Isnin, 7 Jun 2010

Perjalanan yang masih jauh.

Jun 2005
orang lain kurus nak kawen.. saya tembam plak.. hahaha

Ogos 2006
Kakak 40 hari.. halus aje.

Ogos 2007
Kakak menyambut ulangtahun pertama. Seronok sangat dia. kecik-kecik dah pandai nak melawa. Rambut dah mula panjang..

Jun 2008
Selamat Hari Bapa buat abah. Waktu ni.. macam biasa kakak paling gembira bila ada sesi bergambar.

Ogos 2009
Dah ada adik. Adik dah 2 bulan waktu ni. Adik pula semestinya chubby aje. Geram nak geget. Terkepit dengan kakak.


Jun 2010
Wahhh.. happynya duaorang ni. Baik ke duaorang tu... adik dah sama besar dengan kakak dah.. Main peluk-peluk siap...

.

.

.

.

.

.

.


Tapi tu tak lama.... sekejap aje... tengok la.. adik dah pandai buli kakak.... Hahah geram sangat tgk gambar ni. Ya allah ya tuhanku... lindungilah keluarga kami. semoga kasih sayang yang ada menjadi hak milik kami selamanya. Sayang semua..

(lepas ni.. every year saya nak tambah satu gambar dalam entry yang sama)
oh.. saya takde mood nak update pasal jahitan. tunggu la ye hingga hujung bulan ni kalau bersabar.. hikss

Ahad, 6 Jun 2010

Stok baru

Menambah zip 18 inci yang berwarna-warni. Ada la projek yang nak di buat. Jarum 11 yg halus dan panjang utk saya jahit felt. Pack yg lama da habis. Apa projek hujung minggu anda?

Jumaat, 4 Jun 2010

SIri II: Tapak-tapak mesin jahit

Saya sambung lagi entry berkenaan tapak-tapak mesin jahit. Penting gak saya kumpulkan tapak-tapak ni, sebab kalau manual hilang lagi boleh menangis. Hiks. Tutorial nak guna, kena sabar-sabar kan aje lah. Oh.. ya saya gunakan mesin janome harmony 2049 dengan tapak-tapak ini. Mungkin mesin lain ada juga tapak-tapak ni tapi saya memang tak pasti ada semua atau tidak. :)

Tapak zip sembunyi

Tapak zip piping

Tapak jahitan lurus
Kalau nak buat jahitan lurus seperti table runner atau sarung kusyen sesuai pakai tapak ni. Cantik aje jahitan kita. Lurus sahaja. Tak Perlu nak jaga jarak jahitan lurus tu kalau guna tapak zig zag

Tapak Kulit
'Tapak ni ada macam roda. Yang warna emas tu. Boleh bergolek dan berpusing la.
Tapak ini sesuai untuk menjahit kulit tiruan, vinyl, kain elastik dan velvet

Tapak pasang butang

Tapak plastik tak kedut
Memudahkan jahitan atas kain ultrasuede, vinyl, kulit tiruan yang sering melekat ke dalam tapak besi waktu jahitan.
Kain ultrasuede akan kelihatan cantik selepas dijahit

Rabu, 2 Jun 2010

Keletah anak bujang ku

hikss.. cuba tengok mata adik.. aaAaahh.. geram okeh.. chicky betul... geget boleh dik.. apa la idea dalam kepala dia tu... Kakak.. ahh dia memang tak perlu disangkalkan lagi bab-bab menyengeh ni..
opss... sedikit seksi.. memang takkan dilepaskan peluang bila ditanggalkan baju dia.. Terus nak lari, nak main. bila dah asyik mulalah air terjun laju je turun...

Haaa.. siapa ni dik... dengan rambut yang dah panjang betul.. lom setahun lagi dah melentik-lentik... Mashamm aje bau... Boleh eh.. gaya tido gini.. hikss

Muka dan rambut sebelum dipotong... yeaa.. adik memang hensem.. rambut panjang hensem...



rambut pendek pon hensem... abah dia tak luluskan potong rambut ala Mawi.. ahh kecewa mama... hanya di trim keliling sahaja... hikss... jadilah dari tak habis-habis tarik rambut bila nak tido dan menggaru bila panas. Jambul tetap ada okeh... Aset tu.. :P

Selasa, 1 Jun 2010

Bila da dapat

Akhir nya yg ditunggu sudah sampai. Bila tengok subjects yang akan di lalui mulalah rasa berdebar. Dah lama tinggal kan alam student ni. Excited ada takut pon ada, walau apa pun saya tak sabar nak mula kan fasa baru dalam kehidupan.

NotaKu: Layout blog warna hitam memang tidak sesuai dengan jiwa raga saya. Balik ke warna putih ya.. tenteram sedikit hidup

Hadiah ke.. bantal ke??

Ada orang dapat hadiah ke? Nampak comel aje (Matilahh puji sendiri.. hiks)

Ehh.. bukan hadiah la.. ada url blog sendiri ni....

Apa sebenarnya ni... bantal kecil ke? Ke bantal wangi macam Lovely lace tu.? hahha sesuka aje nak main teka teki.

Tada... pin cushion jer.. pasti lah sendiri yang buat... Apa lagi.. ni la pertama kali buat pin cushion untuk diri sendiri. Selama ni saya bergantung dengan pin cushion yang saya terima daripada ArniNasir masa buat swap tahun lepas. Tu aje yang ada.

Bila tiba-tiba rasa nak buat sendiri, ini lah hasil pin cushion tak sampai 10minit. Copkan kain beluci ni dengan cop rasmi saya, serikan pula dengan tag alat jahitan yang sedia ada, ikatkan dua biji bantal dengan ribbon yang comel... akhirnya... siap la pin cushion yang mudah ini.