Sabtu, 9 Januari 2010

Hanya bercerita

Saya sebenarnya suka buat entry dengan ada gambar. Baru rasa seronok sikit nak membaca. Kalau menjengah blog orang lain pon macam gitu juga. Suka bila ada gambar, kalau plain tu macam tak kick. :) Tapi hari ini perasan malas melebihi dari yang lain, hasilnya adalah entry dengan tiada gambar la ya.

Sudah lama saya tidak menjejaki ke Nilai 3. Bila saya ke sana hari ini, sampai lupa jalan mana nak tuju. Pusing-pusing dan tanya orang sampai juga ke tempat tu. Apa yang saya dapat rasakan bila sampai situ ialah makin besar dan makin banyak kedai. Tak tahu nak mula dari mana. Nasib la tuan besar rajin nak melayan saya mencari kain-kain cotton idaman hati. (Tu la ada BFF saya tu last minute tak jadi temankan.. nak kena denda ni :P)Huarggghhh... semua saya nak. Nasib dah sediakan bajet kalau tak memang semua saya borong. Sabar-sabar, yang pastinya lepas ni memang saya akan pergi lagi dan ada sedikit menyesal ada kain cotton yang saya tidak beli (abiss laaa malam ni confirm saya termimpi-mimpi corak fabrik tu.. huhuh)

Lagi satu, bila terbaca tulisan Zura mengenai kegemaran dia membaca Burda Magazine, saya pula menggemari Sew Hip. Membaca dan membeli majalah begini membuatkan saya terfikir, mungkinkah Malaysia akan menghasilkan majalah sedemikian rupa. Susah nak dapatkan majalah-majalah daripada luar ni. Kalau duduk kerja di tengah-tengah KLCC senang sikit, kalau duduk di pinggir-pinggir bandar ni memang sakit hati. Satu salinan majalah untuk satu kedai buku. Kadangkala majalah tersebut tiba lewat sebulan daripada tarikh sepatutnya. Geram. Harga tak payah la ceritakan tapi berbaloi la bila ada free pattern semua tu. Buat kawan-kawan saya yang ramai dinegeri atas angintu, bila balik ke Malaysia jangan lupa belikan majalah-majalah ni ya. :)

2 ulasan:

  1. huhuhu...bff awak tu mengemas macam nak rak! mcm nak patah pinggang n basuh baju tak terkira berapa trip!

    BalasPadam
  2. ekekekek kemas kemas.. bagi semua penyakit tu pergii... lain kali kena teman saya pulak tau... :P

    BalasPadam