Ahad, 31 Januari 2010

Berendam sampai jadi asam kecut

Pada warga wilayah persekutuan. Selamat bercuti'.kami membuat program hari keluarga sendiri. Budak ni la paling seronok tak ingat. Geram tau. Jadi asam kecutpon takpe. Selamat bercuti semua.

Sent from my Nokia phone

Jom Tanya bersama TiniHani (Siri I)

Semenjak saya buka blog yang tidak berapa lama ini (blog menjahit ni la), banyak juga la saya dapat soalan. Kadang lebih kurang sama, ada yang tanya berkenaan felt tee tu, ada yang tanya pasal mesin jahit yang saya guna, macam-macam la. Apa kata saya kongsi soalan-soalan yang diaorang tanya kat saya. Saya buat sikit-sikit la.. saja suka-suka (Kiranya ala-ala berangan jawab soalan dalam surat khabar la kan. Manatau satu hari nanti ada yang nak temuduga saya -- suka kan berangan besar-besar gitu)

1. Bila mula menjahit? Belajar secara formal ke?
  • ouuhhh kalau kira balik, dari saya kecik-kecik lagi dah gatal nak pegang jarum. Sebab terpengaruh dengan mak. Ye, mak saya boleh jahit baju kurung. Saya banya belajar daripada dia. Tapi macam biasa la belajar tak serius. Tapi, kalau bab sembat baju kurung saya memang mahir la. Tapi sekarang dah takde dah kan baju kurung yang bersembat. Sayang dah rasanya
  • Lepas tu saya suka baca buku, banyak dapat teknik-teknik menjahit daripada situ
  • sekarang banyak daripada internet la. Cari aje semua ada
  • Saya memang dalam tahap amatur menjahit, tengah belajar sendiri. Kalau suruh ajar orang lain memang gagal la.
  • bila mula menjahit dua tahun kebelakangan ini, saya buat pon sebab nak hilangkan stress kerja, seronok-seronok dan disokong oleh kawan-kawan. Kalau tengok entry blog saya dari awal saya menjahit manik. Seronok menjahit manik ni sbb kita akan jadi teliti tapi bila dah ada baby ni, tak laratnya nak fokus. Sakit mataaa.. heheheh

2. Guna mesin jahit apa?

  • Mesin jahit janome harmony 2049. Saya memang sayang mesin saya ini. Percaya atau tidak, saya tidak pernah guna mesin jahit emak saya. Sebab takut nak guna, mesin jahit singer yang antik tu. Nak kena banyak tenaga guna mesin tu. Nanti bila balik kampung saya ambil gambar mesin jahit antik tu.
  • Mesin janome 2049 ni memang best sangat semua ada, siap vcd, saya yang tidak pernah guna mesin jahit sebelum ni pon senang sahaja nak faham. Yang penting ada minat.
  • siap ada buku panduan juga, bahasa melayu ada bahasa inggeris ada, siap dengan 15 tapak mesin yang lain. (hehe banyak lagi tak guna - nanti saya kongsikan lagi apa kegunaannya)
  • saya tengah mengidam nak dapatkan mesin jahit tepi ni, tunggu aje lah orang tu sponsor hehehe tunggguuuuu :)
  • saya sudah guna satu tahun setengah dan tiada masalah yang timbul. Alhamdulillah best

3. Bila masanya menjahit. Ada banyak masa ke?

  • Bab masa ni subjektif sangatkan. Dengan hero, heroin dan tuan pengarah kat rumah, memang tidak banyak masa. Saya rasa kalau tanya ada masa ke tidak. Semua kata tidak cukupkan
  • Saya curi-curi masa kalau angin diaorang baik, saya jahit la.. dengan hujung minggu. Tu yang kena pilih jahitan yang tak kecamuk kalau nak jahit depan diaorang.
  • lagi satu, nak menjahit kena ada mood, kalau tak jangan harap la idea nak datang. :)
  • Kakak la paling suka menyibuk kalau saya menjahit, ikut aje belakang saya sbb dlm bilik jahit tu macam-macam ada kan, seronok la dia mengemas. ahhaha
  • tu la kalau siapa nak buat tempahan dengan saya memang kena bagi ruang masa yang panjang, sebab saya jahit pon untuk isi masa lapang, dan ada kerja utama yang perlu didahulukan (mungkin tengah tahun ni akan lain sikit, tapi tak lama la kan).
  • Alhamdulillah setakat ni siapa yang suruh saya jahit felt tee tu ok dengan jangkamasa yang saya berikan. Ada juga yang terlajak sikit, tapi sebab ada ruang masa lebih ok la kan. :)

