Rabu, 21 April 2010

Bahagian-bahagian mesin jahit

Dulu masa belum mesin jahit, saya cuba la cari guna pakcik google berkenaan mesin jahit. Punya la takut kalau nanti beli mesin jahit tak pandai nak guna. Sangat perlu membuat kajian sebelum membeli mesin ya. Hiks bukannya apa.. takut dah beli nanti tak guna pakai pula. Tapi selalunya hasil carian saya melalui pakcik google berkenaan mesin ni memang la payah nak jumpa. Dan sekarang saya selalu tengok orang jumpa blog saya pon bila mereka buat carian berkenaan mesin jahit. Kali ini saya rajin, mari kita kongsikan bahagian-bahagian mesin jahit.

Model pada kali ini adalah mesin Jahit Janome Harmony Model 2049. Gambaran keseluruhan mesin jahit ini

1. Butang jahitan arah terbalik -- sesuai untuk mematikan jahitan sebelum dan selepas menjahit
2. Butang ragam jahitan -- pilihan untuk jahitan lurus, zig zag atau bercorak
3. Butang jarak jahitan -- pilihan untuk jarak jahitan
4. Butang lebar jahitan -- pilihan untuk kelebaran jahitan

5. Pengawal jarum -- menaik atau menurunkan jarum jahitan
6. Penyekat penggulung benang bawah
7. Pemegang gelendung bobbin -- digunakan apabila hendak menggulung benang pada bobbin
8. Pemegang benang atas -- satu benang untuk jahitan biasa, gunakan dua benang untuk menjahit jahitan jarum kembar

9. pengawal benang bawah
10. pengawal gerakan benang
11. cangkuk penggerang benang atas
12. Butang kawalan benang atas -- nak longgar atau ketatkan jahitan

13. Paras lubang butang -- diturunkan bila hendak jahit lubang butang
14. pemegang tapak penekan
15. tapak penekan -- boleh ditukar-tukar
16. plat jarum
17. pengepit jarum -- pusingkan bila hendak menukar jarum baru
18. jarum
19. Meja penyambung

Moga entry ini dapat memberi gambaran bagi sesiapa yang hendak membeli mesin jahit atau baru mula untuk menjahit. Jangan takut dengan mesin jahit anda ya.

5 ulasan:

  1. good job! i pun patut buat camni sbb dah janji lama dengan kengkawan...tp tak per...now boleh di rujuk di sini shj buat sementara...tau jer la kan, amik gambar satu bab, edit satu bab, upload satu bab....TQ - k/niza

    BalasPadam
  2. hehe.. kak tini.. lepas ni kongsi pasal mesin jahit tepi plak eh :p

    BalasPadam
  3. good job!! mesin ku jua lama tak diusap.....tuan nya sibuk ntah apa benda...salam perkenalan.

    BalasPadam
  4. betul la, nanti citer pasal mesin jahit tepi plak, baru beli x explore lagi.

    BalasPadam
  5. hi niza.. sharing is caring.. sekadar berkongsi apa yg ada :)

    misa n norem.. ala.. mesin jahit tepi lom expert lagi.. tak berani nak tukar setting apa2 lagi hiks

    fizan.. takpe.. pas ni usap lelebih okeh...

    BalasPadam