Rabu, 3 Februari 2010

Bercuti dengan senang hati.

Banyak rupanya gambar bila disemak bali. Seronok sangat. Kalau cerita bercuti di Port Dickson ni, dah 5, 6 buah hotel juga la saya dan keluarga pernah duduk bermalam. Kali ini saya dan BFF telah merancang duduk di Tiara Beach Resort sebab utamanya adalah nak bagi budak-budak tu enjoy. Dan yang pastinya memang kami enjoy. Seronok bila bercuti dengan orang yang sekepala ni. :) Layan la ye gambar-gambar yang telah ditapis. heheheh

Hari Pertama

ADa budak tgk ni aje terus dah meroyan. Waktu tu juga nak terjun dalam air. perghh
Ini la budaknya.. Dunia ni aku yang punya bila dah masuk dalam air.
Adik macam biasa. Kalau dia rasa nak tido, dia tido.. Paling kelakar bila dia kena percikan air, terkelip-kelip mata dia.


Pastu bersedia untuk makan pula. Tengok la gambar budak bertiga ni. Macam anak tangga. Tahun depan adik dah besar leagi bertambah satu lagi anak tangga.
Ni baru ada 4org budak. Dah huru hara. macam-macam kejadian. Sabar sangat.
Hannah n Sofea, kawan baik-baik tau, jangan gado gado.

Hari Kedua (pagi)
Seronok jalan-jalan di Pantai Teluk Kemang, sebab orang tak ramai. Syameel dah teruja tengok laut.

Kakak yang sentiasa bertenaga. mana dapat tenaga banyak-banyak ni pon tak tau.

Hahaha apa lagi, shopping la kan.

Ini aje la kerja diaorang, kikis duit mama, ibu, abah dan ayah. Beli mainan aje

Cukup-cukup la.. habis duit. :P
sekali lagi dan macam biasa, bila masa dia suka nak tido dia tido la. Senang kalau masa bawak berjalan. KAlau duk rumah dia ngamuk. hahahahah

... ok nanti sambung lagi

1 ulasan:

  1. memang syok sangat main air kat tiara ni... kalau buleh takmo naik.. ngan mak2 diorang takmo naik :P

    BalasPadam