Sabtu, 2 Januari 2010

Hasil farmville

Farmville saya yang hari itu semakin subur. Terima kasih la pada bibik yang rajin mengerjakannya. Tambah pula hari hujan sekarang ni. Makin hijau pula sekeliling rumah tu.

Anak-anak pokok bendi dan lobak putih. Comel kan. Tapi kalau hujan lebat habis tenggelam dalam takungan air. Kena bertahan seminggu lagi sebelum dialih ke tapak lain.

Pokok betik yang berbelas-belas biji. Dah 2 biji jadi dessert kami. Manis ya amat. Nasib la dia masak sebiji demi sebiji, tidaklah membazir tak pun boleh la sedekah kat jiran. :) Memandangkan pokok betik ada dekat 6 batang, dengan banyakknya pucuk betik, saya kononnya nak la makan pucuk betik rebus (boleh tambah susu ibu la katakan) sekali mak aihhh pahit nak mam***. Serius. Tapi saya berjaya la abiskan sekali rebus tu. Lepas itu.. uhuhuhuh tak daya den nak menelan. Ahaks.

Lada kecik ni dah 4..5.. kali berbuah. Dah beberapa kali gak la saya bawa kepejabat. Boleh dikongsi bersama. Ada yang suka makan lada kecik ni. Dari jatuh membusuk, baik lah kongsi bersama. Tu yang makin galak dia berbuah agaknnya kan.

Pokok kesum yang semakin gemuk. Penting ni okeh nak masak asam pedas. Sedap, letak dalam laksa johor pon best.


Sesiapa yang tahu rumah saya kat mana tu, kalau susah nak cari daun pisang, bagitau la saya. Merimbun pula daun dia. Ingat dulu setiap kali nak guna daun pisang, kena la beli kat pasar. Nak beli sedikit-sedikit mereka tak bagi. Kena beli sekali banyak. Lepas tu tak boleh digunakan lagi. dah rosak. Sekarang iku suka aje nak ambik banyak mana. Senang. Seronok bila tengok pokok-pokok ni membesar. Saya kemaskini sebulan sekali la ye pasal farmville saya yang comel ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan