Jumaat, 30 April 2010

Banyak benda..

Emm rasa nak buat entry bagaimana nak memilih mesin jahit tapi macam mood belum sampai. Banyak benda nak diselesaikan. kalau lambat nanti payah pula saya nak jadi student. Banyak benda nak difikirkan. banyak benda nak jahit dah beratur senarai yang nak disiapkan. Ouhh rindunya nak balik kampung jumpa mak n ayah. Banyak benda pula rasa nak makan waktu ni. Ahhhhh bila nak pergi bercuti ni?? Ahhh kita selesaikan aje lah satu persatu.. ahh jom minum teh tarik dulu :)

Khamis, 29 April 2010

Balang ajaib saya :)

 Siapa ada balang ajaib. meh kongsi dengan saya. Sudah jadi macam keseronokkan pula bila simpan barang-barang dalam bekas yang telus pandang ni. Mula-mula simpan ribbon ni dalam kotak tapi tu la asyik tak perasan aje warna apa yang ada (hiks.. ke buat-buat tak perasan?) bila dah letak dama ni baru best. Boleh la susun sebaris dengan cik-cik butang yang lain. Siapa tak ada idea macam mana nak susun riben boleh la cuba buat gaya ni.

Memang rasa berwarna-warni habis. Ceria dan jadi terapi pula bila tengik. Takpe la bila dah kumpul dalam bekas cantik-cantik boleh la nanti kita susun atas para putih dalam bilik jahit idaman di banglo baru saya nanti. (perghhh.. panjang betul) :P Tapi sebelum itu kena pastikan tidak capai oleh pembantu khas tak bergaji tu. Habis la meraung nak kena susun balik. Siapa lagi ada balang ajaib???

Apron dan Topi chef buat sicomel

 Set apron dan topi chef ini di tempah khas Mommy Hui Wearn untuk anak kecilnya. (Mommy ni dulu pernah juga buat tempahan tshirt felt yang ada gambar cupcakes, cake dan burger.. yummy. pelanggan setialah kiranya ni.) Beliau mahukan sepasang. Terpulang pada saya nak pilih warna apa. Saya apa lagi pilihla warna merah.. merahkan boleh buat orang lapar. Bila tengok chef comel ni masak terus semua nak makan. Oh ya set ini boleh dipakai kanak-kanak 5tahun ke atas.

Saya guna kain merah Ditte dari Ikea dan diserikan dengan bias tape bercorak dan berwarna coklat. Sebenarnya, corak dia pon menarik. Semua tu makanan juga.. teh la.. jem la.. strawberi la. Gabungan warna yang sesuai untuk budak lelaki. Pada saya la kan :) Kalau untuk budak perempuan pasti daya dah guna fabrik kiut miut pinky gedik bagai. :) Mommy dia pon minta saya jahitkan sebiji pie. Ehem.. harap-harap ada la rupa pie tu. Saya tengok rupa pie ngan cupcake ala-ala aje. Ok la.. harap-harap nanti mommy boleh la bagi saya sekeping gambar tukang masak itu kepada saya. Saya takde model besar lagi :)

Rabu, 28 April 2010

Paling bertuah milik...

.
.
.
.
.
.
.
.

a.n.i.q.u.e saya suka cara jahitan awak... walaupun baru mula menjahit, hasil kreativiti dah muncul. Moga-moga lepas ini makin banyak hasil menjahit akan anda hasilkan.

.

.

.

dan... saya ada lagi satu lagi set untuk di giveawayskan.. sama aje dengan yang atas cuma fabrik aje berbeza..hikss... rugi siapa tak buat key po chi kat komen.... siapa yang bertuah.

.
.

buat balkhis. Sesuai la fabrik ni untuk anda yang baru dapat permata hati lagi ya. jangan lupa lepas pantang ni mula la aktiviti menjahit macam dulu-dulu.

terima kasih semua pada ucapan, doa dan harapan. Saya hargai semua. hikss... macam-macam komen saya baca. Macam begitu dihargai gayanya. Apa-apa pon teruskan lah membaca blog ini dan kalau boring dan merepek dah muncul sila la bagitahu saya. hikss :)


Selasa, 27 April 2010

Siapa nak angkat tangan...