Okeh la, ni dah macam cerita panjang ni. Hahahah layankan aje la. Terapi tau bila dapat tulis panjang-panjang. Jumpa lagi disiri akan datang ye. (Verangan.. tak hengat!!!) Ntah ada orang baca ke tak. Wakkaakka

Tulis sahaja la soalan apa-apa yang nak ditanya. Nak request tutorial pon boleh, kalau saya boleh buat apa salahnya kita kongsi bersama. :)

Sabtu, 30 Januari 2010

Jom Jahit: Free Tutorial for kids dress

Update ye semua.
Ada lagi beberapa hari sehingga akhir bulan Januari. Ada yang dah siap untuk Jom Jahit ni. Ada lagi sesiapa yang dah siap tapi belum maklumkan di sini. Bagitahu ye. Sebab nanti saya nak kumpulkan siapa yang berjaya buat.
Nampaknya ramai yang berminat untuk terlibat sama dalam menjahit sama-sama berdasarkan tutorial yang saya kumpul. Maya cadangkan buat tag untuk aktiviti tersebut. Maka, terhasil la tag comel saya versi Malaysia.. "Jom Jahit". Maka, siapa berminat boleh la ambil tag ini ya. Boleh paparkan hasil jahitan anda bila da siap nanti. Kod HTMLnya akan saya paparkan di side bar nanti ya.

Lepas-lepas ini,, saya nak buat entry khas untuk kumpulkan tutorial dress. Siapa ada anak perempuan mesti tahukan kegilaan mama-mama nak wat dres anak-anak ni. Semua tutorial ini saya dah pautkan ke tutorial pemilik asalnya. Siapa berjaya buat. Bagitahu saya ye. Pasti semua tak sabar nak gunting kain ni. :)








Dana Made It: The shirt dress
yang ini macam best nak dibuat. ehhehe abis la baju abah dia kena kerat nanti... dah terbayang dah kemeja mana nak kerat ni.. huuhuhuh :P

Jumaat, 29 Januari 2010

Bercinta bersama

couple tee lagi. Minggu ini memang dikelilingi cinta dan kasih sayang la kiranya. :)
Eii tak sabarnya nak berhujung minggu yang panjang. Nak pergi berendam la kononnya. Kakak belum tahu lagi ni.. hari tu dah disenyapkan. Ni kalau tau, pasti selang sejam dia tanya bila nak pi swimming. -__-

Khamis, 28 Januari 2010

Pergi sekolah buat apa?

Main... Makan.. Main... Gado ngan kawan.. Main..

Abistu kakak takde belajar ke? Takde.. Main ajee..

Gasak anak mama ni

Dikelilingi cinta

untuk orang yang bercinta
moga kekal sampai ke akhirnya :)


Rabu, 27 Januari 2010

Jangan kacau tau

Heehehee saya bodyguard terlatih untuk mama saya. Jangan cuba-cuba nak kacau dia. Dia tengah emo tu. Ahaks.. Seronokkan bila ada buah hati. Balik rumah hilang semua masalah

Saya yang jahit tapi dia kata dia yang jahit

Hahahah boleh tahan tak ayat ni. Sepatutnya ada entry lain gambar hasil jahitan terbaru. Tetapi, saya tengah geram ni (isshhh geram ni, ada yang jap lagi potong kain buat dress kakak). Dalam duk melompat-lompat baca blog orang lain, sekali saya TERPANDANG hasil jahitan tee saya.

