Selasa, 13 Disember 2011

Aktiviti stamping pada tshirt oleh Adik dan Kakak

Kakak Nana kata dia boring cuti sekolah tak buat apa-apa dan tak kemana.. (kesian lah kan, mama sibuk ngan final exam.. abah sibuk ngan SBPA) sila bertabah ye anak-anak. Bagi mendiamkan kakak buat seketika mama ajak dia wat stamping.. selama ni sibuk belek macam nya stamp kan



bahan-bahan yang diperlukan
- stamp
- blok
- fabric watercolor
- tuala
- tshirt kosong (tiada dlm gambar)
- air
- berus (huarghh berus makeup mama jadi mangsa keadaan)



orang penting dalm aktiviti ini: Adik dan Kakak



mula-mula sapukan sedikit watercolor pada stamp
seronok betul tengok muka diaorang masa ni.. tahap teruja tinggi betul heheh JAKUN



kemudian sapukan pada stamp yang dah dilekatkan pada blok



sapu ikut sesedap rasa.. susun la perkataan apa yang nak. ni perkataan SWEET



sapu lagi pada stamp-stamp lain.. kalau boleh nak guna semua stamps yang mama ada.. hehehe dari duduk dah nak mencangkung ekekek



sapu lagi bagi puas hati.. campurkan semua warna yang adaaa



hasil awal.. kakak wajib la posing kan ehhehehe



teruskan menyapu warna.. adik dah mula nak buat aktiviti sendiri



yeahhh hasil yang dah siap.. SWEET GIRL dengan macam-macam corak keliling.. bila dah kering boleh la ironkan atas stamping tu dengan beralaskan kain



dah.... dahhh ni dah aktiviti lain ni... comot di buatnya... takpela mama bg can... nnt korang kemas yer

Isnin, 12 Disember 2011

Nursing cover 2 in 1


depan bercorakkan haiwan haiwan comel dan kecil



bahagian lagi satu pula bercorak kuning polkadot.. terang mata memandang



si ibu boleh la pilih nak sarungkan bahagian mana. yang pastinya dua-dua comel :)

Ahad, 4 Disember 2011

Sepasang skirt labuh dan tudung syria


Sudah lama nak jahit skirt labuh buat diri sendiri. Akhirnya dapat peluang bila menjengah ke Kamdar ada buat sales 50% untuk kain lycra.. seronoknya. Dapat pula corak yang menarik hati terus beli. Saya beli 1.5 meter aje.. yang rancangan asalnya nak buat untuk diri sendiri aje, tapi bila Nana tengok saya jahit dan cuba-cuba di meannequin dia pon sibuk nak sama juga.. siap dah nangis nak tudung dan skirt juga. Saya berjaya juga la buat tudung syria untuk Nana tapi yang skirt nya dah jadi mini skirt.. hahahah tak boleh pakai la kalau dengan tudung sekali.



tudung syria yang sangat saya puas hati. Saya rasa jahitan yang kali ini memang kemas. Selama ni menghadapi masaalah dengan Overlock brothers saya tu.. ingatkan saya tak pandai setting.. rupa-rupanya benang hitam yang saya guna tak berkualiti.. tukar guna benang putih yang dibekalkan tu terus cantik aje jadinya. Bila dah jahit tepi saya kemaskan pula dengan jahitan mesin janome 2049 saya tu. Guna jarum mesin biasa je, tidak guna jarum ballpoint atau emas. Seronok bila tengok hasil yang kemas (dah dipakai pon.. hehehe)



Hujung skirt ni saya buat narrow hemmed sahaja. Nampak la berombak-ombak sikit hujung skirt tu (bukan ombak rindu ye :P) Terjatuh ke bawah aje la kain tu. Ada lagi stok kain lycra saya beli kat kamdar. Pas ni boleh la saya buat sepasang lagi. ehehehhe

Jumaat, 4 November 2011

Jahit sendiri sarung Ipad


pandangan hadapan, siap sekali dengan getah bagi menguatkan lagi pegangan ipad kat dalam tu. Bahagian luar saya gunakan heavy cotton berwarna merah jambu pekat



bahagian dalam pula dari koleksi Timeles Treasures Fabrics. Bagi kombinasi ceria sikit.



Macam nak muntah jahit yang kat bahagian semi bulatan tu.. ialah orang tak mahir menjahit kan :P Gitu la gayanya.. susah sikit rasa nak muntah hehehe



Ada juga jahitkan bahagian untuk sangkutkan bahagian depan sarung.



Maka boleh lah didirikan Ipad tu. Senang la nak melayari internet kaedahnya



kalau boring gaya baring pon boleh... hahaha gaya bebas kan..