Buat yang pembaca setia blog saya. Saya tahu ramai yang silent readers. Yang keypochi pon ramai.. Hiks.. gurau aje. Saya dengan rasminya pada hari ini ingin membuat giveaway barang-barang diatas. 1/2 yard sewing fabric (cun gila gambar dia.. sesuai untuk penjahit dan pengumpul fabrik yang tegar), 3 meter grossgrain ribbon yang berlainan corak, sewing time label dan lots of buttons. Siapa nakk???.. Kenapa baik hati sangat saya hari ini???
Sebab.... hari ini.. saya dah masuk zon baru.. opsss... saya suka dengan kehidupan saya sekarang. Dikelilingi dengan orang yang saya sayangi. Dua permata hati yang sangat berharga.. dan hobi yang hikss... tak yah cerita la kan. dan berat badan yang dah kembali asal kepada 46kg.. :P.. Moga kebahgiaan terus menjadi milik saya. Tiada siapa-siapa peminat saya nak bagi hadiah ke? ~~wink~~

Kalau nak barang jahitan kat atas tu.. senang sahaja cuma tinggalkan komen di bawah. Itu sahaja. Komen diterima sehingga jam 1 ptg 28/4/2010. Pengomen yang bertuah akan dipilih secara rawak dan akan diumumkan jam 2ptg, 28/4/2010. :)

Bila semua rasa cantik dan comel

Bila berkesempatan mengemas sebab bila beli terus simpan, buat projek menjahit. Bila kemas baru nampak kotak yang ada dah tidak mencukupi. Susun biar betul.. lipat sama besar. Lepas tu baru sedar.. opsss banyaknya. Tapi.. tapi saya suka. Saya yang beli sendiri, boleh buat macam-macam.. cuma tunggu masa mengizinkan aje. Semua dalam beg plastik IKEA ni bersaiz lebih daripada 1yard.

dan baru sedar juga yang saya sudah agak banyak koleksi polka dot. Yeahhh suka... Susah nak cari corak polka dot ni. So irresistable :P. Geramkan..

Ini pula yang bersaiz half yard. Banyak corak stripey. Polka dot pon ada. Ni macam dah tahap ala sayangnya nak dibuat apa-apa. Hahahah teruk. Ada satu lagi kotak yang saiznya tak tentu hali. Jangan dibuang.. banyak yang boleh dikerjakan nanti. Tapi... (banyaknya tapi..) Saya tak boleh lawan sifuu Zura.. Nak ke saya tunjukkan gambar almari fabrik dia?? (skodeng tak hingat :P)


adakah saya perlu bat giveaway untuk fabrik ni?? tungguuu esok tau hiks.. siapa cepat dia dapat :)

Isnin, 26 April 2010

Mereka sudah ada kawan baru

Apa ye yang adik beriya nak dapatkan tu? Sampai menangis-nangis berebut. Sungguh ngeri okeh bila tengok adik pergi dekat bekas ni. Habis dia nak capai ketuk semua. Kakak dah duduk tepi beks tu aje. Duk tahan aje tak bagi adik dia pergi dekat. Kelakar sangat tengok muka tak puas hati adik.

Kakak macam biasa la.. kalau dah kata belikan untuk dia. Semuanya untuk dia. Mama bila nak bagi makan? Mama dia kena mandi tak? Mama dia gerak la.. Mama dia panjat la... Mama, kakak nak mandi kan dia boleh tak? mama.... punya la banyak soalan. Apa benda yang diaorang suka sangat ni?