Saya mula-mula tak kesah la, rupanya dia dapat hadiah daripada orang. Dia tak bersalah lah kan. Orang beri dia ambil aje kan. TETAPI, hahaha orang yang beri tu kata "dia yang jahit sendiri, hasil kerjatangan dia la kononnya". Huargghh tak tahan. Nyampah tau. Penat saja saya jahit tapi orang lain dapat nama. Kalau setakat tiru gambar, bentuk tu selalu la kita jumpakan. Pusing-pusing sama aje coraknya. Ini masalahnya, hasil jahitan tu yang diperakukan. HHahahah nak gelak ke nak marah.???

Saya tahu orang tu memang la dia dah bayar/beli dari saya, tapi perlu ke dia ngaku dia yang jahit. ehheheh Mungkinlah silap saya masa awal-awal tu tak tak ada label sendiri lagi. Hahha ada label pon boleh guntingkan. :P

ok la, minta maaf lah kalau ada yang terasa. Sorang aje kot yang terasa. :P Jangan pula serang blog comel saya dah la ye. Yang lelain tu jangan takut-takut nak tempah tee istimewa anda sendiri. Ini sekadar luahan rasa situkang jahit yg comel ini sahaja.

p.s: Saya tengah emo ni.. hahaha jom potong kain :P

Selasa, 26 Januari 2010

Hari ulangtahun tuan puteri

Haa siapa punya ni? Semoga majlis ulangtahun nati lebih ceria bila Haziqah pakai tiara ni ya. Pertama kali mencuba buat tiara ini dengan mamanya memberi ukur lilit kepala. Harap-harap muat la ye. Kalau tak muat nanti abis la saya.. ahhh... Love kecil tu berwarna merah jambu dan putih diselangselikan. Comel sangat warna dia. Apa-pon semoga bergembira. :)

Isnin, 25 Januari 2010

Pembantu khas

Ada orang tanya saya... kakak dan adik tak kacau ke saya menjahit ni. Hahahha tak payah nak cerita la. Adik mungkin boleh dimaafkan sikit tahap gangguan dia. Tapi kakak, pantang saya masuk dalam bilik jahit, dia pasti ikut dari belakang. Tengok la, saya susun butang dia pon nak susun sekali.
" Kakak nak tolong mama, kakak nak tolong mama. Masuk dalam sini eh ma? Ni warna apa ma? Oren eh? Macam mana nak kira ni ma.. 1.2..4... ahh" kalau tak sabar memang ada yang kena. Tapi kadang seronok juga, waktu ni la dia nak tanya macam-macam, sambil tu boleh la ajr dia apa yang patut, ajar mengira la.. warna la.. yang pasti bukan ajar bahagian-bahagian mesin jahit. Kakak.. kakak... boleh bikin mama pening kepala tau.


Rantai kunci dan sepit rambut pula

Apa la ye yang depan mata adik ni. Sampai muncung-muncung bila tekun nak membelek punya pasal. Puan Sri punya pasal walaupun tak sampai sasaran yang dia nak. Harap menceriakan lagi suasana party yang sememangnya meriah tu.

Rantai kunci aje yang berjaya ambil, yang lain dah siap dibungkus. Ambil yang ini sebab pertama kali dijahit. Abjad A dan H, angka 1 dan 4.

Selamat Hari Ulangtahun yang ke 4 Adam Hakimy dan juga Selamat Ulangtahun yang 1 Ammaf Hafiey. Moga dilimpahi rahmatNya. :)

Jumaat, 22 Januari 2010

Bom Januari: Daripada Fida

Bulan januari adalah giliran saya untuk mendapat blok-blok bagi Quilt BOM 2010. Nampaknya Fida punya blok sampai dulu ke tangan saya. Lepas tengok blok Fida ni, yakin la saya untuk buat blok Januari saya. Nasibla saya orang pertama dapat blok-blok kalau tak, pening dibuatnya. Sebab tak yakin kat diri sendiri nak potong kain. Nak juga tengok contoh depan mata. Buat Fida, suka tengok hasil blok ni dan gabungan corak kat kain tu. Hehehe tak sabar nak tunggu lagi 10 blok lain.


