Ahad, 28 Mac 2010

Melepas sudah

Apa perasaan eh bila hati dah berkenan, semua dah cukup tapi tak dapat juga. Heheheh kecewa la juga kan. Macam biasa, misi mencari casa impian belum berakhir. dari satu kawasan ke satu kawasan kami jelajah. Ahaa. Tu la bukan senang nak senang kan. Takpe pelaburan sehingga akhir hayat ni.
Bila dah banyak tempat kita pergi, baru tahu berapa harga tanah semasa, berapa luas rumah sekarang, berapa banyak bilik nak. Ada harga rumah macam tak berbaloi dengan kebesaran rumah tu. Ada yang cantik tapi lokasi tak sesuai. Banyak kena ambil kira ni.. ada sekolah tak, ada kedai tak.. jauh ke dengan pejabat. Dah ramai orang duduk ke, kawasan tanah berbukit ke? ada banjir ke tidak. Eii bila tengok tanha, mula la rasa nak buat rumah sendiri. Tapi sanggup ke nak usahakan dari mula. Wuhooo... tapi kalau hasilnya berbaloi apa salahnya kan. Kena cari orang yang mahir semua ni.. Akan kami cari sehingga dapat impian hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan