Sabtu, 27 Februari 2010

Jom Jahit: Pencil Roll yang telah siap

Saya kemaskini senarai siapa yang sudah berjaya menyiapkan Jom Jahit: Pencil Roll untuk bulan Februari. Dah hujung februari ni. Ada lagi yang dah siap. Tinggalkan link di bawah ya.. Minta maaf la kalau saya terlepas pandang. Takpe, biar lambat asalkan berjaya jahit. Hheeheh enjoy...


My Botang: Sewing stuff roll

saya suka sue guna tekbnik patchworh.. pastu pocket di dalam dia pon berbeza

cerianya warna.. yang pastinya setakat ni Durra aje yang rajin jahit tangan.. tepuk tangan ahaks


chi ku cak: sewing tools roll
awak pun pilih untuk buat roll untuk alat menjahit ya.. baguss.. :)



ok zura.. saya memang cemburu dengan kain corak gunting tu.. hehehe memang pengumpul fabrik yg tegar la u ni... hehehehe

Ummi: Whiteboard marker roll :)
comel la bee tu.. kalau bdk2 tengok confirm kena ambil heheh

Tunteja: Black and white pencil roll
ahh semua guna fabric yg comel-comel.. geram la.. untung dpt giveaway ni la anna



Diesha: Pinky Pencil Roll
untung anak dara awak, semua mak buat dia yang punya ye :)




Adik Manis: Pencil Roll
Ada getah tambahan tu, macam-macam idea semua orang ni



Haida: Stripe pencil roll.
Pandai ye guna kain belang-belang, ringkas sikit kerja. :)




Feminin habis kalau bawa roll ni.


Neeza: Case for cutting tools
sungguh praktikal bagi orang yang gemar menjahit. Awak ikat guna riben atau just lipatkan aje?


Lia: Denim Pencil Roll
lia, kalau awak buat sulaman nama dekat hujung kain denim tu mesti comel habis. :) Tapi suka sangat bila guna kain denim ni, nampak simple sangat.



ceria pilihan warna. Kalau kita jengah blog dia, baru tahu berapa praktikalnya roll yang me buat. siap ada pemegang khas lagi. Ni memang kreatif ni.

ok. Kalau ada sesiapa dah siap tinggalkan link dia kat bawah ye. Takut saya terlepas pandang. Seronokkan bila berjaya hasilkan sesuatu yang boleh digunakan selalu dan dibawa kemana-mana. :)

Khamis, 25 Februari 2010

Alat-alat menjahit (Notions)

Banyak ke koleksi alat-alat menjahit saya? Belum banyak lagi. Tapi boleh lah kan, kita kumpul sikit-sikit.. lama-lama jadi bukit. :)

Gunting kain, gunting kertas, pinking shears (gunting zigzag), rotary cutter, loop turner, tweezer (penting bila nak masukkan benang dalam jarum serger), chopstik (sesuai bila nak dapatkan bentuk jahitan apabila diterbalikkan)


Saya suka simpan dalam mangkuk dadih kecil ini. Sebabnya, telus dipandang. Senang nak cari apa yang saya nak. Ada pin,. ada metal slide, zigzag rotary cutter.

Majalah-majalah kegemaran saya. Gam fabrik spray dalam tin tu. :)

Bobbin. Saya suka penuhkan bobbin sebelum mula menjahit. Sangat menyakitkan hati bila tengah seronok-seronok menjahit benang bawah habis, Tensen. Oleh itu, penuhkan bobbin awal-awal. Macam candy pula bila banyak-banyak.

Koleksi butang-butang, Animal eyes, pita pengukur semua susun sini. Senang nak cari dan ambil
Ahhaha tengok la, saya susun benang gaya gini. Senang nampak dan cari. Tapi kena susun para tinggi la. Takut nanti pembantu khas datang tolong susun. Nak beli-beli tempat simpan benang idaman tak dapat-dapatkan, Kita susun gini aje la. Senang.






Terpaksa tapi suka....

Ah buat beberapa minggu ini saya kena berulang alik ke Bukit Kiara. Memandu kereta sendiri. Itu la yang paling saya tak suka (saya benci memandu) kalau ada lrt sampai bukit kiara memang saya naik. Ahaks. Saya cuma tak suka memandu aje, tapi apa yang saya buat di sana amat seronok. Sesuai dengan diri sendiri. Dah lama tidak menerima ilmu secara ekslusif. Persediaan untuk pertengahan tahun ini. Ulang-alik punya pasal, kurang la aktiviti menjahit saya diwaktu malam. (Eii macam mana la Zura boleh ulang alik tiap-tiap hari). Ini mungkin sebab dah sedap sangat rumah dekat dengan opis. Ni bila jauh sikit mula la nak mengaduh. Ngada.

