Ahad, 31 Januari 2010

Jom Tanya bersama TiniHani (Siri I)

Semenjak saya buka blog yang tidak berapa lama ini (blog menjahit ni la), banyak juga la saya dapat soalan. Kadang lebih kurang sama, ada yang tanya berkenaan felt tee tu, ada yang tanya pasal mesin jahit yang saya guna, macam-macam la. Apa kata saya kongsi soalan-soalan yang diaorang tanya kat saya. Saya buat sikit-sikit la.. saja suka-suka (Kiranya ala-ala berangan jawab soalan dalam surat khabar la kan. Manatau satu hari nanti ada yang nak temuduga saya -- suka kan berangan besar-besar gitu)

1. Bila mula menjahit? Belajar secara formal ke?
  • ouuhhh kalau kira balik, dari saya kecik-kecik lagi dah gatal nak pegang jarum. Sebab terpengaruh dengan mak. Ye, mak saya boleh jahit baju kurung. Saya banya belajar daripada dia. Tapi macam biasa la belajar tak serius. Tapi, kalau bab sembat baju kurung saya memang mahir la. Tapi sekarang dah takde dah kan baju kurung yang bersembat. Sayang dah rasanya
  • Lepas tu saya suka baca buku, banyak dapat teknik-teknik menjahit daripada situ
  • sekarang banyak daripada internet la. Cari aje semua ada
  • Saya memang dalam tahap amatur menjahit, tengah belajar sendiri. Kalau suruh ajar orang lain memang gagal la.
  • bila mula menjahit dua tahun kebelakangan ini, saya buat pon sebab nak hilangkan stress kerja, seronok-seronok dan disokong oleh kawan-kawan. Kalau tengok entry blog saya dari awal saya menjahit manik. Seronok menjahit manik ni sbb kita akan jadi teliti tapi bila dah ada baby ni, tak laratnya nak fokus. Sakit mataaa.. heheheh

2. Guna mesin jahit apa?

  • Mesin jahit janome harmony 2049. Saya memang sayang mesin saya ini. Percaya atau tidak, saya tidak pernah guna mesin jahit emak saya. Sebab takut nak guna, mesin jahit singer yang antik tu. Nak kena banyak tenaga guna mesin tu. Nanti bila balik kampung saya ambil gambar mesin jahit antik tu.
  • Mesin janome 2049 ni memang best sangat semua ada, siap vcd, saya yang tidak pernah guna mesin jahit sebelum ni pon senang sahaja nak faham. Yang penting ada minat.
  • siap ada buku panduan juga, bahasa melayu ada bahasa inggeris ada, siap dengan 15 tapak mesin yang lain. (hehe banyak lagi tak guna - nanti saya kongsikan lagi apa kegunaannya)
  • saya tengah mengidam nak dapatkan mesin jahit tepi ni, tunggu aje lah orang tu sponsor hehehe tunggguuuuu :)
  • saya sudah guna satu tahun setengah dan tiada masalah yang timbul. Alhamdulillah best

3. Bila masanya menjahit. Ada banyak masa ke?

  • Bab masa ni subjektif sangatkan. Dengan hero, heroin dan tuan pengarah kat rumah, memang tidak banyak masa. Saya rasa kalau tanya ada masa ke tidak. Semua kata tidak cukupkan
  • Saya curi-curi masa kalau angin diaorang baik, saya jahit la.. dengan hujung minggu. Tu yang kena pilih jahitan yang tak kecamuk kalau nak jahit depan diaorang.
  • lagi satu, nak menjahit kena ada mood, kalau tak jangan harap la idea nak datang. :)
  • Kakak la paling suka menyibuk kalau saya menjahit, ikut aje belakang saya sbb dlm bilik jahit tu macam-macam ada kan, seronok la dia mengemas. ahhaha
  • tu la kalau siapa nak buat tempahan dengan saya memang kena bagi ruang masa yang panjang, sebab saya jahit pon untuk isi masa lapang, dan ada kerja utama yang perlu didahulukan (mungkin tengah tahun ni akan lain sikit, tapi tak lama la kan).
  • Alhamdulillah setakat ni siapa yang suruh saya jahit felt tee tu ok dengan jangkamasa yang saya berikan. Ada juga yang terlajak sikit, tapi sebab ada ruang masa lebih ok la kan. :)

Okeh la, ni dah macam cerita panjang ni. Hahahah layankan aje la. Terapi tau bila dapat tulis panjang-panjang. Jumpa lagi disiri akan datang ye. (Verangan.. tak hengat!!!) Ntah ada orang baca ke tak. Wakkaakka

Tulis sahaja la soalan apa-apa yang nak ditanya. Nak request tutorial pon boleh, kalau saya boleh buat apa salahnya kita kongsi bersama. :)

10 ulasan:

  1. seronok baca entry ni Hani! I takde kawan real life yang ada hobi menjait so bila dapat kawan blogger seiring sejalan ni happy sket, taklah lonely sangat rasanya hehe..

    BalasPadam
  2. ada ada...hehe ada yg baca ...saya la tu..juz to let u know ;-) ...saya pun pun macam awak, curi2 masa kalau dah minat ni.. walaupun amatur, saya rasa kerja tangan awak menarik dan kemas juga...saya ni yg masih berterabur menjahit tah hapa2..tapi suka sebab hasil tangan sendiri..fedulikkk le org kata perasan ker hapa kan hehehe...janji fikiran tenang

    BalasPadam
  3. hai tini...akak selalu masuk blog tini.....tak pernah bg komen....hari ni..akak rasa seronok baca coretan tini pasal jaetan ni...

    BalasPadam
  4. hai tini rmi yang baca. sy suka tini tulis pasal pembabitan awal sbb dr situ sy tahu dari mana org lain bermula..sy pun br berjinak2 dlm bidang jahitan ini...berminat dh lama...tp sejak jumpa blogger yang menjahit semangat tu dtg..teruskan usaha tini...

    BalasPadam
  5. dah baca, tp tarak soalan :P

    BalasPadam
  6. seronok baca entry ni.macam lebih kurang sama je dengan pengalaman sendiri.menjahit sebab minat dan suka2 je.tp awk punya jahitan kemas sangat..tak mcam amatur pun..

    BalasPadam
  7. tahniah Tini.. Akak suka baca entry tini. Akak minat sangat menjahit dan kerjatangan. Elok jugak ek.. dapat kenalan disamping menimba ilmu bersama rakan sehobi. hehe.. keep up the good work.

    BalasPadam
  8. terima kasih semua bagi sokongan dekat saya. tu la kalau tak buat blog macam ni.. tak tau ramai juga ada hobi terpendam. seronok bila ada yang sealiran. tak la rasa syok sendiri. salam kenal semua

    BalasPadam
  9. Salam Perkenalan dari saya ....

    Baru jer jumpa blog Tini ni...menarik!! Saya tak pandai menjahit, baru berjinak-jinak jer ni. Sebelum ni pi kelas jahit manik... dah grad tapi tak penah lak nak apply ilmu yang dipelajari. Pas tu belajar lak embroidery...hehe..kira terer gak la bagi amatur macam saya ni... nanti ada masa saya akan jadi blogger dan upload hasil embroidery saya....tak der la cantik mana, tapi...hehe...cantik la jugak... sapa lagi nak puji kan..kalau tak diri sendiri! Bermula bulan lepas baru start menjahit applique... dah terhasil 2 sarung kusyen applique. sat sat ni baru potong kain cotton utk buat sarung kusyen yang officemate tempah. Tak cukup tangan lak rasa bila ada orang nak minta buat single quilt....

    BalasPadam