Jumaat, 16 April 2010

Sedih dan kecewa

Apa yang paling menyedihkan buat ibu yang menyusukan anaknya? Penghasilan susu berkurangan? Ya.. Bekalan susu berkurangan? Atau peti sejuk rosak??? Huarggghhh Peti sejuk saya rosak tiba-tiba. Tidak sejuk tanpa memberi sebarang amaran. Ingat tak entry minggu lepas yang saya masa tu kurang buat stok susu kerana berkursus, tetapi bila habis berkursus stok beku susu saya bertambah balik. Bila stok beku dah bertambah, peti sejuk pulak rosak.

Habis la terganggu stok-stok beku saya. Bila sedar peti sejuk rosak terus menggelupur cari peti coleman. Dah lah tengah-tengah malam ni. Nasib sempat beli dan selamatkan stok-stok tu. Tapi nak kekalkan beku susu tu boleh buat saya tak tidor malam. Saya bawakan susu yang masih beku tu untuk disimpan di peti sejuk pejabat. Huarrghh.. cepat la baik peti sejuk ku itu.

Saya mesti kuat semangat.. cepat la orang datang baiki peti sejuk saya tu.Nasib la kejadian ini berlaku dah nak hujung minggu boleh saya direct bf aje. Lagi 2 bulan genap setahun usaha saya menyusukan adik. Memang tidak banyak cabaran sepanjang menyusukan adik, kiranya ini la cabaran paling besar saya pernah terima. Sangat sedih kalau susu-susu tu kena buang begitu sahaja. Doa ku moga rezeki adik masih berpanjangan.

12 ulasan:

  1. Tini....sabar ek....memang sedih bila berlaku perkara yg tak di sangka² (akak pon susukan anak)..insya'allah ada rezeki utk adik...aminn

    BalasPadam
  2. memang perkara yg menyedihkan bila bekalan susu berkurangan... my second baby ni rasanya macam kurang bekalan jer... tak macam yg 1st dulu..laju juga susu yg keluar..kali ni adik kena diberi susu tin juga utk bg dia betul2 kenyang... mcmana nak bg susu badan banyak eh?

    BalasPadam
  3. Maser bf Zhafran dulu pun kene camtu gak.. peti sejuk tetiba rosak.. At least Tini sempat selamatkan, sy mmg tak sempat nak buat aper.. Dah laa time tu mmg fully bf and susu pun makin kurang.. Tp dh mmg rezeki Zhafran, boleh start simpan balik and fully bf smpi sethn..

    Skrg dh pregnant blk, dh pun campur.. :)

    Takpe Tini, dugaan je ni.. Ade rezeki adik tu.. :)

    BalasPadam
  4. Tini, ko masih xklusif susukan hariz ye? X campur susu formula? Aku sedih tul sebab dah terpaksa campur kasik susu lembu. :(

    BalasPadam
  5. kak tulip.. tu la.. ingatkan ok aje semua. ada la tu kan dugaan sikit.. hikk.. nak tgk mama dia tabah ke tak

    sharinginfoz.. terima kasih.. harapnya begitu

    balkhis.. kakak pon dulu saya tak bf lama.. sekejap sgt.. tu yg kalau boleh nak lama dgn adik.. takpe bb balkhis kecil lg.. ada masa nak usaha.. nak banyakkan susu? dulu saya makan pil himalaya.. ada kat entry lepas2.. ok gak la.. tak la bnyk mencurah.. tp maintain ada

    aisyah.. saya pon doa masih kekalkan bekalan susu utk adik.. heheh tu la maknanya awak boleh.. moga next bb pon boleh fully bf

    siti.. alhamdulillah.. mmg sampai sekarang aku masih fully bf hariz.. takpe la.. ko cuba mana yg boleh.. kalau paksa sgt pon nnt semua stress :)

    BalasPadam
  6. nak dpt peti sejuk baru laa tu :P

    BalasPadam
  7. beli baru yang besar sket...heheheh

    BalasPadam
  8. insyaAllah ada rzki adik tu..
    daku tgh tunggu ari ni.hrp2 dpt la bf baby smpai 2thun..kagum tgk mama2 skg gigih bf baby..

    BalasPadam
  9. Mmg sedih..faham perasaan tini tu.
    Sy dulu jd mcmni dekat2 anak nak sampai setahun gak..abis bekalan tahap kritikal. Tp towards the end nak sampai setahun tu kira bekalan ciput2 nak stay up nights mengepam susu.
    Moga masih ada rezeki adik. Jgn worry sgt nanti effect supply pulak. Apa sekalipun yg jd terima as mmg rezeki yg ditetapkan utk dia.

    BalasPadam
  10. K.Tini,
    Sy tgh menyimpan stock2 susu.Baby first tak byk sgt susunyer...but the second one alhamdullillah..Tp baby sy masuk hospital...huhuhuuh dah 3 hari.Sedih sgt.Nasib baik misi kat sana bley kasi susu yg sy pam kan. TQ misi...

    BalasPadam
  11. mat joe n adeq.. ahahha siapa tak nak peti baru tu kan.. beli besar tunggu rumah besar la nnt ahaha

    jaja.. wah sudah mau due eh.. takpe ko pon boleh gak

    iman.. tu la.. dugaan dlm BF kan.. insya allah rezeki adik panjang

    niza.. sama la.. masa kaka dulu saya sempat bf 2 bulan je.. ilmu tak cukup n tak sabar.. huuh semua anak ada rezeki masing-masingkan... ihope anak awak cepat sembuh

    BalasPadam