Isnin, 26 April 2010

Mereka sudah ada kawan baru

Apa ye yang adik beriya nak dapatkan tu? Sampai menangis-nangis berebut. Sungguh ngeri okeh bila tengok adik pergi dekat bekas ni. Habis dia nak capai ketuk semua. Kakak dah duduk tepi beks tu aje. Duk tahan aje tak bagi adik dia pergi dekat. Kelakar sangat tengok muka tak puas hati adik.

Kakak macam biasa la.. kalau dah kata belikan untuk dia. Semuanya untuk dia. Mama bila nak bagi makan? Mama dia kena mandi tak? Mama dia gerak la.. Mama dia panjat la... Mama, kakak nak mandi kan dia boleh tak? mama.... punya la banyak soalan. Apa benda yang diaorang suka sangat ni?

Ni ha.. Dua ekor kura-kura. Jantan dan betina. (soalan pertama dekat orang jual tu.. lama lagi tak dia beranak?.. ouh lama ouh.. 4 thn lagi.. lega.. pengsan mak nak bela banyak2..) Air kura-kura bagus untuk dijadikan baja siraman pokok-pokok tanaman. Pokok boleh jadi subur. Moga-moga lama la kura-kura ni dengan kami. Susah pula nak jawab dengan kakak kalau jadi apa-apa. Emm tapi nanti balik kampung nak letak mana? Waaaa....



4 ulasan:

  1. Tini, wah..samalah kita, beli kura-kura untuk anak. kita pun beli 2 ekor jugak bulan mac lepas, birthday present untuk kakak. takpe,org kata kura-kura nie tahan lasak xbg mkn lamapun okey.

    BalasPadam
  2. comelnyer...but the interesting and eye captured...mestilah colourful rock tuh...

    best!!!

    BalasPadam
  3. dulu saya & adik bradik pon ada bela kura2 2 eko gak.. siap bagi nama dewitt & dawson lagik (ni kes peminat titanic)..

    bila dah beso (lebih beso dari tapak tangan)baru tau bukan kura2, rupanya labi2 heheh.. so kitorg lepaskan kt tasik permaisuri (belakang rumah je).. siap cat sikit kaler pink kt cengkerangnya takut tak kenal.. bila gi balik tasik tu, beribu2 agaknya labi2 kt kolam tu & sumanya lebih beso dari seekor kucing hehe..

    bila tgk balik gambo tini ni.. tingat kat dewitt & dawson.. huwaa...!!~

    BalasPadam
  4. janna.. ok eh kalau tinggal kan beberapa hari tak bg mkn? tapi saya rasa kesian laa pulak

    ila.. hikss.. takpe nanti leh tambah koleksi lagi

    sellyna.. hahaha ada nama eh.. kakak lom pikir la nak bg nama apa.. rupa labi2 lain ke?

    BalasPadam