Rabu, 14 April 2010

Ada cara mudah rupanya nak jahit kaki seluar

Kesian kan dekat saya. Guna mesin jahit dah lama. 2 tahun? Tapi boleh la selama ini tidak menyedari bahawa ada cara mudah nak jahit kaki seluar atau tangan. Susah sebab diameter diakan kecik aje hujung kaki seluar ni kan...

Ini la cara saya selama ini. Duk letak la kain tu macam tu.. Kena jahit berhenti-berhenti. Lupa bahawa kotak kat bawah tu ada kegunaan lain bila di cabut (selain nak tukar benang dalam sekoci.. heheh)
Macam mana boleh sedar mesin jahit tu boleh di pelbagai gayakan? Sedar bila guna serger nak jahit tepi kaki seluar jeans. Muahahah Kat mesin ni pandai lak buat gini. Saya tanggalkan bahagian yang tengah tu supaya mudah kaki seluar tu ikut bentuk.

Jadilah macam ni serger tu. Kemas dan cepat aje siap jahitnya. Hahha lambatnya baru sedar.

Lepas dah sedar tu. Saya buat la kat mesin epal saya (bukan cik epal ye..) Ni rupa asal mesin ni sebelum dicabut kotak kelabu ni (yg selalunya dicabut untuk pasang sekoci aje)


Bila dah cabut jadi lah gini. So boleh la masukkan kaki seluar / hujung tangan baju kat bahagian tu. Kalau seluar budak tak muat la.. ahaks.. Akhirnya, saya jumpa juga cara mudah nak menjahit. Takpelah, biar lambat asalkan jumpa. Kesian kesian... :P

8 ulasan:

  1. susah nk tgok pompuan pandai jahit skang ni...bestnya dapat isteri pndai jahit..bertuah empunya awak..hehe

    BalasPadam
  2. emm...zu pun br tau pas akak msukkan entry..
    aduhai lg kesian kan zu ni..
    hahhahaha..
    thanks akak kongsi ilmu..

    BalasPadam
  3. tini...tima kasih sudi kongsi info ni..selalu akak bukak bhgn bwh tu..tukar benang..tak terpikir memudah ken kerja juga..

    BalasPadam
  4. hehehe.. misa selalu cabut bila nak jahit tudung, jahit tindih kat dagu tu..

    BalasPadam
  5. hemy.. semua org boleh jahit.. nak ngan tak nak aje

    zu.. takpe zu.. biar lewat dari tak tau terus

    kak tulip.. sama la kita.. pas ni leh praktiskan

    misa.. tu la misa.. dah tau awat tak mau bagitau akak ahakss

    BalasPadam
  6. kak tini,

    hehe.. tak teringat nak pos pun.. nampak mcm tak penting..

    sikit2 pun ilmu ye kak.. share sama2 lebih baik..

    BalasPadam
  7. saya pakai singer model lama.. dulu bantai gak main jahit je.. bila mak tegur suh cabut laci bawah tu baru perasan.. laaaa senang rupanya.. nape tak cakap awal2.. hahahhaa..

    BalasPadam
  8. hehe...sy pn cuma tanggalkan bahagian tu bila nk masukkn skuci...huhu..kini baru ku tahu...betapa xkreatifnya sy...haha...lawak la plak rasa...

    tq ye

    BalasPadam