Yeahhh lagi satu, saya dah lama nak tengok vcd Hindustan dua kat atas ni. Ada yang online tp tak feel sebab tak ada subtitle. Mengidam nak tengok dari mengandungkan adik lagi. Hahahah sian Fida berusaha carikan, sebba saya cari tak jumpa dah. Lama nak dapat sebab susah dpt vcd KKHH. Lepas ni saya boleh la layan emo lagi. Siapa nak ikut serta menonton ni??? Layan tau.. hahaha EMO!!
p.s: Fida, terima kasih juga atas ole ole comel tu. :)

Khamis, 21 Januari 2010

Adik n kakak

Geramnyaaa budak duaorang niiiii... Cubaan upload drpd mobile.

(Berjaya rupanya.. lepas ni boleh buat selalu la.. dengan go@blogger.com heheh baru pandai)

Comel dan geram bila tengok :)

Sekarang ni musim saya membeli kain kot. Pantang nampak kain cotton comel, cute, warna-warni pastu geram dan terus nak beli. Cotton fabric ni saya dapat daripada Maymay Shop. Bagus perkhidmatan yang diberikan. May bagi tahu akan ada fabrik baru nanti. Apa lagi, selamat membeli dengan berhemah ya.

Ouhh.. adakah saya sudah jangkit dengan penyakit kain cik Maya eh? ehhehe :P

Tutorial: Cara menjahit menggunakan elastic thread

Seperti mana yang direquest Win. Macam mana nak jahit kain gunakan benang getah (elastic thread). Heheheh siap boleh request eh, ala-ala stesen radio pula. Tapi untuk kebaikan semua apa salahnya.

Elastic thread di gulung dalam sekoci (bobbin). Ni memang kena buat guna tangan, jangan ketat sangat jangan longgar sangat. Nampak kan macam mana cara saya gulung tu, nak kata kemas sangat tu takdelah. Lebihkan sikit hujung benang tu.

Masukkan dalam rumah sekoci tu, Yang ni agak lebih sikit kerja, kena tarikkan benang tu kuat sikit supaya masuk kat tempat yang kecl tu. Benang ni tebal sikit dari benang biasa, kalau buat lemah lembut memang payah nak masuk, tarik tegang sikit dan masukkan ke tempat dia.
Keluarkan hujung elastic thread tu lebih sikit, nanti kalau dah terlepas masuk ke dalam, susah/ banyak kerja pula kena buka balik bobbin bawah tu. :) Mula-mula aje susah
Nak mulakan jahitan sama sahaja macam kita guna benang biasa kat bawah tu, tapi satu aje nak diubah, kedudukan butang kawalan benang atas tu selalu guna 3 kan tapi untuk elastic thread ni guna no 6. Nak bagi lebih ketat.

Selepas itu, jahit macam biasa. Pastikan kain yang bercorak belas atas. Waktu jahit tu tak perlu tarik kain ke belakang mesin, biarkan dia gerak sendiri. Tu nampak tak kedutan dibelakang tapak jahit tu. Berkedut cantik.

Bila dah sudah jahit tu, tarik elastic thread lebih sikit, Jangan tarik kuat sangat nanti masuk ke dalam. ehehe leceh dulu saya dah kena.


Ni la rupa lapisan pertama. Dah ada kedut-kedut comel.
Kalau kita jahit untuk lapisan kedua, kedutan tu dah makin jelas, rapat dan kemas.

Ni pula masa nak jahit lapisan ketiga. Letak sahaja kain tu dan biarkan dia bergerak macam biasa.

Lagi satu, setiap kali potong elastic thread ni, Buat simpulan mati. Tujuan dia supaya tak terlepas daripada benang biasa.

