Isnin, 31 Mei 2010

Choo-choo train

Buat Hadif yang menyambut ulang tahun pertama. hadif dah pernah naik choo choo train ke?

Buat Hanan pula yang suka kan barney.. Selamat Ulang tahun yang ke 3. Saya suka warna oren terang ni. Ceria habis. Ada hikmahnya tee asal tak muat.. hiks... Terima kasih Izan.


oh ya.. warna-warna ceria plain tee untuk kanak-kanak. Kakak kata macam ranbow la mama.. Senang hati bila dah ada tee standard untuk kanak-kanak. Macam biasa kalau berminat just JENGAH SINI.

Khamis, 27 Mei 2010

Pesanan buat kakak

Hari ini kakak akan mengikuti lawatan ke muzium hidupan liar. Masih dalam kawasan yang sama pon. Tak jauh dari rumah dan sekolah. Dah beberapa hari saya berpesan kepada kakak.
- jangan lari-lari
- pimpim tgn dengan kawan
- jgn ikut orang tak kenal
- apa-apa bgtahu cikgu
- dalam bas duduk baik baik
- bla bla bla...

Sekarang saya dah tahu kenapa emak saya dulu suka pesan macam macam.. Ulang benda yang sama.. Ini namanya pusingan kehidupan. Mama bukan bertujuan nak membebel ya kakak tapi mama sayang kat kakak dan tak mahu apa2 yang tak elok jadi. Pi lawtan baik baik tau

Selasa, 25 Mei 2010

Lagi.. sepit rambut

Shocking pink polka dot dan all loves sepit rambut. Ahhh sungguh comel..


saya gunakan sepit rambut jenis ini ya. boleh la sepit banyak sikit rambut

tempahan dari mas.. saya tambah lagi strawberry button.. nak bagi tambah comel..

dan juga dua set sepit rambut rama-rama

dalam perjalanan ya mas.. nantikan kemunculan benda-benda comel ni. Bila si kecil sudah menggayakan.. jangan lupa ambil gambar. Boleh jadi model tak berbayar saya. :)

Pencuci mulut dengan aisrim yang sedap


mari mulakan dengan sesuatu yang sedap.. apa lagi kalau bukan ais krim baskin robbin foundue. yum yum.... ni kalau mengidam nak makan memang pulun gak la nak cari. nak-nak masa panas ni... sedap aje rasa bila makan sambil dicelup ke dalam coklat panas...


ni pon mesti tak ketinggalan cappucino in glass.. kegemaran seseorang. Saya pon tumpang minum gak la walaupun lepas tu rasa pahit melekat-lekat di tekak... hiks

ahhhh gambar terang sikit... isshhh ni rasa nak pi makan lagi ni.. ni la set aiskrim paling syok di makan

kakak yang tengah menahan kesejukan. tau takpe.. makan perlahan-lahan ye.. nanti habis kena baju.

Penat mama dan kakak ber posing.. anak bujang? memang buat rosak gambar.. hikss... sibuk dia nak mengejar sudu aiskrim tu....

tengok masih tak putus asa.. kakak masih juga terus berposing

ahhhh akhirnya adik dapat juga.. baru puas hati.. hahahha lawak la adik...

ahh terima kasih juga pada manager kedai ni ya... ahahha lain kali kalau datang kl boleh kami pau lagi.. nasib la ko tak kerja kat kl ayah cu.. kalau tak abis la diskaun pekerja ko tu kitaorang kerjakan. hiks...

Isnin, 24 Mei 2010

Surat Chenta

Saya tertarik dengan kad ucapan terima kasih yang dibuat oleh MyBotang. Mudah sangat nak buat kad ucapan ni. Hanya gunakan perca-perca kain, sambung-sambungkannya dan jahitkan atas kertas.. wallah dah siap.

Kata dah ada rubber stamp sendiri kan. Apa lagi sesuka hati aje la nak cop dekat mana-mana. Bila dah dicop ni macam kepala surat rasmi la (letter head) pula jadinya. Suka bangat. Hiks.


Comelkan.. ikat aje dengan mana-mana tali yang kita suka. Dengan ribbon pon boleh.

Bila dah siap.. tulis la surat chentu tu pada pelanggan saya yang sangat bersabar. Hiks... sabar betul kan. Jangan la marah eh bila dapat surat chenta saya. Kalau suka boleh buat penanda buku kalau tak suka pandai-pandai la nak buat apa. Hiks.