Ni ha.. Dua ekor kura-kura. Jantan dan betina. (soalan pertama dekat orang jual tu.. lama lagi tak dia beranak?.. ouh lama ouh.. 4 thn lagi.. lega.. pengsan mak nak bela banyak2..) Air kura-kura bagus untuk dijadikan baja siraman pokok-pokok tanaman. Pokok boleh jadi subur. Moga-moga lama la kura-kura ni dengan kami. Susah pula nak jawab dengan kakak kalau jadi apa-apa. Emm tapi nanti balik kampung nak letak mana? Waaaa....



Ahad, 25 April 2010

SALE: Bias tape dan butang balut


Clover fusible bias tape maker 1inci = RM38 SOLD '
Clover fusible bias tape maker 18mm = RM34 SOLD
Prym cover button size 19mm = RM8.50 SOLD

Cepat ya. Email saya kalau berminat. Stok yang ada tu seperti dalam gambar. Boleh la lepas ni buat bias tape n butang balut sendiri.

Wahh.. saya tak beli banyak sebab tak tahu pula ramai yang minat. Semua nak buat bias tape sendiri ye. Sorry la ye pada yang tak dapat tu nanti bila ada saya dahulu kan mana yang dah book. Terima kasih semua

Jumaat, 23 April 2010

Si kumbang kecil dan lebah

Si kumbang adalah penyepit rambut manakala si lebah pula adalah pin baju. Ada initial A untuk Arissa dan Aisy. Selamat Ulangtahun buat kamu berdua ya. nanti ambil gambar banyak-banyak bagi kat acik eh. :)

Bila dah ada suka

Bila dah ada yang kita suka barulah yg dulu kita nak sangat tu yg kononnya mahal bebenor baru nak buat tawaran. Geram tau. Buat hati berbelah bagi dan memeningkan kepala aje sebab nak kena fikir balik dari awal. Hikss yg baca ni jgn pening kepala sekali dengan saya ye. ;)

by: TiniHani

Khamis, 22 April 2010

Mari membuat butang balut sendiri

Bahan-bahannya.. seperti dalam gambar. Acuan, penekan, butang kosong, penutup belakang, kain dan ukuran untuk buat butang.


Bila dah potong-potong kain tu ikut ukuran yang ditetapkan masukkan sahaja dalam acuan tu. Kemudian tekan dengan penekan biru itu. Durra.. memang ada la bunyik klik tu.. hikss. Buat kemas-kemas ye waktu ni.

Bila dah masuk semua kain, tutpkan dengan bahagian penutup belakang butang balut itu.

Tekan dari bawah untuk keluarkan butang yang hampir siap.

Inilah hasilnya. Comel tak? Durra pon ada buat tutorial. Saya baru nak mencuba. Kena ada banyak tenaga okeh waktu nak tekan butang tu semua. Kalau tidak, balutan kain tu tak kemas. Seronok la kalau ada banyak-banyak butang ni. Guna aje lebihan fabrik yang ada. Boleh la tambah koleksi butang yang ada. Boleh juga dijahit pada hasil jahitan yang lain.

Rabu, 21 April 2010

Bahagian-bahagian mesin jahit

Dulu masa belum mesin jahit, saya cuba la cari guna pakcik google berkenaan mesin jahit. Punya la takut kalau nanti beli mesin jahit tak pandai nak guna. Sangat perlu membuat kajian sebelum membeli mesin ya. Hiks bukannya apa.. takut dah beli nanti tak guna pakai pula. Tapi selalunya hasil carian saya melalui pakcik google berkenaan mesin ni memang la payah nak jumpa. Dan sekarang saya selalu tengok orang jumpa blog saya pon bila mereka buat carian berkenaan mesin jahit. Kali ini saya rajin, mari kita kongsikan bahagian-bahagian mesin jahit.