Tada... Inilah hasil jahitan menggunakan elastic thread. Macam hujung lengan baju pula kan. Selamat mencuba ye kawan-kawan.
Pesana hari Rabu: Siapa dah siap Jom Jahit?? hehehe :)

Rabu, 20 Januari 2010

Astro b.yond Blogger night

Pertama kali ikut serta aktiviti yang disediakan oleh Nuffnang memang mendebarkan. Macam biasalah tak boleh nak jangka apa yang akan diadakan, dengan tidak kenal siapa pon yang nak datang. Nasib la saya sempat berkenalan dengan blind dates untuk hari tu, hehehe blind dates perempuan ye.. oleh itu ada la geng nak masuk Modesto, hari Rabu yang lepas. :)

Ramai juga yang datang. Kebanyakkannya semua bloggers tegar. Saya? orang tak kenal pon. ahaks. Tapi tak mengganggu pon untuk turut serta sama dalam aktiviti menarik ni.

Mr. Henry Tan, Chief Operating Officer Astro.

"Astro bertanggungjawab dalam memberikan maklumat yang berinovatif, teknologi dan dekat dengan pelanggan. Pada masa kini memang tidak dapat dinafkan bloggers turut memainkan penting dalam pembangunan arus semasa. Kejayaan dalam dunia blogging dan pendedahan kepada penggunaan teknologi, Astro B.yond turut sama menyertai arus semasa. Astro B.yond akan memulakan perkhidmatan High Definition yang anda dengar selama ini."

(Mr. Henry cakap orang putih la kan. :) saja saya buat versi Bahasa Melayu, kalau Astro baca dan maksud tak sampai, maaf kan saya, bagi tau aje lah ye... HAhahah macam dah tulis dalam Berita Harian lak.. opss)

Dah habis ucapan, kita makan dulu.... Sebenarnya dah kenyang sebabb sebelum sampai dah makan dulu kat rumah. Bagi kenyang.. sebab kalau saya lapar saya naik hangin. Tapi bila tengok makanan nampak sedap, saya pon apa lagi terus tertarik untuk makan sekali. Ya ampunn.. kenyang terus.

Buat pertama kalinya yang datang pada malam tersebut dipertontonkan dengan Astro B.yond TV Commercial in High Definition (HD) untuk Astro B.yond, dan untuk pengetahuan umum juga iklan ini merupakan yang terpanjang dalam sejarah iaitu lebih kurang 2.30minit. Nasib iklan best, kalau tak best ada yang.... :p


Gambar-gambar ini diambil dari blog Huai Bin. Suka bila tgk dia berlakon. Jatuh macam nangka busuk. Pandai...

Baiklah, aktiviti utama malam itu: Murders in Detail. Kena buat satu kumpulan yang disertai 5 orang. HEhehe apa lagi, walaupun tak kenal antara satu sama lain tapi dengan semangat nak menang Astro B.yond sets dengan 1 tahun langganan Astro B.yond dan 32" LG HDTV terus la wujud kumpulan tu. Saya, Byzura, Sumi, Amy dan Jard satu kumpulan yang ala-ala blur nak cari apa. "Jard.. saya ambil pic awak sikit ye. :)"



Ha nampak tu, apa yang nak diteropong siap bagai. Bayangkan la nak cari maklumat penting tapi halus habis sampai kena guna kanta pembesar. Saya rasa ni lah tujuan Astro/Nuffnang buat game ni, dengan adanya Astro B.yond nak dapatt maklumat penting tetapi kecil dan halu sangat tak perlulahguna kanta pembesar. Tengok HDTV dengan Astro B.yond dah nampak jelas habis. tak perlu susahkan hidup. :)

Tengok la, rajin betul Sumijelly ni. Gigih cari maklumat. Saya dah naik juling dah baca ayat dalam kertas tu, dengan gelapnya dah.. Pastu nak kena kena teka pula siapa pembunuhnya diantara Nuffies yang ada, dah la ramai pakai baju merah.... ada band aid..

termasuklah akak merah ni. Ya ampun.. ni pertama kali jumpa mak merah ni depan-depan.. lajunya akak cakap kak. kalau akak bgtau siapa yang bunuh pon kitaorang tak sempat nak tangkap. Tengoklah punya lah gegar gambar nak ambil pic dia, memang cergas abis... Macam semua orang dah tahu, kumpulan kami tidak menang. Kumpulan ni yang menang. ERIC yang dapat satu set Astro B.yond tu. Tahniah ye. :)

Buat kami yang tak menang ni, apa lagi kerjanya ambil gambar la. Ko ambil gambar aku, aku ambil gambar ko. Ahakss... Bergambar dengan Byzura dan Foxyfarah. Seronok berkenalan dengan anda berdua.

