Rabu, 31 Mac 2010

Jom Jahit (Mac): Sarung kusyen

Yuhoo semua. Hari ini hari terakhir Jom Jahit Mac. Kalau yang sudah berjaya siapkan jangan lupa tinggalkan komen dibawah bersama url ya. Saya panjangkan tempoh untuk menyiapkan jahitan hingga hujung minggu ni ya ( hehehe tun tanah pon tak siap lagi pon sebenarnya)
Saya suka bila ramai yang ikut serta Jom Jahit bulan Februari yang lepas. Macam-macam rupa roll yang keluar. Kreatif Habis. Bulan Mac pon dah bermula dan saya telah memilih untuk membuat sarung kusyen. Seronok tak? Kita cuba jahit yang mudah-mudah, lurus... hehehe bukannya apa, nak perbaiki kemahiran menjahit yang ada kan.
Di bawah ini antara blog-blog yang ada sediakan tutorial untuk jahit sarung kusyen tersebut. Boleh buat panduan. Saya yakin anda lebih kreatifkan. :)(opss.. jangan lupa, ambil banner jom jahit disebelah ya. :)

Applique cushion cover tutorial


siapa yang takut zip macam saya tu, ini la masanya nak cuba jahit guna zipkan

Selamat berjaya semua. Gunakan lah daya kreatif yang ada dalam diri sendiri ya. :)5minute Cushion cover tutorial by momfetti
tanpa zip, nampak senang.. boleh cuba ni

from Crafty Habit
suka sangat cara dia buat applique atas kain tu, comel


Selasa, 30 Mac 2010

Pengalaman pertama bersama cik zip :)

Pertama sekali, saya kena mengaku inilah kali pertama kali guna zip. Takutnya tak jadi. Dah la pertama kali nak guna zip, lepas itu gatal tak nak jahit zip itu lurus aje. Nak juga berbentuk. Ha... rasakan. Tak kemas langsung hujung dia. Tapi nasib boleh dikemaskan juga. Tersembunyi la juga jahitan yang tak kemas tu.
Ini la hujung yang tak kemas tu. Buruk. Memang rasa waktu tu juga nak pergi berguru dengan Zura. Heheh dia kan pakar jahit beg ni. Hehhe
Bahagian atas ni saya suka. Sebab nampak selari. Tapi, yang pasti akhirnya berjaya juga saya jahit yang berzip. Boleh la saya bawak makeup harian saya dalam beg kegemaran saya (yang tak kemas tu). Lepas ni saya nak jahit lagi beg berzip. Yeah..

Isnin, 29 Mac 2010

Fabric ikea for sale - SOLD OUT

sweet banner

hyppo

Rm12 semeter

my 10minutes bib

Ini lah rupa adik yang asyik meleh aje air liurnya. Berbeza habis dengan kakak. Memang kena pakai bib, kalau tak pakai bib habis baju dia basah. Sian tengok. Kalau dia asyik bermain lagi la laju basahnya. Nak beli bib aje macam tak berbaloi. Apa lagi, mama guna la kemahiran yang ada buat bib untuk adik. Sehelai satu hari. (Tu la.. ada yag mama tak dapat makan masa mengandung, takpe mama akan usahakan sampai dapat..) Tengah nak tumbuh gigi lagi la sebenarnya kan
Bahagian belakang. Guna velcro sahaja. Senang. Lapisan dalam mama guna plastik liner lampin tu. Ahakss... mudah. Ikut aje bentuk bib yang ada. Lukis, potong, jahit. Siap.
Macam biasa saya guna fabrik kegemaran saya. Fabrik dari IKEA yang comel ini. Tengok.. jahitan pon kasar aje. Senang dan mudah. Comel pon ya juga.

Ahad, 28 Mac 2010

Melepas sudah

Apa perasaan eh bila hati dah berkenan, semua dah cukup tapi tak dapat juga. Heheheh kecewa la juga kan. Macam biasa, misi mencari casa impian belum berakhir. dari satu kawasan ke satu kawasan kami jelajah. Ahaa. Tu la bukan senang nak senang kan. Takpe pelaburan sehingga akhir hayat ni.
Bila dah banyak tempat kita pergi, baru tahu berapa harga tanah semasa, berapa luas rumah sekarang, berapa banyak bilik nak. Ada harga rumah macam tak berbaloi dengan kebesaran rumah tu. Ada yang cantik tapi lokasi tak sesuai. Banyak kena ambil kira ni.. ada sekolah tak, ada kedai tak.. jauh ke dengan pejabat. Dah ramai orang duduk ke, kawasan tanah berbukit ke? ada banjir ke tidak. Eii bila tengok tanha, mula la rasa nak buat rumah sendiri. Tapi sanggup ke nak usahakan dari mula. Wuhooo... tapi kalau hasilnya berbaloi apa salahnya kan. Kena cari orang yang mahir semua ni.. Akan kami cari sehingga dapat impian hati.

