Khamis, 13 Mei 2010

Papan kenyataan yang tiada papan

Saya suka bila tengok bilik jahit orang lain ada papan kenyataan. Saya nak la juga satu. Tapi bila memikirkan nak memasang.. memaku papan kenyataan tu terus tak jadi. Kalau guna double sided cepat aje board tu jatuh. Akhirnya fikir punya fikir jadilah papan kenyataan saya yang tiada papan. Terus aje tampal kat dinding guna pelekat yang berwarna-warni dan ceria tu. Senang hati bila memandang.
Apa yang saya lekatkan? Tidak banyak pon lagi. Tapi yang pastinya saya lekatkan hasil kerja saya yang pertama. Tu prokej felt pertama saya. House felt. Tu la projek yang mengembangkan usaha saya menjahit felt tee. Lepas tu, saya punya easy stitch. Hiks, cuba tengok lawak aje kan. Ada juga nota saiz baby pouch dan juga keratan hujung kain yang ada nama designer tu. Ni kain ni dah habis digunakan. Saja saya simpan. Colorful kan warna hujung tu. Cetakan warna apa yang diguna. Nanti kita tengok berapa banyak yang akan melekat kat dinding ni. :)


2 ulasan:

  1. hehehe... saya guna double sided.. so far tak pernah jatuh lagi sbb board saya guna polystyrene tu je.. ringan... double sided tu saya lekat terus 4 baris menegak, 4 baris melintang.. jd kukuh sket.. sbb tu tak jatuh kot.. :D

    tapi cam ni pun ok gak.. ade board sebesar dinding.. kan..

    BalasPadam
  2. cantik la felt rumah tu .. siap dgn kebun bunga .... saya ada board tapi sampai sekarang tak bergantung lagi ke dinding ....

    :-)

    BalasPadam