Sabtu, 22 Mei 2010

Model sepit rambut

Ok kakak, kakak memang comel pakai sepit rambut yang mama buat. Ceria habis. Yang lagi dua mama da bagi kat kawan kakak yang lain. Mama tak sabar nak jahit yang lain plak

Khamis, 20 Mei 2010

Tadaaa.. ini dia


Sebenarnya saya dapat idea buat beg ni dari Kham Joe. Hehhehe Tapi sebab takde masanya nak cari beg coklat goreng pisang tu, saya buat aje la guna kertas biasa. Punya la berhempas pulas nak melipatnya. Siapa yang terlibat dalam lipat melipat tu terima kasih ya. Hahahah

Lepastu, apa lagi.. buat la tag yg comel tu.. Nak bagi cantik potong aje dengan pinking shears. Lawa la dia. Kata ribbons banyakkan.. guna la selagi boleh. Saya buat punya la dah rasa cun habis sekali boleh tak kakak pergi conteng,,, Nampak tak? Huruf H.... isshhh geram


Orang suruh tulis kat dalam.. laju aje dia tulis kat luar, bila disuruh tulis tiba-tiba aje "Kakak tak pandai tulis la mama..." ahhhhhh geram lagi... Macam-macam karenah.

Ini la beg yang sempat disiapkan di Subuh hari. Harap-harap teacher kakak suka la. Jahitan paling mudah mama gunakan. Fabrik dia.. ahhhh suka sangat.. lepas ni lebihan dia boleh la buat sepit rambut lagi. Hikss...
Tali beg saya gunakan juga yang from Paris tu. Jahitan easy stitch Selamat Hari Guru yang telah diperkemaskan dan saya jahit kain tu zig zag sahaja atas beg. Wallah da siap. Apa-apa pon.. janji kakak dan teacher kaka suka eh.

Rabu, 19 Mei 2010

Adik beradik yg bergembira.

Asalnya, hawa kata baju dani muat2 aje, rancangnya nak ditukar ke tee lain, tapi bila dah di tunjuk ke anak2 semua terus sarung.
Diego utk dani, car utk hady dan barney utk amani. Eei memang ngeri setiap kali nak jahit bentuk mata, mulut dan muka. Eei. Thanks hawa sbb semua happy. Thanks juga buat Amy Sweetdarling yang bawakan Hawa kepada saya.

Kalau ada yang berminat nak membuat tempahan boleh jengah SINI ya

Kakak dgn hadiahnya

Akhirnya berjaya juga saya siapkan hadiah utk teacher kakak. Semua DIY. Dari hadiah sampai ke kertas pembalut hadiah. Apa ada dalam tu? Kena tunggu la eh. Kakak suka la bila dapat bawa ke school. Saya siap pesan bagi kat teacher kakak aje tau. Hiks

WIP: Selamat Hari Guru

Ada aje kakak ni.. dah last minit baru nak cakap dengan saya kata esok ada sambutan Hari Guru. ermm kalau dulu saya suka bagi cikgu hadiah, bukan mahal mana pon tapi suka bila dapat sesuatu kat cikgu. Terus bila dapat tahu tu, otak terus laju berfikir nak buat SESUATU. Tapi saya nakkan yang istimewa, bila cikgu kakak tengok tahu ni kakak yang bagi. Maka terhasillah WIP (work in progress) ni. Ini baru 10% siap. Tunggu ye hasil keseluruhannya nanti
Ahh suka sangat easy stitch atas pensil ni. Macam nak buat banyak-banyak aje pensil.. tapi macam serabut aje. Eii tak sabar nak tunggu bila dah siap keseluruhan Mesti kakak gembira bila bagi cikgu dia. :)

oh.. siapa ada twitter mari la add saya @hanitini.. ramai-ramai baru meriah sikit. nanti saya follow balik.. hiks :P

Selasa, 18 Mei 2010

Penyeri rambut

Bila ada banyak lebihan kain-kain perca, apa kata kita buat sesuatu yang berfaedah. Nak-nak lagi lebihan fabrik yang mahal. Sungguh susah hati kalau nak dibuang. Apa saya buat dengan lebihan kain-kain tersebut. Sepit rambut la. pasti tak sama dengan orang lain punya kan.

Fabrik rama-rama tu lebihan daripada projek beg netbook saya. Fabrik pink gedix tu pula dari projek bag makeup saya, manakala merah polka dot dan biru damask tu pula dari dress kakak. Lepas ni kakak boleh paki sepasang dengan dress kakak la ya. Nak bagi kain ni lebih keras sikit, saya gunakan light weight interfacing, lekatkan dengan kain yang digunakan. Baru senang nak hasilkan gelembung comel kat bentuk ribbon bow tu. Hiaskan lagi dengan grossgrain ribbon dan juga buttons yang comel.