Khamis, 25 Mac 2010

Koleksi felt tshirt saya

Comel pula bila dikumpulkan gambar tee ni semua. Banyak helai juga la saya dah jahit. Seronok bila tengok orang yang memakainya gembira. Macam-macam tema dan gambar ada. Kalau yang bertanya harga u, memang tiada harga tee ini dalam blog saya. Sebabnya.. senang sahaja, dah namanya dibuat khas, tentulah kiraan harganya berbeza. Lain nama lain gambar. Kalau nak tahu juga harga boleh email ke tinihani@gmail.com. Jangan risau segala pertanyaan akan dijawab dalam tempoh masa 2jam. KAlau nak tengok corak-corak yang pernah saya jahit boleh lihat DI SINI.

Rabu, 24 Mac 2010

Tapak-tapak mesin jahit

Hari ini akan saya kongsikan tapak-tapak mesin jahit bagi janome harmony 2049. Saya rasa mesin jahit jenis lain pon ada tapak-tapak ini. Nanti saya akan kongsikan kegunaan tapak-tapak ini dengan lebih jelas. :)
Tapak 3 way coding

Tapak binding
(nak jahit bias tape senang guna ini)

tapak jahit kedut
(sesuai sangat nak buat ruffle dress)

Tapak meander quilt (free hand)

tapak quilting lurus atau ikut garisan

Selasa, 23 Mac 2010

Untuk buah hati ku

Ni la corak fabrik yang saya suka sangat bila jumpa. Vrom vrom... suka bila tengok segala jenis kenderaan ada. Dengan warna ceria nya. Tapi waktu tu ada satu papan aje. Beli terus bila dah nampak. Takpe lain kali boleh beli lagi.
Dan hasilnya, satu bantal untuk kakak, satu bantal untuk adik. Asalnya nak buat untuk adik aje bantal tu, tapi macam biasa la kakak mana boleh kurang. Nak juga satu. Memang senang kerja bila dah ada serger ni. Saya berjayasiapkan bantal ni dalam masa 10 minit. Selamat tak payah nak french pleate bagai. Bnyak la sarung bantal boleh buat lagi lepas ini. Yeahh

Bila dah siap, love untuk kakak.. cars untuk adik. Boleh lah diaorang guna nak melayan mimpi. Ahaks

Isnin, 22 Mac 2010

Belon panas dan hari yang amat panas

Akhirnya nampak juga belon besar ni depan mata.. ramainya umat manusia
The most happy person. Kakak la siapa lagi. Seronok nampak big ballonss
Tapi... adik dalam dunia sendiri. Orang punya bising keliling dengan panasnya.
Dia boleh tido dengan nyenyak
Kakak dan mama.. Happy :)
Muka tak puas hati. Dia ingat dia boleh masuk dalam bola tu.
Badan halus tapi hajat besar.
Muntah nanti golek dalam bola ni
hahahh orang nak balik dia baru bangun.
bagus la adik. lain kali buat lagi :)

Mencuci mata dan menambah stok yang ada

Ahh... saya nak sewing room saya mcam ni. Cepat lah ada banglo sendiri boleh la saya realisasikan impian saya ni. (BErangan memang tak nak kalah). Saya nak warna putih. Nampak ceria dan tenang. Ouhh selesanya.
Kalau saya sibuk nak beranga, SI kecil ni pon sama naik juga. Kakak punya ni mama.. Yo lah tu :)
Koleksi kain kat bahagian ni. Kalau pergi mesti lain yang ada. Kali ni saya suka la sebab dapat beli koleksi yang boyish sikt. Boleh buat sesuatu untuk adik pula. SESUATU. Dan ada hippo hijau. :)
Saya geram kat kain biru bunga-bunga halus tu tapi takde stok. Sabar aje tengok yang display ni.