Model pada kali ini adalah mesin Jahit Janome Harmony Model 2049. Gambaran keseluruhan mesin jahit ini

1. Butang jahitan arah terbalik -- sesuai untuk mematikan jahitan sebelum dan selepas menjahit
2. Butang ragam jahitan -- pilihan untuk jahitan lurus, zig zag atau bercorak
3. Butang jarak jahitan -- pilihan untuk jarak jahitan
4. Butang lebar jahitan -- pilihan untuk kelebaran jahitan

5. Pengawal jarum -- menaik atau menurunkan jarum jahitan
6. Penyekat penggulung benang bawah
7. Pemegang gelendung bobbin -- digunakan apabila hendak menggulung benang pada bobbin
8. Pemegang benang atas -- satu benang untuk jahitan biasa, gunakan dua benang untuk menjahit jahitan jarum kembar

9. pengawal benang bawah
10. pengawal gerakan benang
11. cangkuk penggerang benang atas
12. Butang kawalan benang atas -- nak longgar atau ketatkan jahitan

13. Paras lubang butang -- diturunkan bila hendak jahit lubang butang
14. pemegang tapak penekan
15. tapak penekan -- boleh ditukar-tukar
16. plat jarum
17. pengepit jarum -- pusingkan bila hendak menukar jarum baru
18. jarum
19. Meja penyambung

Moga entry ini dapat memberi gambaran bagi sesiapa yang hendak membeli mesin jahit atau baru mula untuk menjahit. Jangan takut dengan mesin jahit anda ya.

Selasa, 20 April 2010

Gambar sedikit sek**

Hiks.. sajer je kan buat tajuk gitu. Suka sangat tengok muka menyengih budak dua orang. Dapat berendam dalam air la katanya. Kakak tak payah la nak kata apa. Memang suka main air. Adik lambat sikit penerimaannya. Lama-lama baru ok. Pastu nak ajak keluar dah mengaruk.

Adik pula lepas kehilangan separuh stok susu dia, adik macam tak nak minum pula susu yang dah diselamatkan tu. Mungkin rasa lain atau saja nak uji mama? Waktu siang dia minum sikit sangat. Nasib la dah makan bubur and minum air masak. Dia sanggup tunggu saya balik dari kerja dan baru minum sepuas hati. Bila siang tak mahu minum susu maka malamnya habis la nak berkepit aje. Takpe la adik.. mama sediakan stok susu fresh pula ye.. Di tambah pula sekarang ni sibuk nak berdiri, mula datang perangai meragam ni. Manja terlebih la adik ni. Betul ke kalau anak menyusu ibu ni manja dia lain sikit? (ahaks memang pon.. saya memang manja ngan mak saya :P)

Sajer je letak entry ringan-ringan sebab geram tengok badan adik. Memang tiap-tiap hari kena gigit. Abaikan ajelah air terjun tu.. hahahha Drypers ke mana-mana syarikat pampers ke tak nak ke ambil adik jadi model? Geram okeh.....

Isnin, 19 April 2010

Kali ini saya memang puas hati

Dari sebelum ada anak lagi saya sukakan dress kanak-kanak. Sangat comel. Ditambah pula bila corak fabrik tu sendiri comel habis. Bila dah ada anak pula lagi lah saya tergila-gila belikan dress. Biasalah anak pertamakan.. perempuan pula. Saya juga pernah tempah dengan Shikin Girl Charm. Sangat kagum dan cemburu bila dia jahitkan dress comel-comel untuk anak-anak dia yang semestinya comel. Waktu tak pernah pon terfikir satu hari nanti saya jahit sendiri dress untuk anak saya. Saya pernah jahit dalam 2..3 helai dress kakak. Boleh tengok dekat entry sebelum ini. Semua tu saya jahit dengan cara paling asas. banyak sangat cacat cela. Takut nak guna zip, takut nak guna butang (biasalah orang tak mahirkan.. saya budak baru belajar) Akhirnya saya diberi semangat mencuba sekali lagi menjahit dress untuk kakak. Saya gunakan kain fabrik red polka dot yang dibelikan dari Bandung dan diserikan dengan fabrik manzanita damask dan memilih zip untuk menyiapkannya. Saya guna pattern Precious Dress.

Saya berjaya juga. Saya suka sangat hasil jahitan kali ini. Saya beri 85% kekemasan untuk dress ini. Saya suka dengan saiz baju ini, panjang dia yang sesuai. Leher dan lengan yang kemas.. saya gunakan bias tape untuk selesaikan kemasan ini. Gembira sangat kakak bila tengok baju ni siap.