Pasti lepas ini banyak lagi sepit rambut yang saya boleh buat. Sepit rambut tu panjangnya 5cm manakala fabrik dia panjangnya ada yang 8cm ada yang 11cm. Berbeza-beza. Ada yang berminat? Kalau minat macam biasa jangan lupa email sahaja ke saya.

Isnin, 17 Mei 2010

Mari berbasikal pula

Buat kekasih hati Cik M. moga En. Amri suka ya. basikal ni nampak aje mudah nak buat tapi.. ishh banyak pula rangka-rangka basikal ni. Seronok gak la jahit. Comel aje rasa.

Ahh.. bila da ada stamp sendiri mula la nak buat macam-macam kan. Apa lagi, boleh la buat untuk tagging baju yang saya buat. Lepas ni nak sediakan banyak-banyak la tag. Hiks.. macam nak buka kedai pula. :)


Oh ya... bagi yang nak buat tempahan tshirt kanak-kanak, saya sudah ada size tshirt cotton plain. Akhirnya jumpa juga saya dengan pembekal tee yang memang berkualiti.. tapi jauhhhhh. takpe la yang penting dah jumpa dan tak payah la saya pening-pening cari merata tee untuk tempahan. Saya sertakan size kali ni sebab tak nak dah susahkan orang yang buat tempahan dengan saya.. hikss salah sendiri gak selalu budak-budak ni size nama aje M tapi kecil (ke anak saya yang kurus semedang hheheh). Apa-apa pon dengan adanya size yang standard semua senang hati. :) Boleh tengok dekat sini ya untuk tempahan dan size tshirt. Tempahan bulan Jun kehadapan sahaja. :)

Kura-kura bertenggek?

Korang nampak tak apa saya nampak? Nampak tak kura-kura ni bertenggek atas tangga ni. Memang kura-kura boleh memanjat sampai macam ni sekali ke? Heran-heran... Tinggi gak palang ni. Dia boleh bertenggek relax aje macam tu. memang ke boleh memanjat. Hahah tuan yang kehairanan. Oh ya.. lagi seekor dah mati la. Kesian tinggal seekor aje. Yellow ni memang lasak dan hyper. Hari tu bawak balik kampung.. 5 jam dalam kereta pon dia maintain hyper. Kena la cari lagi seekor buat kawan si Yellow ni. Tapi tak pasti lak yellow ni jantan ke betina. kena bawa ke kedai la bila nak cari pasangan dia nanti. Kura-kura korang memanjat tak? Hahaha

Comel tak stamp saya?

dapat juga miliki stamp sendiri. Comel plak bila da di cop kat kertas. Lepas ni boleh la cop atas kain pula. Hiks Kalau atas fabrik boleh guna dakwat yang khas untuk fabrik ya. Kedai alat tulis ada jual.

Jumaat, 14 Mei 2010

Karnival Jom Heboh dan Hari belia, Putrajaya

Ni la sibuknya keadaan Putrajaya bila nak ada event. Semua jalan jem. Bila khemah dah siap pasang semua, muzik diaorang main semua punya la kuat. Bising sampai ke dalam pejabat. tapi yang best semuanya kitaorang tengok dulu. Karnival dari Hari ini Jumaat 14 mei 2010 hingga Ahad 16 Mei 2010. hebat
Ni siap trak gokart la apa bagai. Kalau tengok kedepan sikit ada gelanggang futsal. Ada Rentap Futsal katanya. banayk team yang masuk kalau baca dalam surat khabar. Permainan selama 60jam tanpa henti. Memang hebat. Siang malam la pesta. Confirm esok jam la putrajaya ni.


Khamis, 13 Mei 2010

Papan kenyataan yang tiada papan

Saya suka bila tengok bilik jahit orang lain ada papan kenyataan. Saya nak la juga satu. Tapi bila memikirkan nak memasang.. memaku papan kenyataan tu terus tak jadi. Kalau guna double sided cepat aje board tu jatuh. Akhirnya fikir punya fikir jadilah papan kenyataan saya yang tiada papan. Terus aje tampal kat dinding guna pelekat yang berwarna-warni dan ceria tu. Senang hati bila memandang.
Apa yang saya lekatkan? Tidak banyak pon lagi. Tapi yang pastinya saya lekatkan hasil kerja saya yang pertama. Tu prokej felt pertama saya. House felt. Tu la projek yang mengembangkan usaha saya menjahit felt tee. Lepas tu, saya punya easy stitch. Hiks, cuba tengok lawak aje kan. Ada juga nota saiz baby pouch dan juga keratan hujung kain yang ada nama designer tu. Ni kain ni dah habis digunakan. Saja saya simpan. Colorful kan warna hujung tu. Cetakan warna apa yang diguna. Nanti kita tengok berapa banyak yang akan melekat kat dinding ni. :)


