Selasa, 18 Mei 2010

Penyeri rambut

Bila ada banyak lebihan kain-kain perca, apa kata kita buat sesuatu yang berfaedah. Nak-nak lagi lebihan fabrik yang mahal. Sungguh susah hati kalau nak dibuang. Apa saya buat dengan lebihan kain-kain tersebut. Sepit rambut la. pasti tak sama dengan orang lain punya kan.

Fabrik rama-rama tu lebihan daripada projek beg netbook saya. Fabrik pink gedix tu pula dari projek bag makeup saya, manakala merah polka dot dan biru damask tu pula dari dress kakak. Lepas ni kakak boleh paki sepasang dengan dress kakak la ya. Nak bagi kain ni lebih keras sikit, saya gunakan light weight interfacing, lekatkan dengan kain yang digunakan. Baru senang nak hasilkan gelembung comel kat bentuk ribbon bow tu. Hiaskan lagi dengan grossgrain ribbon dan juga buttons yang comel.

Pasti lepas ini banyak lagi sepit rambut yang saya boleh buat. Sepit rambut tu panjangnya 5cm manakala fabrik dia panjangnya ada yang 8cm ada yang 11cm. Berbeza-beza. Ada yang berminat? Kalau minat macam biasa jangan lupa email sahaja ke saya.

8 ulasan:

  1. hii tini,tunjuk la cara nak wat klip rambut guna perca kain tu...kat umah ni leh tahan jgk percakain nye...nanti tunjuk k pleezzz

    BalasPadam
  2. ala wani.. senang baitu buat klip ni.. jahit tgn boleh jahit mesin boleh...
    jahit kain belah dalam pastu terbalikkan aje. jahit klip.... senang

    BalasPadam
  3. woaaa!!! comel giler! color pun sweettttt sangat!
    suka! suka!

    BalasPadam
  4. nak request tini utk tunjukkan jenis2 interfacing dan kegunaannya.. saya ni buta menjahit n baru nak berjinak22 menjahit lps kena demam fabricholic. selalu tgk kat mana2 craft dok sebut interfacing bila nak buat beg n other craft. tapi saya tak tau apa itu interfacing... nama melayuya apa ya??? dan adakah dtg dalam berbagai jenis ( ikut jenis craft ) .thanks ya tini.

    BalasPadam
  5. zana.. hehe pada saya ada 2 jenis interfacing aje baru. Susah gak nak bandingkan... nama melayu dia? ahh kat kedai semua guna nama interfacing.. ni jenis kain bergam (keras/tak keras). Selalunya guna kat kolar baju melayu lelaki. Kan keraskan.. bila nak lekatkan kan kat kain, just iron aje kain bercorak dengan interfacing tu. So, kain jadi lagi keras dan mudah terbentuk la. Interfacing tu ikut kita la nak guna cara mana.. pada saya tujuan utama nak keraskan kain aje, nak mudahkan jadikan bentuk yg kita suka.

    BalasPadam
  6. hiks.. comel ah? wajib ah pasni wat banyak2.. jual dalam kedai.. hukss tak sempat ah nak up brg dlm kedai

    BalasPadam
  7. eh wajib2.... wajib sangat!!

    BalasPadam
  8. kak...jom join blog saye...blog akak bez

    http://terataimewangi.blogspot.com

    BalasPadam