Isnin, 24 Mei 2010

Surat Chenta

Saya tertarik dengan kad ucapan terima kasih yang dibuat oleh MyBotang. Mudah sangat nak buat kad ucapan ni. Hanya gunakan perca-perca kain, sambung-sambungkannya dan jahitkan atas kertas.. wallah dah siap.

Kata dah ada rubber stamp sendiri kan. Apa lagi sesuka hati aje la nak cop dekat mana-mana. Bila dah dicop ni macam kepala surat rasmi la (letter head) pula jadinya. Suka bangat. Hiks.


Comelkan.. ikat aje dengan mana-mana tali yang kita suka. Dengan ribbon pon boleh.

Bila dah siap.. tulis la surat chentu tu pada pelanggan saya yang sangat bersabar. Hiks... sabar betul kan. Jangan la marah eh bila dapat surat chenta saya. Kalau suka boleh buat penanda buku kalau tak suka pandai-pandai la nak buat apa. Hiks.

4 ulasan:

  1. huh main bagi surat chenta ... make sure alamat betul dahhhhh .....

    ;-)

    BalasPadam
  2. tini,cutenya surat chenta tu..idea yang baik utk menghabiskan kain2 perca yang ada kan?he2

    BalasPadam
  3. lia.. betul.. ni la cara untuk pindahkan kain perca kita kat orang lain.. tapi dalam keadaan cantik hikss

    BalasPadam
  4. alamat siapa tak betul tu???? hiksss

    BalasPadam