Khamis, 21 Januari 2010

Tutorial: Cara menjahit menggunakan elastic thread

Seperti mana yang direquest Win. Macam mana nak jahit kain gunakan benang getah (elastic thread). Heheheh siap boleh request eh, ala-ala stesen radio pula. Tapi untuk kebaikan semua apa salahnya.

Elastic thread di gulung dalam sekoci (bobbin). Ni memang kena buat guna tangan, jangan ketat sangat jangan longgar sangat. Nampak kan macam mana cara saya gulung tu, nak kata kemas sangat tu takdelah. Lebihkan sikit hujung benang tu.

Masukkan dalam rumah sekoci tu, Yang ni agak lebih sikit kerja, kena tarikkan benang tu kuat sikit supaya masuk kat tempat yang kecl tu. Benang ni tebal sikit dari benang biasa, kalau buat lemah lembut memang payah nak masuk, tarik tegang sikit dan masukkan ke tempat dia.
Keluarkan hujung elastic thread tu lebih sikit, nanti kalau dah terlepas masuk ke dalam, susah/ banyak kerja pula kena buka balik bobbin bawah tu. :) Mula-mula aje susah
Nak mulakan jahitan sama sahaja macam kita guna benang biasa kat bawah tu, tapi satu aje nak diubah, kedudukan butang kawalan benang atas tu selalu guna 3 kan tapi untuk elastic thread ni guna no 6. Nak bagi lebih ketat.

Selepas itu, jahit macam biasa. Pastikan kain yang bercorak belas atas. Waktu jahit tu tak perlu tarik kain ke belakang mesin, biarkan dia gerak sendiri. Tu nampak tak kedutan dibelakang tapak jahit tu. Berkedut cantik.

Bila dah sudah jahit tu, tarik elastic thread lebih sikit, Jangan tarik kuat sangat nanti masuk ke dalam. ehehe leceh dulu saya dah kena.


Ni la rupa lapisan pertama. Dah ada kedut-kedut comel.
Kalau kita jahit untuk lapisan kedua, kedutan tu dah makin jelas, rapat dan kemas.

Ni pula masa nak jahit lapisan ketiga. Letak sahaja kain tu dan biarkan dia bergerak macam biasa.

Lagi satu, setiap kali potong elastic thread ni, Buat simpulan mati. Tujuan dia supaya tak terlepas daripada benang biasa.

Tada... Inilah hasil jahitan menggunakan elastic thread. Macam hujung lengan baju pula kan. Selamat mencuba ye kawan-kawan.
Pesana hari Rabu: Siapa dah siap Jom Jahit?? hehehe :)

20 ulasan:

  1. great tutorial.. thx!! i ada benang elastic nie.. but macam scarry jek nak try (lazy pun iyer sebenarnyer) but your tutorial is clear and easy to understand.. will def give it a go soon..

    BalasPadam
  2. wow!seronok!dh lama saya nk tahu mcmana cara nak jahit guna elastic thread ni.sekarang dah tahu..tp nk tny,kt mn nk beli benang jenis ni ek?

    BalasPadam
  3. sue... pasni boleh buat la.. tak yah takut.. kita yang takutkan benang tu hihiihih

    lia.. hehe dah tau pon ye... kedai brg jahit ada je.. saya lg best beli kat tesco, mana jumpa terus beli :)

    BalasPadam
  4. aha..sy pernah cuba gunakan elastic thread tp tak berjaya...mesin tak jalan, benang serabut, kain pulak tertanam dalam lubang mesin..mungkin sy tak tukar 'tention' benang. sy nak cuba lagi lah..terima kasih bagi tutorial ni.

    BalasPadam
  5. Now i know how to sewing the elastic Thread, terima kasih hani ^^

    BalasPadam
  6. mekasih mekasih..punya laa dok fikir macam mana orang masukkan elastic thread dalam jarum...rupa2 tak payah yer..baru ku tahu..hehehe..

    lepas ni bole cuba kan..berangan nak cuba buat blouse lengan CT..huhu

    BalasPadam
  7. Gaban.. haah tention tu mmg kena ubah... kalau tak dia akan jadi longgar dan sangkut...

    may.. ur welcome

    fathiah.. hahha tak yah masuk pada jarum pon yang.. buat-buat.. nnt berjaya bgtau yer.. :)

    BalasPadam
  8. good info nih...tk penah try lg..lepas ni leh la try..thanks for the tutorial..

    BalasPadam
  9. hai hani..
    sgt baik bila kita berkongsi ilmu kan..
    kat lengan baju yana, banyak yang yana dah jahit seperti ini.. nampak lain drpd lain sikit.
    keep in touch dear... ;)

    BalasPadam
  10. aina.. cuba jgn tak cuba...

    hayana..
    wah lagi terer kan boleh buat kat baju.. boleh la tunjuk hasil yang ana buat.. kongsi bersamasama

    BalasPadam
  11. salam tini, pressor foot tu perlu tukar ke..perlu pakai gathering foot ke tak payah..

    thx

    BalasPadam
  12. hi ina,
    saya guna tapak biasa aje, yang buat jahit lurus tu, kalau mesin saya ni dia panggil tapak zigzag :)

    BalasPadam
  13. thanks tini...
    nak kena buat kat baju kurung anak nih... hehehe...

    BalasPadam
  14. emmm dulu saya try guna tapak biasa mmg tak menjadi... langsung tak kedut... maybe tak adjust tension benang tuh betul2 kut. but now dah ada gathering foot.. mmg cantik ler bila guna benang getah nii

    BalasPadam
  15. sangat bagus bila kita berkongsi pengalaman......:)...saya dah lama ingin tahu cara jahit guna benang getah....baru terfikir nk cari dlm internet....alhamdulillah jumpa cara tinihani....nnti boleh lah cuba...thanks yer...

    BalasPadam
  16. baru saye faham, seblm nie x tau cara nak matikan benang getah tu, saye pakai jhit tepi je lah... thanks Tini, dah dpt idea baru..

    BalasPadam
  17. salam,sy nk tnya kenapa bila sy jahitkan,yg benang biasa tu,dia tak jahit elok2.maksud sy,dia kaan jd longgar.tak lilit benang getah tu elok2...

    BalasPadam
  18. Dh lame beli benang elastic ni...tp x tahu guna...tp skrg da tahu...nk try la nant...tq sangat2

    BalasPadam
  19. Bru tau knape sya jhit benang getah x mnjdi......

    BalasPadam
  20. oh.benang atas xyah tukar benang getah.. baru tahu. ingatkan jarum dan tapak pun kn tukar. thx tinihani.

    BalasPadam