Selasa, 5 Januari 2010

BOM 2010: Pink, Hijau dan putih milik saya




Tahun ini saya nekad nak terlibat balik dalam buat quilt. Tahun lepas BOM House tergendala sebab preggy. Tahun ni sebabkan BOM nya dalam prinsip KUTU kena la saya siapkan. kena ada motivasi baru boleh siap. Terima kasih buat Fida kerana mengendalikan kutu BOM 2010 ini. Rekabentuk quilt diatas telah dipersetujui semua. Terima kasih pada BOMQuilts.com untuk rekabentuk itu. Saya pilih warna putih, hijau dan pink. Sila bayangkan warna-warna tersebut terhasil pada quilt saya yang akan siap pada hujung tahun nanti. :)

Jadual untuk tahun ini. Boleh klik untuk bacaan penuh. Nampaknya saya kena beli kain-kain cotton yang berasaskan warna-warna putih, pink, hijau, merah, kuning, biru, turquoise, coklat dan ungu (uisshh.. semua warna ada.. :P) untuk memenuhi permintaan semua ni. Bertambah la koleksi cotton saya.

Ini dia block yang perlu saya siapkan untuk bulan Januari. Blok untuk diri sendiri. :) Bulan ni dapat 11 parcel dari member-member yang lain. Isshh mesti seronokkan.

1 ulasan:

  1. thanks cik kema.. sah payah buatkan jadual.. sorry ler.. susahkan semua orang. :)

    BalasPadam