Isnin, 12 April 2010

Ruang tamuku semakin ceria

Makin ceria dengan kehadiran 6biji kusyen baru. Hanya diruang tamu ku. Dibuat khas untuk menceriakan suasana. Dua biji merah, dua biji jingga dan dua biji biru. Dihiasi cantik dengan bunga-bunga yang bewarna-warna.

Saya gunakan kain cotton DITTE dari ikea dan yang berbunga (ahh lupa nama)juga daripada ikea. Menggunakan teknik jahitan yang paling mudah. Jahitan lurus dan bahagian belakang pon tiada teknik khusus. Sekadar lipatan bertindih bagi memudahkan kerja memasukkan kusyen didalamnya.

Nampak agak besar sarungnya tapi sebenarnya isi kusyen yang sudah tidak empuk dan gebu.

Dan inilah semua sekali 6 biji. Inilah semua yang saya jahit ya. Yang paling saya suka tengok adalah corak berbunganya yang berbeza disetiap sarung kusyen. Sukaa dan ceria.

Ada lagi sesiapa dah berjaya siapkan Jom Jahit Sarung Kusyen? Saya akan buat entry untuk paparkan hasil semua. Macam ramai tak siap. Takpe lah, kita jadikan projek jom jahit bulan Mac dan April adalah sama hihik.

5 ulasan:

  1. simple tp cantikkk sangat....suker tgk....jom jahit sambung bulan april ye...klu sempat leh buat lagi...hehehe

    BalasPadam
  2. ha ah.. tuan rumah kata boleh sambung sampai bulan april.. ekekek jom la jahit ainayu.. sempat lagiii

    BalasPadam
  3. wah.. sambung ke april eh? boleh join ni...

    BalasPadam
  4. best sewalong ni tp sbb jahit kusyen cover, nak tukar cover sedia ada pun masih baru..nanti sy nak join jom jahit yg akan dtg

    BalasPadam