Isnin, 5 April 2010

My Look.. income atau scam??

Saya suka mencuba sesuatu yang baru. Nak-nak bila baca blog-blog pasal myLook ni. Bila baca dan fahamkan dan lihat tiada modal yang perlu dikeluarkan. Saya pon apa lagi. Terus la ikut serta. Benda percuma siapa tak nak kan.


Web mylook ni fungsi dia sama aje macam search engine google dan yahoo. Cuma dia baru mulakan laman web ni. Yang menariknya, Satu hari kalau kita search 5 perkara, dapatla $1.10. Lepas-lepas tu kalau kita buat search lagi dia takde la bayar apa-apa pon. Bila mula mendaftar dan lakukan search, saya dapat la dalam $1.10. Tapi bila semak balik, ada yang dah jadikan saya referer.. siapa la orang yang baik hati tu. Saya dapatla $2.20. Saya memang suka kalau search benda yang menguntungkan la. Lagi la rancak nak search segala perkara yang berkaitan dengan jahitan kan. :)


Ni la rupa search engine mylook ni. Kalau tengok ada colum dividend payed. Tapi, takde la pula cara nak cash outkan macam Nuffnang bagai tu kan. Takpe.. kita tunggu aje la berapa lama web ni bertahan. Saya rasa ada juga konsep affiliate ni. Selagi tak kuar modal mari kita layan kan. Setiap hari kena buat 5 search yang wajib dalam mylook ni.. kalau nak dapatkan $1.10 la. Kalau nak ikut serta boleh klik ni bawah ini ya

1 ulasan:

  1. salam, nak tya. nufnag tu cner yer?

    slame ni syik dgr+tgk jer tp xtau aper ke bendanyer benda tu....

    BalasPadam