Rabu, 12 Mei 2010

Ku lihat hijau tp dlm hati sadis

Sayu aje hati bila tengok adik heran mama pergi mana.
Adik memang beruntung, tak pernah kena tinggal. Berkepit aje.
Kakak pula seorang yang berdikari. Kakak cepat sesuaikan diri.
Takpela dik, kejap aje kena tinggal. Adik minum la susu yang mama bekalkan tu.
Malam-malam adik sabar aje la kejap ya sbb takde tempat nak mengemping.
Nanti mama balik bawa mainan utk kakak dan adik ya.
Kakak dan adik jaga abah bebaik tau. Hiks
Love u all

**mama mood emo**

Selasa, 11 Mei 2010

Hadiah kereta seorang satu

buat aadam kereta warna kuning...
buat aaron kereta warna hijau

dan kereta warna merah buat hady..


jangan rebut-rebut ye, ada kereta seorang satu tu :)

Alahan kepada telur



Bulan hadapan adik akan genap setahun. Masa check-up pada 9bulan, mama ada bagitahu nurse yang adik alah kepada telur. Bila dibagitahu mengenai alahan telur ini, mama diberitahu untuk suntikan satu tahun, (MMR) antara bahan dalam dos suntikan tersebut adalah telur. Bagi mengelakkan sebarang komplikasi selepas suntikan nanti, adik akan dimasukkan dalam wad selama 6jam untuk diberi pemerhatian. Huargghh bila dengar aje bab masuk hospital, mama memang tak suka la. huks.. Doktor kata takpela sebab adik boleh makan biskut, roti mungkin alahan dia dah kurang. Baik diberi pemerhatian aje pada hari tu nanti.

Mama dah risau dah nak tunggu sebulan lagi ni. Mema kena google cari bagai. Ada sesiapa ada pengalaman anak alah kepada telur? Boleh kongsi dengan saya. Harap-harap hero mama kuat okeh. Luv u darl.. :)

Sabtu, 8 Mei 2010

Aktiviti tahunan: BBQ paling sedap

Pada tahun ni, keahlian untuk akiviti tahunan telah bertambah. Selamat datang buat Adik. Hiks.. Tahun lepas adik dalam perut lagi, Syameel pulak baru nak belajar berdiri.

Pencecah wajib. Hasil tangan acik Shida. Air asam cili tomato dan lada kicap. Yummm. Ada orang tu ngidam nak buah mangga muda cicah rojak mak bee. layann (oh mineee.. kecur air liur baca entry ni)

Makhluk-makhluk yang wajib dikorbankan pada hari itu. Dipanggang dengan arang mahal. Arang lebihan tahun lepas dan masih ada lebihan lagi untuk dipanggang tahun hadapan pula.

Kasihan dekat adik. Orang berlari-lari main di luar, adik ditinggalkan dengan mainan yang bersepah tak hengat. Ahhh geram mama tengok korang menyepahkan.

Asap yang malu-malu nak keluar. Saya cadangkan siapa nak BBQ guna la arang mahal ni. Senang kerja takde batuk-batuk merah mata lawan asap.

Tukang panggang dan tukang makan. Cubaan ambil gambar oleh kakak. Boleh la kakak, semua masuk dalam frame. 
Eleh... kakak tu nak posing aje sebenarnya. Dia aje lebih sengih dalam gambar.

Dah mula nak main kat luar. Nasib hari redup.

Ntah apa gaya la syameel nak buat ni. Acik pon tak paham.

Eleh korang.. ingat mama pakai kamera DSLR ke nak ambik gambar jejauh gaung tu... layan kan aje

Nak ambik gambar lari pulak. Aiihhh nampak sangat nak kena beli DSLR ni.. hahahah

Syameel.... minta ayah beli DSLR satu.. nanti acik leh pinjam...

Biasa la gambar penutup mesti ada.. Makcik Senah dan Makcik Piah. Kawan baik-baik okeh.. jangan gaduh-gaduh tau. Tahun depan kita buat lagi. Mungkin di banglo baru?? Muahahahah berangan tak hengat.