Bahagian dada yang kemas juga. Saya gunakan size 3T untuk badan atas. Yang bawah ikut kembang princess yang kakak suka. Tak sempat basuh nak pakai terus.

Ikatan ribbon yang semestinya saya suka. (wahh banyaknya suka)

Ok semua? Macam mana jahitan zip saya? Bagus tak? Saya tepuk tangan dekat diri sendiri bila tengok hasil jahitan zip ini. Saya dah tak takut dah dengan Cik Zip.
Apa pon inilah luahan hati saya bila dapat jahitkan sehelai dress yang saya rasa cukup sempurna untuk anak saya. Saya nak hannah bangga bila pakai baju yang mama dia jahit sepertimana saya pernah berbangga memakai baju kurung yang emak saya pernah jahit. Rasa berbunga-bunga sangat.

Adik memang suka tido..

.. tido dalam baby pouch la. Pantang diberi peluang duduk dalam pouch mesti nak tido. Geram. "Kakak.. ambil gambar cantik-cantik sikit." Saya tak perasan pon dia posing macam tu. Over rupanya. Bila tengok balik baru nampak. Kelakar la kakak ni. Siap pegang pinggang tak tak tahan. :)

Ni bila dah posing normal balik. Macam-macam ragam la anak mama ni. Adik memang tak payah cerita la. Kalau duduk dalam tu memang dia tido habis. Saya suka betul guna baby pouch ni. Sebab melekat betul kat dada.. kalau guna baby sling lain macam melondeh ke bawah. Nyampah. Tak rugikan buat baby pouch sendiri. Rasa macam nak jahit satu lagi baby pouch dengan corak kain yang lain pula. :P

Sabtu, 17 April 2010

Lagi projek hujung minggu

Red polka dot untuk kakak. Dan yang paling menarik sekali saya guna kan cik zip. Seronok betul. Saya dah tak takut dah dgn cik zip. Tak de la susah sangat pon kan. Nanti kan ya kemunculan red polka dot dress ini ya.

Zura, apa eh nama kain biru ni. Something damask kan? Ahh kena buat fabric dictionary ke? :)

Jumaat, 16 April 2010

Peminat Dora

Dora's Love Syafeeqa

Ahh.. susah betul buat Dora ni. Banyak betul benda kecil-kecil yang perlu saya jahit. Risau sebab takut muka Dora bertukar menjadi momok. Hiks.. momok cute. Mama Y, terima kasih ya atas tempahan ini dan terima kasih kerana amat-amat bersabar. :)

Oh ya.. ya selalu bertanya pada saya berkenaan felt ni.. (rasa banyak kali dah tulis.. hiks)
  • saya tidak menggunakan sebarang gam untuk melekatkan gambar-gambar ini atas tee. Semuanya jahitan tangan ya :)
  • hurus-huruf itu semuanya digunting menggunakan tangan.. tidak ada puncher khas
  • kat mana nak beli kain felt? Boleh la semak balik entry saya Siri II: Kain Felt. Situ ada link dia..
  • saya tidak jual felt.

Sedih dan kecewa

Apa yang paling menyedihkan buat ibu yang menyusukan anaknya? Penghasilan susu berkurangan? Ya.. Bekalan susu berkurangan? Atau peti sejuk rosak??? Huarggghhh Peti sejuk saya rosak tiba-tiba. Tidak sejuk tanpa memberi sebarang amaran. Ingat tak entry minggu lepas yang saya masa tu kurang buat stok susu kerana berkursus, tetapi bila habis berkursus stok beku susu saya bertambah balik. Bila stok beku dah bertambah, peti sejuk pulak rosak.

