Sabtu, 8 Mei 2010

Aktiviti tahunan: BBQ paling sedap

Pada tahun ni, keahlian untuk akiviti tahunan telah bertambah. Selamat datang buat Adik. Hiks.. Tahun lepas adik dalam perut lagi, Syameel pulak baru nak belajar berdiri.

Pencecah wajib. Hasil tangan acik Shida. Air asam cili tomato dan lada kicap. Yummm. Ada orang tu ngidam nak buah mangga muda cicah rojak mak bee. layann (oh mineee.. kecur air liur baca entry ni)

Makhluk-makhluk yang wajib dikorbankan pada hari itu. Dipanggang dengan arang mahal. Arang lebihan tahun lepas dan masih ada lebihan lagi untuk dipanggang tahun hadapan pula.

Kasihan dekat adik. Orang berlari-lari main di luar, adik ditinggalkan dengan mainan yang bersepah tak hengat. Ahhh geram mama tengok korang menyepahkan.

Asap yang malu-malu nak keluar. Saya cadangkan siapa nak BBQ guna la arang mahal ni. Senang kerja takde batuk-batuk merah mata lawan asap.

Tukang panggang dan tukang makan. Cubaan ambil gambar oleh kakak. Boleh la kakak, semua masuk dalam frame. 
Eleh... kakak tu nak posing aje sebenarnya. Dia aje lebih sengih dalam gambar.

Dah mula nak main kat luar. Nasib hari redup.

Ntah apa gaya la syameel nak buat ni. Acik pon tak paham.

Eleh korang.. ingat mama pakai kamera DSLR ke nak ambik gambar jejauh gaung tu... layan kan aje

Nak ambik gambar lari pulak. Aiihhh nampak sangat nak kena beli DSLR ni.. hahahah

Syameel.... minta ayah beli DSLR satu.. nanti acik leh pinjam...

Biasa la gambar penutup mesti ada.. Makcik Senah dan Makcik Piah. Kawan baik-baik okeh.. jangan gaduh-gaduh tau. Tahun depan kita buat lagi. Mungkin di banglo baru?? Muahahahah berangan tak hengat.

6 ulasan:

  1. besttt nyaaa ... terus rasa lapar .. dah la baca pagi2 tak bfast lagi ..... tak lama dah la tu nak dapat DSLR pulak ..

    :-P

    BalasPadam
  2. Bila2 baca mmg rasa lapar. Dslr? Pinjam aje la

    BalasPadam
  3. apa pun kena beli laptop dulu...pastu br kumpul duit lagi beli dslr....kalau laptop tak hilang...mesti dah terjebak ngan dslr kan...hahahaha

    BalasPadam
  4. wah tini.. dah makin bam bam aku tgk si adik tu..

    BalasPadam
  5. Nampak aje bambam tp berat tak sampai 8kg pon

    BalasPadam
  6. Kan.. Awak kumpul la duit, nanti kitaorg tumpang masuk dlm kamera. Saya punya bajet semua da kena beku da. Haha

    BalasPadam