Ni gambar belakang tabir, semua seronok nak ambil gambar. Macam-macam jenis paparazi ada, berkilau-kilau dengan cahaya flash.
Yang terakhirnya. gambar beramai-ramai dengan diketuai Kak Ina. :) Nasib ada Kak Ina kalau tak semua jadi batu.. (hehehhe gurau sahaja). Salam kenal semua. Pic asal dari Matjoe kan. :) nasib ada pic ni. hehehe




Buat Astro dan Nuffnang, terima kasih atas pengalaman yang menyeronokkan ini. Ada lagi 10 set Astro B.yond untuk bakal pemenang bertuah. Boleh ikut serta dalam www.facebook.com/Astro. Bagi yang nak melanggan Astro B.yond, bayaran tambahan sebanyak RM20 akan dikenakan selama 12 bulan kontrak. Perkhidmatan tersebut akan merangkumi B.yond box, smart card baru, outdoor unit dish baru, HDMI cable dan remote control.


Apa lagi semua dengan Astro B.yond semuanya menarik :)


See, hear, touch and feel like never before. :)

Selasa, 19 Januari 2010

'Charm' anak-anakku

Nak kemaskini blog tetapi ada sifat M melanda. Siapa ada 'charm'?.. angkat tangan... ehhehe ni la charm kegemaran saya sebab ada pic bb girl n boy n tulis momma, mum, mom... mama.. kalau tengok aje mesti terbayang aje budak kecik dua orang kat rumah tu. Suka sangat.. Erm.. siapa ada jumpa charm mesin jait? hahahha nak gak letak dekat gelang tgn saya ni. Baru best dan lengkap kan. :)

Isnin, 18 Januari 2010

Emokah saya...??

Saya tidak pernah menonton filem Passengers. Saya jarang terlepas menonton filem-filem romantik ni. Semalam baru ter menonton cerita ini. Bukan untuk buat review tetapi adakah saya emo bila menangis tersedu-sedu diakhir cerita... Argghhh adakah patut... sedih sangat, sampai ada soalan untuk saya "awak selsema ke?" hahaha saya tahu dlm hati dia mesti tahu saya tengah emo. heheheh lama dah tak nangis-nangis tengok cerita sedih ni. Semalam memang emosi terlebih, huuhuhuh terbayang-bayang... terus cium adik n kakak cepat-cepat. Siapa belum tengok pi la tengok.. manatau lebih emo dari saya. Ahaks ;P

Jom jahit: Sundress hitam putih :)

Saya dah siap untuk Jom Jahit. Saya pilih tutorial sundress yang disediakan oleh Blueboo. Saya kena siapkan cepat sebab minggu ini saya nak selesaikan beberapa tempahan. Sabar ye semua, saya akan siapkan mengikut jadual. Insya allah. :) Tema sundress kali ini hitam putih. Saya lebarkan sikit ukuran kain jalur tersebut berbanding dengan tutorial yang diberikan. Saja nak bagi nampak sikit perbezaan corak fabrik tersebut.

Inilah rupa keseluruhan sundress tersebut. Suka. Saya nak buat lagi sundress ni tapi pendekkan dan jadikan sebagai top untuk kakak pula. Ouhh macam nak pergi cari fabrik lagi. Aduhai...

Yeaa.. memang model tak berbayar. Nak kena pujuk dan dijanjikan macam-macam baru dia nak gayakan baju ni. Cubalah kata nak pergi jalan, pasti laju aje dia sarung baju ni. Apa pon saya gembira dengan hasil kali ni. Saya dah dapat baiki beberapa teknik dalam menjahit dan menggunakan mesin. :) YEAHH.. SUKAA...
Siapa dah siap dress untuk aktiviti Jom Jahit kali ini?? Kalau dah jangan lupa paparkan ye di blog masing-masing. :)