Isnin, 12 April 2010

No String Attached.. tiada lagi wayar berselirat

Masih ingat lagi iklan Potong... potong.. potong.. Uisshh kakak siap boleh hafal lagi. Dulu kita dah terbiasa dengan sambungan internet yang memerlukan wayar.. berselirat ya rabbi.. Tapi nak kan sambungan internet, selirat pon selirat la.. wayar pon berpusing-pusing. Waktu tu yang perting ada sambungan internet aje. Kalau tak mahunya putus harapan.

Sekarang bila dah ada modem broadband.. Kurang sikit wayar berseliratnya. Tetapi masih ada lagi wayar yang tergantung menyibuk. Heheheh tengok ajelah di gambar blogger boy tu. Ada aje wayar yang nak menyambungkan dengan broadband tu. Nasib la blogger boy tak tarik kalau tak hilang lah sambungan internet mama hari ni...






Dengan adanya modem WiMAX Wiggy memang menarik . Harga menarik, bentuk menarik dan comel.. sesuai dibawa ke mana-mana. Plug and Surf aje la.. tak perlu susah payah. Yang penting tujuan untuk surfing di mana sahaja akan tercapai. Seronok!!! Takde lagi lah wayar yang berselirat. Habis cerita. No more string attached. :)


Ini dia tawaran baru daripada P1W1Max. memang menarik. tak perlu terikat dan berselirat lagi dah.. :). Dengan tawaran yang mampu milik. Boleh pilih aje ikut kemampuan. Yang penting matlamat utama nak dapatkan capaian internet berjaya. Mudahkan. :)

Bagi yang Nuffies(Nuffnang) pasti tahu sekarang Project Alpha Season 2 akan keudara pada 16 April 2010 dan boleh dilayari di http://www.projectalpha.com.my/. Pelancarannya pon dah dilaksanakan minggu lepas. kalau nak tengok sedutan season 2 punya cerita ada di tepi blog saya. Boleh la klik-klik ya. yang ini boleh klik. :). Boleh la kita tonton blogger terkenal ni eh.. :)

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan