Khamis, 7 Januari 2010

Hari-hari ceria saya..

hari-hari ceria saya bila dikelilingi oleh dua budak yang menggeramkan dan menghiburkan hati ini. Kalau tiada mereka dirumah, alamk hai.. sunyi sangat rasa.

Tahun 2010 merupakan tahun kakak melangkah ke alam playschool. LOL. Setelah beberapa siri drama diawal minggu ini.. kakak berjaya pergi ke sekolah dengan gembiranya. Siap minta untuk mandi pagi cepat sebab dah bersedia nak ke sekolah. Hebat. saya suka sikit bila dia dah ke sekolah ni, sebab balik rumah dia lapar.. makan nasi banyak.. pastu rehat-rehat... tido sekejap.. Main dengan adik. malam dia tido lena. Kalau tidak asyik nak tengok kartun aje. Muak dibuatnya. geram pon ada. Moga kakak suka kat situ eh.

Yang ini pula. tak payah nak kata la. Tak habis-habis buat perangai baru. Semalam kami baru perasan sambil dia meniarap tu, dia perhatikan semut, bila dah asyik punya la laju dia mengesot kejar semut. gasak. Jangan kamu makan semut tu dah la ye adik. Kakak takut semut, adik siap kejar semut. pening-pening. Cepat-cepat la adik pandai duduk eh.. senang mama nak bawak berjalan hahahah. Love u two dear. :)

2 ulasan:

  1. ohhh kakak dah pie skull..
    adik lak makin montel..

    BalasPadam
  2. ha ah zur... kalau tak pi school asyik tgk kartun aje.. adik mmg le.. kuat makan n minumnya,. :)

    BalasPadam