Selama ni saya tak sempat belek banyak kat bahagian kain ni. Bila orang tanya pasal plain cotton.. heavy cotton saya tak boleh jawab sangat. Tapi kali ni saya dah tahu. Ada plain cotton yang lembut sesuai buat cadar dan ada juga plain heavy cotton. Memang warna yang striking dan cantik.
Heavy cotton = RM25.90/meter
cotton lembut = RM12.90/meter
Yeahh.. saya punya yang gambar-gambar kenderaan tu. Suka sangat. Pertama kali jumpa.
Hippo hijau orang lain punya.
120cmx300cm = RM29.90 (utk 3meter tu  / 1pack)
Koleksi cecilia. Banyak burung ni. Boleh la sepasang dengan Emily Maya. Ehhehe
Puan-puan pemilik kain ni semua, tunggu ya kehadiran kain idaman.

Tak sabar nak tunggu kehadiran kad keahlian IKEA ni. Boleh la jadi personal shopper lagi. :)

Jumaat, 19 Mac 2010

Motherhood Expo 2010

Motherhood Expo 2010
19-21 Mac 2010
Midvalley

Salah satu company yang ikut serta. Ada sales barang-barang baby kat booth ni
Jenama-jenama lain yang ikut seta buat pameran dan jual barang

siapa yang cari stroller, banyak choice gak.. ada less la dari yang kat kedai biasa tu
geram lak tengok corak cadar ni comel.
Tapi ikutkan tak la banyak sangat boothnya. Tapi kalau sesiapa yang baru nak dapat baby boleh la jenguk-jenguk. Bilik pameran pon kecil aje. Tapi ramainya umat manusia. Selamat la ya mencari idaman hati.

Program-program sepanjang 3 hari Expo:

Mini Klinik


Ni la koleksi ubat kami bulan ni. Ya allah... memang dugaan betul.. sorang-sorang diserang demam. batuk, selsema. Memang mencabar habis. Lembik rasanya badan.. jaga budak demam, diri sendiri demam lepas itu sambung balik budak demam. Tiap-tiap minggu buat kunjungan hormat ke klinik. Takpe lah janji tak kena masuk hospital.
Ahhh rindu nak tengok adik ketawa dan senyum. Dia kalau demam memang susah nak senyum. Kita panggil buat tak tahu aje. Cepat-cepat baik tau adik. Mama geram nak tengok adik senyum nampak gigi adik yang dua batang tu. Oh ya, siapa rajin nak jengah Kedai Jahit saya boleh la jengah. Ada tshirt felt, ada buttons, ada la segala yang berkaitan dengan jual beli. Heheh akan diupdate dari masa ke semasa. :)

Khamis, 18 Mac 2010

My Favourite Surfing Spot

Semua orang suka melayari internet kan. Zaman sekarang kalau tak melayari internet confirm macam katak dalam tin susu. Ahaks. Saya memang aktiviti wajib setiap hari. Rasa tak lengkap pula kalau sehari tak buka internet. Tak kisah la nak periksa email atau nak kemaskini blog. Wajib setiap hari.

Di rumah tempat kegemaran saya untuk melayari internet, semestinya di ruang tamu. Faham aje la ada hero dan heroin dirumah ni. Kalau tak dipantau nya ada aje aktiviti lain yang dibuatnya. Heheh tengok aje la ruang tamu saya yang KEMAS ini, terima kasih pada kakak dan adik. Macam-macam ada. Dari sini semua saya boleh tengok, tengok hero dan heroin tu.. tengok tv sekali pon boleh. Mama zaman sekarang, kalau boleh semua kerja nak dibuat dalam satu masa kan. Hehehe



Kalau diluar rumah pula… kat mana-mana saya suka layari internet. Sebab.. saya guna telefon bimbit. Senang. Segala mak nenek nak baca pon boleh. Dalam kereta nak tunggu kakak balik school la, tengah beratur nak bayar bil, boleh aje layari internet.. Seronokkan. Tapi sekarang saya guna jaringan telefon yang kadar donlod dia rendah. Lambat sikit la nak tunggu nya download kan.

Bila tengok WiMAX Wiggy menarik pula. Harga menarik, bentuk menarik dan comel.. sesuai dibawa ke mana-mana.  Plug and Surf aje la.. tak perlu susah payah. Yang penting tujuan untuk surfing di manna sahaja akan tercapai. Seronok!!!


Bagi yang Nuffies(Nuffnang) pasti tahu sekarang Project Alpha Season 2 akan keudara pada 16 April 2010 dan boleh dilayari di http://www.projectalpha.com.my/
Boleh la kita tonton blogger terkenal ni eh.. :)

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS