Khamis, 4 Mac 2010

Kisah kami

Saya nak mengemaskini berkenaan dengan bib dan apron yang telah saya jahit. Tapi sebab bila menjahit dan selesai menjahit dah malam… nak ambil gambar pon tak cantik. Heheh rumah saya pula kurang lampu putih. Memang tidak sesuai nak ambil gambar. Nak-nak sewaktu ini saya keluar rumah pagi dan sampai rumah dah nak senja. Tak sempat la nak tangkap gambar yang cantik. Macam saya pernah cerita dulu, saya suka tgk gambar yang cantik. Oleh itu, jangan harap la saya nak mua naik gambar tak terang. Hehehhe

Anak-anak pula sedang membesar dengan pelbagai kerenah. Beberapa minggu lepas, saya marah pada kakak dan bagitahu dia “Kakak nakal… tak sayang mama.. tak payah kawan dengan mama…” Macam biasa dia akan sedih la waktu tu. Tapinya, sekejap aje la waktu tu. Nak dijadikan cerita.. 2..3 ni.. dia cakap.. “Mama.. kakak baik hari ni. Mama sayang Hannah tak? Mama nak kawan dengan kakak” Ya allah… Sayu dan tersentuhnya hati ni. Nampak sangat dia dah mula memahami persekitaran dan soal hati. Huarghhh… saya kata.. “mama sayang la kakak dengan adik. Kakak dengar la cakap mama ngan abah” Pas tu terus dia peluk saya. Banyak yang saya belajar daripada kejadian ni. Mereka buat saya lebih matang dan bersabar.

Adik pula.. masih dengan kerenah manjanya. Giginya pula dah nak keluar dua batang. Kami suka tengok gigi dia tumbuh. Nampak comel sangat bila gigi tu keluar. Ahhh kenapa saya jakun sangat eh dengan gigi? Bukan anak pertama pon kan. Sebabnya, kakak dulu tumbuh gigi masa umur hamper dua tahun. Waktu tu. Dah hilang dah perasaan kerterujaan bila Nampak gigi dia keluar. Waktu tu kalau gigi dia keluar dah bagus dah. HAahhaha siap tanya doctor lagi kenapa gigi anak saya tak keluar lagi ni. Normal ke? Hehehhe nasib dah keluar. Tapi bagus juga sampai sekarang gigi dia elok lagi.

Saya pula, yang sedang sibuk berkursus 6 minggu ni. Macam-macam saa belajar. Kadangkala sampai tak tahu nak tangkap yang mana satu. Risau pula, mampu ke nak sambung belajar ni. Macam berat aje tanggungjawab tu. Tapi saya mesti kuat semangat. Nasib la ada MDH yang menyokong dibelakang. :). Masuk minggu kedua dah rasa teratur sikit walaupun kena ulang alik. Seronok pon ada. Jangan lepas ni, berat hati pula nak masuk pejabat. Ahaks.. ok la.. cukup la cerita buat masa ini. 

1 ulasan:

  1. anak i tak pandai cakap lagi. mcm2 kenakalan bebudak zaman sekarang. terlenih DHA kot

    BalasPadam