Ahhh saya benci memandu tapi saya suka bila income facebook dah mula bertambah. ahaksss suka... (ada sesiapa nak dapat income gak?? :P mehla)

Rabu, 24 Februari 2010

Crosstitcher Magazines for sale




Susahkan nak dapatkan majala ni. Dulu beli konon-konon nak cuba. Masa zaman sekolah menegah subjek kemahiran hidup, saya adalah pakar xs. dulu la... sekarang mmg tak boleh da. Saya tak boleh fokus bab kira kotak tu. hahaha
nak let go RM12satu majalah. Kalau berminat bagitahu yer. :) (RESERVED!!!)


Selasa, 23 Februari 2010

Minami.. tamparan berputar

Siapa ingat kisah volleyball jepun yang hot gila masa kita zaman sekolah rendah dulu. Seronok habis tengok drama tu. Macam betul aje dia main volleyball dengan pelbagai gelaran. Heheh percaya sangat
buat IqaKiko yang pandai bermain voleyball. Kalau terer buat la macam Minami tu. Ahaks. Harap Iqa suka ya. Main bebaik. Jadi tough girl okay.. :)


Isnin, 22 Februari 2010

Tutorial: Cara menjahit bias tape

Saya gunakan bias tape maker. Dah ada apa lagi gunakan aje la kan ahahah
Bila dah siap. (depan)

belakang



kena pandai-pandai selarikan.. ikut nak buat lebar mana




ke arah belakang



yeahhh.. dah siap

macam mana? boleh ikut ke tutorial ni. Saja je nak cuba cara baru. Buat tutorial berdialog. Ahaks.. boleh baca ke dialog box tu? heheeh Semoga berjaya menjahit.. Nanti semua barang boleh pasang bias tape..

Ahad, 21 Februari 2010

Baby bib yang cute

Ini ada mama yang tempah kat saya. Saya kan tengah seronok jahit guna bias tape. Mama dia tak request pon ada lining tepi tu. Tapi saya rajin kan. Ada lagi sehelai bib nak kena siapkan.

Gunakan velcro kat hujung dia. Belakang dia guna fleece. Ah lupa pula nak ambil gambar. Sebenarnya belum selesai lagi projek bib saya ni. Kena buat sentuhan terakhir atas bib ni. Bila dah selesai saya update balik ya. ihihh

Kegilaan saya buat masa ini. Semua nak guna bias tape. Nak-nak lagi bila saya dapat 2 bias tape maker dari Kak Zila. Seronok sangat.

Sabtu, 20 Februari 2010

Bunga bendi

Siapa tak pernah tegok bunga bendi angkat tangan? Heheh saya tengok pon sebab tanam kat tepi rumah. Punya la cantik bunga ni tapi potong betul la penyapu kat belakang tu. Hahahah nama pon tanam tepi rumah kan. Suka kombinasi warna dia. Kuning lembut dan ungu pekat. So sweet. Siapa kata tanam sayur tepi rumah tak cun. hik.. Selamat berhujung minggu semua. :)

Jumaat, 19 Februari 2010

Pencil roll Hello kitty

Khas untuk Mommy G, tapi saya rasa untuk anak dara dia ni.. hihik...
(bukan untuk aktiviti Jom Jahit ya.. ah bila nak siapkan ni..)
sesuai untuk pensil warna yang bersaiz panjang
saya guna heavy cotton, felt dan cotton biasa.
Suka guna felt sebagai lapisan dalam sebab boleh tahan hentakan atau ditindih benda berat macam buku. Ok girls.. enjoy your colouring activities.. :)



Keletah adik dan kakak

kakak yg suka possing
bab main no 1..

tengah hari buta pon dia tak kesah.. geram

bila tengok balik.. huhuhu cepatnya diaorang ni membesar..

adik pon dah mula nak melepaskan diri.. sedih la mama adik.. semua cepat besar..
ni la kan kalau nama budak lelaki.. kakak main masak-masak, adik pergi lenjan naik atas kotak, belek la mangkuk tu apa dia...
bila dah sedar mama ambik gambar mula nak buat gaya

tak tahan nak gelak tengok gambar ni.. bajet dah comel habis la possing atas kotak, tak perasan kotak tu dah mula kemek

adik-adik... mama geram tau tengok adik ni.. nanti mama geget adik baru tau.
p.s: sedih sangat baca kisah orang buang baby tu.. kalau dah tak nak sgt.. letak la kat tempat selamat.. yg pi buang bakar tu buat apa.. sedih setiap kali baca berita.. cuba kita bakar balik tukang buang tu kan bagus.. emo tau..