Jumaat, 12 Februari 2010

Lesson Learn: Baju Polka dot

Saya buat dress ni darpida cuti Hari Wilayah hari tu. Tapi lambat betul nak siapkan. Heheh Ialah, tengah-tengah menjahit pergi bercuti pula kan. Saya gunakan kain yang polka dot yang dibeli daripada SewPrettyPink dan kain kosong pink yang dibeli di TehHwa. :).
Apa yang saya belajar bila mencuba jahit dress ini:-
  • Labuh baju dah sesuai dengan kakak. Takpe kalau potong kain lebih sikit, kalau terlabuh boleh kelim, kalau terpendek.. abis la.. bukan rezeki kakak. :P
  • Kebar kain.. yang ini saya silap buat perkiraan. Hasilnya kain dia tak kembang, tak boleh la kakak nak buat pusingan tuan puteri. Lain kali kena lebarkan lagi.
  • Jahitan hiasan dekat leher ni sangat menarik, lepas ni boleh cuba jahit lagi dekat baju-baju lain. Memberi seri pada baju.

  • Baju ni saya guna butang ketip aje kat belakang dia.(heheh dasar kurang rajin) Belum sempat saya kemaskan dia dah lari. Sabar aje la. Susah guna model tak berbayar ni Lepas ni belajar guna zip ya tukang jahit... (ingat-ingat)
  • kain untuk buat riben tu pon boleh panjangkan lagi. baru lagi cun

Ok. Banyak juga saya belajar kali ini. Baju ni pon saya guna kan jahitan tindih kasih (french pleat) Belum ada Mr Serger lagikan waktu tu. Banyak yang boleh diperbaiki untuk baju-baju yang seterusnya. Banyaknya baju. Hahahahha

2 ulasan:

  1. cantik!!kombinasi warna yg digunakan pun nampak sweet je + model yg cumil..

    BalasPadam
  2. salam tini..
    i pun kalau malas letak butang ketap tu..senang keje haha..

    BalasPadam