Habis la terganggu stok-stok beku saya. Bila sedar peti sejuk rosak terus menggelupur cari peti coleman. Dah lah tengah-tengah malam ni. Nasib sempat beli dan selamatkan stok-stok tu. Tapi nak kekalkan beku susu tu boleh buat saya tak tidor malam. Saya bawakan susu yang masih beku tu untuk disimpan di peti sejuk pejabat. Huarrghh.. cepat la baik peti sejuk ku itu.

Saya mesti kuat semangat.. cepat la orang datang baiki peti sejuk saya tu.Nasib la kejadian ini berlaku dah nak hujung minggu boleh saya direct bf aje. Lagi 2 bulan genap setahun usaha saya menyusukan adik. Memang tidak banyak cabaran sepanjang menyusukan adik, kiranya ini la cabaran paling besar saya pernah terima. Sangat sedih kalau susu-susu tu kena buang begitu sahaja. Doa ku moga rezeki adik masih berpanjangan.

Rabu, 14 April 2010

Ada cara mudah rupanya nak jahit kaki seluar

Kesian kan dekat saya. Guna mesin jahit dah lama. 2 tahun? Tapi boleh la selama ini tidak menyedari bahawa ada cara mudah nak jahit kaki seluar atau tangan. Susah sebab diameter diakan kecik aje hujung kaki seluar ni kan...

Ini la cara saya selama ini. Duk letak la kain tu macam tu.. Kena jahit berhenti-berhenti. Lupa bahawa kotak kat bawah tu ada kegunaan lain bila di cabut (selain nak tukar benang dalam sekoci.. heheh)
Macam mana boleh sedar mesin jahit tu boleh di pelbagai gayakan? Sedar bila guna serger nak jahit tepi kaki seluar jeans. Muahahah Kat mesin ni pandai lak buat gini. Saya tanggalkan bahagian yang tengah tu supaya mudah kaki seluar tu ikut bentuk.

Jadilah macam ni serger tu. Kemas dan cepat aje siap jahitnya. Hahha lambatnya baru sedar.

Lepas dah sedar tu. Saya buat la kat mesin epal saya (bukan cik epal ye..) Ni rupa asal mesin ni sebelum dicabut kotak kelabu ni (yg selalunya dicabut untuk pasang sekoci aje)


Bila dah cabut jadi lah gini. So boleh la masukkan kaki seluar / hujung tangan baju kat bahagian tu. Kalau seluar budak tak muat la.. ahaks.. Akhirnya, saya jumpa juga cara mudah nak menjahit. Takpelah, biar lambat asalkan jumpa. Kesian kesian... :P

Jom Jahit di lanjutkan lagi

Berita baik untuk Jom jahit bulan mac lepas. Saya panjangkan Jom Jahit bulan Mac dan April untuk projek membuat sarung kusyen. Saya tahu kalau nak buat sarung kusyen pasti nak buat banyak kan. Tu yang semua ambil masa nak siap. Ahaks. Kalau ada yang berjaya siapkan lagi bagi tahu saya ya. Jom kita lihat siapa yang dah berjaya siapkan.

Memang comel. Kalau buat banyak-banyak untk bilik budak-budak memang comel habis.


Siap ada applique nama tu. So sweettttt. :)


Panjang okeh nama setiap kusyen tu. macam nak kena pakai name tag aje. :P


Kalau tambah buat table runner pon lagi meletup. Hiks..


Ini saya punya. Cerita ada kat bawah.... :p

Selasa, 13 April 2010

Kakak... Nak sikit

Kak.. adik nak sikit boleh?? Nak la... ☺
Ouhh anak bujang ku yang berbulu mata lentik.. geyam okeh
Adik nak sikit la coklat ni..
(adik masih berusaha nak dapatkan coklat kat tangan kakak.. Kakak mula-mula tak perasan adik dah nak dapat dah) Ahhh dapat pon akhirnya
(hahah habis la kakak... adik dah pandai dah.. Kakak dah jerit-jerit dah ni.. ahaha)

Kamu berdua memang menjadi matahari dalam hidup mama. Sedih macam mana pon.. marah macam mana pon bila tengok wajah mereka berdua hati terus jadi cair.