. Ceria habis. Ada hikmahnya tee asal tak muat.. hiks... Terima kasih Izan.


oh ya.. warna-warna ceria plain tee untuk kanak-kanak. Kakak kata macam ranbow la mama.. Senang hati bila dah ada tee standard untuk kanak-kanak. Macam biasa kalau berminat just JENGAH SINI.

Khamis, 27 Mei 2010

Pesanan buat kakak

Hari ini kakak akan mengikuti lawatan ke muzium hidupan liar. Masih dalam kawasan yang sama pon. Tak jauh dari rumah dan sekolah. Dah beberapa hari saya berpesan kepada kakak.
- jangan lari-lari
- pimpim tgn dengan kawan
- jgn ikut orang tak kenal
- apa-apa bgtahu cikgu
- dalam bas duduk baik baik
- bla bla bla...

Sekarang saya dah tahu kenapa emak saya dulu suka pesan macam macam.. Ulang benda yang sama.. Ini namanya pusingan kehidupan. Mama bukan bertujuan nak membebel ya kakak tapi mama sayang kat kakak dan tak mahu apa2 yang tak elok jadi. Pi lawtan baik baik tau

Selasa, 25 Mei 2010

Lagi.. sepit rambut

Shocking pink polka dot dan all loves sepit rambut. Ahhh sungguh comel..


saya gunakan sepit rambut jenis ini ya. boleh la sepit banyak sikit rambut

tempahan dari mas.. saya tambah lagi strawberry button.. nak bagi tambah comel..

dan juga dua set sepit rambut rama-rama

dalam perjalanan ya mas.. nantikan kemunculan benda-benda comel ni. Bila si kecil sudah menggayakan.. jangan lupa ambil gambar. Boleh jadi model tak berbayar saya. :)

Pencuci mulut dengan aisrim yang sedap


mari mulakan dengan sesuatu yang sedap.. apa lagi kalau bukan ais krim baskin robbin foundue. yum yum.... ni kalau mengidam nak makan memang pulun gak la nak cari. nak-nak masa panas ni... sedap aje rasa bila makan sambil dicelup ke dalam coklat panas...


ni pon mesti tak ketinggalan cappucino in glass.. kegemaran seseorang. Saya pon tumpang minum gak la walaupun lepas tu rasa pahit melekat-lekat di tekak... hiks

ahhhh gambar terang sikit... isshhh ni rasa nak pi makan lagi ni.. ni la set aiskrim paling syok di makan

kakak yang tengah menahan kesejukan. tau takpe.. makan perlahan-lahan ye.. nanti habis kena baju.

Penat mama dan kakak ber posing.. anak bujang? memang buat rosak gambar.. hikss... sibuk dia nak mengejar sudu aiskrim tu....

tengok masih tak putus asa.. kakak masih juga terus berposing

ahhhh akhirnya adik dapat juga.. baru puas hati.. hahahha lawak la adik...

ahh terima kasih juga pada manager kedai ni ya... ahahha lain kali kalau datang kl boleh kami pau lagi.. nasib la ko tak kerja kat kl ayah cu.. kalau tak abis la diskaun pekerja ko tu kitaorang kerjakan. hiks...

Isnin, 24 Mei 2010

Surat Chenta

Saya tertarik dengan kad ucapan terima kasih yang dibuat oleh MyBotang. Mudah sangat nak buat kad ucapan ni. Hanya gunakan perca-perca kain, sambung-sambungkannya dan jahitkan atas kertas.. wallah dah siap.

Kata dah ada rubber stamp sendiri kan. Apa lagi sesuka hati aje la nak cop dekat mana-mana. Bila dah dicop ni macam kepala surat rasmi la (letter head) pula jadinya. Suka bangat. Hiks.


Comelkan.. ikat aje dengan mana-mana tali yang kita suka. Dengan ribbon pon boleh.

Bila dah siap.. tulis la surat chentu tu pada pelanggan saya yang sangat bersabar. Hiks... sabar betul kan. Jangan la marah eh bila dapat surat chenta saya. Kalau suka boleh buat penanda buku kalau tak suka pandai-pandai la nak buat apa. Hiks.

Sabtu, 22 Mei 2010

Model sepit rambut

Ok kakak, kakak memang comel pakai sepit rambut yang mama buat. Ceria habis. Yang lagi dua mama da bagi kat kawan kakak yang lain. Mama tak sabar nak jahit yang lain plak

Khamis, 20 Mei 2010

Tadaaa.. ini dia


Sebenarnya saya dapat idea buat beg ni dari Kham Joe. Hehhehe Tapi sebab takde masanya nak cari beg coklat goreng pisang tu, saya buat aje la guna kertas biasa. Punya la berhempas pulas nak melipatnya. Siapa yang terlibat dalam lipat melipat tu terima kasih ya. Hahahah

Lepastu, apa lagi.. buat la tag yg comel tu.. Nak bagi cantik potong aje dengan pinking shears. Lawa la dia. Kata ribbons banyakkan.. guna la selagi boleh. Saya buat punya la dah rasa cun habis sekali boleh tak kakak pergi conteng,,, Nampak tak? Huruf H.... isshhh geram


Orang suruh tulis kat dalam.. laju aje dia tulis kat luar, bila disuruh tulis tiba-tiba aje "Kakak tak pandai tulis la mama..." ahhhhhh geram lagi... Macam-macam karenah.

Ini la beg yang sempat disiapkan di Subuh hari. Harap-harap teacher kakak suka la. Jahitan paling mudah mama gunakan. Fabrik dia.. ahhhh suka sangat.. lepas ni lebihan dia boleh la buat sepit rambut lagi. Hikss...
Tali beg saya gunakan juga yang from Paris tu. Jahitan easy stitch Selamat Hari Guru yang telah diperkemaskan dan saya jahit kain tu zig zag sahaja atas beg. Wallah da siap. Apa-apa pon.. janji kakak dan teacher kaka suka eh.