Isnin, 17 Mei 2010

Mari berbasikal pula

Buat kekasih hati Cik M. moga En. Amri suka ya. basikal ni nampak aje mudah nak buat tapi.. ishh banyak pula rangka-rangka basikal ni. Seronok gak la jahit. Comel aje rasa.

Ahh.. bila da ada stamp sendiri mula la nak buat macam-macam kan. Apa lagi, boleh la buat untuk tagging baju yang saya buat. Lepas ni nak sediakan banyak-banyak la tag. Hiks.. macam nak buka kedai pula. :)


Oh ya... bagi yang nak buat tempahan tshirt kanak-kanak, saya sudah ada size tshirt cotton plain. Akhirnya jumpa juga saya dengan pembekal tee yang memang berkualiti.. tapi jauhhhhh. takpe la yang penting dah jumpa dan tak payah la saya pening-pening cari merata tee untuk tempahan. Saya sertakan size kali ni sebab tak nak dah susahkan orang yang buat tempahan dengan saya.. hikss salah sendiri gak selalu budak-budak ni size nama aje M tapi kecil (ke anak saya yang kurus semedang hheheh). Apa-apa pon dengan adanya size yang standard semua senang hati. :) Boleh tengok dekat sini ya untuk tempahan dan size tshirt. Tempahan bulan Jun kehadapan sahaja. :)

4 ulasan:

  1. salam kak tini...

    sejak2 saya jumpa blog akak ni, saya dah menaruh harapan nak buat kraf jahitan sendiri. And saya dah mula 'pandai' buat felt t-shirt jugak...hihihi...tapi, untuk anak & anak2 sedara je la...my first attempt was for my friend's daughter birthday...tu pun beli t-shirt kosong dekat FOS je...susah rupanya nak cari tshirt kosong ni...takpe la...untuk permulaan je...lepas ni saya nak buat bedding set utk anak pulak...tapi saya tak tau mana nak cari batting material...kalau akak tak keberatan harap dapat share dengan readers kat sini...where can we get crafts stuff...

    p/s : harap nanti dapat join geng2 crafters juga.

    BalasPadam
  2. heheh takpe.. berkongsi ilmu apa salahnya.. kalau batting tu kalau online Zila Kasim ada jual.. kena tanya dia la dulu ada stok ke tak eh.. kalau nak pi kedai boleh pi kat craft world kat SS@ PJ.. situ macam2 batting ada

    BalasPadam
  3. Thanks kak Tini...nanti saya gi cari... Saya ni tak selalu update blog sebab kat rumah takde internet lagi...tp nanti saya nak update on y 1st felt t shirt...sudi2kanlah menjenguk ya?

    BalasPadam
  4. KAK...mane nak cari kain felt niey erk...kat kedai jahit ade ker???mahal x????selalunyer berape erk semetr...

    kak...reply kat emel saye

    farizal0505@gmail.com

    BalasPadam