Selasa, 4 Mei 2010

Beg untuk netbook saya :)

Sudah lama saya cari beg netbook saya tetapi bila jumpa rasa tidak comel la tak chiks la besar sangat la, ada sahaja tidak kena. Ada rasa nak jahit sendiri beg tersebut tetapi rasa macam tak ada kain yang best aje (hahha banyaknya tapikan). Bila dah dapat kain yang betul-betul memenuhi citarasa terus la nak buat. (nasib la saya sekodeng almari orang tu.. dapatla kain idaman).

Saya buat beg ini tanpa pattern khas. Buat ikut ukuran netbook 10inci saya sahaja. Masa ukur tu saya dah yakin la akan muat betul. Siap dengan batting sekali. Bila dah siap jahit semua dengan zip saya cuba la jahit guna teknik macam nak buat pencil box yang jenis boxxy tu tetiba apsal la beg aku jadi pendek dan tak muat ni. Ahhh tensen dah.. gila ke apsal jadi pendek. Hahahah siap tinggalkan jahitan sekejap pi tidor sebab tensen beg jd pendek dan gemuk.

Sekali baru sedar yang apa ke hal la saya pi jahit macam pencil box tu memang la pendek... hahahah. Akhirnya saya tambah aje kain bahagian tepi. Baru la bentuk jadi asal. Kelakar (Entah korang paham tak apa saya ceritakan ni. hehe tu la main gunting kain aje tak nak buat pattern betul2.. hiks)

Fabrik rama-rama: Ahh kena semak balik dekat tepi kain.. nanti betulkan
Fabrik kelabu: Kona Cotton
Pemegang beg: Bonjours de Paris

Gembira bila dah ada beg yang boleh dibimbit tanpa orang tahu saya bawa netbook. Suka bila beg itu memang bercitarasakan pemilik dia. Suka bila takkan ada orang lain yang akan membimbit beg yang saya ada. Saya seorang aje ada beg netbook ni. :) Ouh nak tambah keychain yg comel la lepas ni. Semestinya sendiri yang buat kan. :)

24 ulasan:

  1. cantik nyerr.. simple but nice.. suke handle beg tu ... mana beli :)

    BalasPadam
  2. tini... ni 1st time kakpah comment guna setting canggih ni hihih

    BalasPadam
  3. ahaks.. best ah pah.. leh la komen selalu :)

    BalasPadam
  4. terima kasih :) beli kat craftworlt

    BalasPadam
  5. memang chic habess.. sorang je dlm dunia pakai beg ni..
    btw, hani, saya ada penyertaan lewat untuk jomjahit sarung kusyen.. bulih terima ke huhu..

    BalasPadam
  6. wahhh melenggang lenggang la lepas ni bawa beg tu .. jangan terlepas dah ...


    cantik !

    BalasPadam
  7. Serious comel! Mati2 den ingat kain tu akan jadi tiered skirt tapi dah jadi beg ni lagi canteks! Yang love-love-love tu ribbon ke babe? :D

    BalasPadam
  8. haha takkan anak aje pakai designer fabric. Mak dia pon nak merasa gak.

    BalasPadam
  9. aah luv2 tu ribbon

    BalasPadam
  10. ah tu la eksen tak ingat. Cam dia sorang aje yg ada. Dura boleh2. Nnt i update

    BalasPadam
  11. muaha. Jgn ah terlepas

    BalasPadam
  12. cantik la tini...netbook umah kami nyer sampai ilang & dah berganti pun tak berbeg lagik ahaks!...main sumbat jerk dlm beg aper2...

    BalasPadam
  13. Dear Tini.. Nana suka sangat pemegang beg tu.. cantik ~

    Great job done \(^^)/

    BalasPadam
  14. ahaks. Tu la selagi tak dpt yg berkenan tu yg tak berbeg tu

    BalasPadam
  15. tq nana. Cute kan pemegang tu

    BalasPadam
  16. memang agak sukar utk faham entry kali ini...tapi apa pun...memang menarik beg yang dihasilkan..dan sungguh cantik butterfly itu.... well done!

    BalasPadam
  17. cantik...cantik...especially tali beg tu..comel lah!

    BalasPadam
  18. comelllll!!!!!!!!!!!!!mcm ni memang pencuri pun tak tau ada lappy dalam tu...hahahha...

    BalasPadam
  19. tak yah paham la wak. Buat pening pale aje. Hiks tq

    BalasPadam
  20. gedix kan tali beg tu. Tq

    BalasPadam
  21. wak nnt da ada lappy baru sy buat kan beg satu eh ahaks

    BalasPadam
  22. testing testing.... hihihihi suke la comment setting ni.. camne nk buat ekk tini

    BalasPadam
  23. tini.. salah. beg tu ingat jd profile pic huhuhu

    BalasPadam
  24. pah.. pah add gambar kat sebelah nickname pah tu :) baru kuar

    BalasPadam