Selesai gak jahit sarung ipad ni walaupun nak dekat 4..5 kali nak mun mun.. ahaha Saya gunakan pattern Ipad Cover dari Etsy NapKitten. Yang pastinya puas hati.. pasni nak jahit guna kombinasi fabrik polkadot pula... Yeahhh

Isnin, 17 Oktober 2011

Bantal dora utk kakak nana


Dah lama saya beli kain panel dora ni. Saya beli online aje, seller dari Malaysia pon je.. lupa pula dari siapa sebab lama benar belinya. Bila nampak aje gambar Dora terus beli, sebab tau kan nana suka koleksi Dora ni. Tapi bila dapat mama yang terlebih rajin tu yang kain panel ni tersimpan lama. Bila mood menjahit datang baru la nak hegeh hegeh buat. Senang aje kan kain panel ni, ikut aje garisan yang ada pastu jahit. Selesai kerja



hasil setelah di potong dan dijahit ikut garisan yang sedia ada. Saya buat satu bantal yang bentuk Dora dan satu lagi bantal peluk panjang. Saya guna satu aje Dora besar tu kalau ikutkan bleh buat depan belakang gambar sama kan...  Kat bawah ada gambar kain belakang Dora tu.



puas gak la sumbat dengan filler nak bagi gebu Dora ni, supaya sedap di peluk kakak :_



ini kain untuk bahagian belakang Dora. Saya gunakan kain bercorak cupcake, nanti gambar dora besar (yang kat kain panel) tu boleh buat lagi satu patung dora kan.



kakak nana la paling gembira bila dah siap. sedap digomol



eh.. adik pon nak tumpang sibuk. dia pon nak tumpang peluk Dora



takpe lahhh share kan.. janji korang jangan gaduh :)

Selasa, 11 Oktober 2011

Buku kraf murah di Big Bad Book Sales


Siapa yang suka buat koleksi buku kraf, jahit menjahit, scrapbook dan quilt boleh lah terjah ke Big Bad Book Sales di MAEPS Serdang hingga hujung minggu ni.Majalah Crosstitch yang saya beli tu.. satu RM5 satu lagi RM8.. Saya pergi hari Isnin.. mungkin siapa yang pergi hujung minggu lepas mesti dpt lagi banyak majalah. Yang buku fleece tu hanya RM10. hahaha buku-buku novel yang sempat dirembat tu lupa lak nak ambil gambar hehehe


Macam-macam jenis buku ada.. saya teruja tengok novel yang best2 hanya RM8 hannah pula senyum sampai ke telinga bila tengok banyak buku Dora and princess... ahahhah Saya nak pergi lagi ni, nak borong novel-novel yang best dan nak selongkar lagi buku-buku kraf. Membaca jambatan ilmu kaedahnya kan... :)

lagi gambar felt on tshirt.. dijahit tangan :)

cuci mata lah ya hasil jahitan felt on tshirt saya yang lepas-lepas.. malas lak nak mengarang ayat :P kalau berminat nak buat satu.. boleh isi form di contact me kat atas nun. Terima kasih pada yang membuat tempahan di bawah ini... :)






 

Khamis, 22 September 2011

Belakang tabir sesi photoshoot SD & Keluarga

Ini kisah dua minggu lepas. Team Seri Dewi & Keluarga nak buat temubual dengan saya. Hik siks... malu pulak kan macam la glamor dan pandai sangat menjahit. Saya di hbungi Cik Emilia, nakkan kisah hobi ibu dan anak. Hobi apa ya? Hobi menyepah.. hheheheh hobi menjahitnya pon la kan..

cik lia yang ceria.. peming agaknya nak setting kamera bagai dengan duaorang budak tak tau diam



Susun-susun hasil jahitan yang lepas yang memang saya simpan buat kenangan.. Sesi temubual dah selesai pon.. cuba tengok bawah meja tu.. ahahaha



ahaha nampak tak budak sengih-sengih bawah meja tu.. adik pi kumpul butang baju yang berterabur di buat main.. bila nampak mama nak shoot aje terus sengih-sengih tanpa pedulikan orang keliling tengah buat kerja



Sengih dik eh.. geram okeh. Terima kasih pada Kak Suzi3 yang bagi cadangan untuk bagi adik minum susu Lactogen nak elakkan sembelit, alhamdulliah dah nampak banyak perubahan. Terima kasih ye kak. :) Buat team SDK, jangan serik ler layan kami bertiga ni. ala-ala huru hara gak. Hasil temubual katanya akan dikeluarkan pada bulan Disember nanti. Kita tunggu aje la yer hasil omelan saya.

Isnin, 19 September 2011

Jom Jahit Table Runner: Khas untuk Aidilfitri

NAmpaknya table runner yang dah siap jahit ni semua guna untuk Aidilfitri kali ini. Siap semua dengan kuih raya kan. :) . kalau sesiapa yang baru nak joint boleh klik Jom Jahit Table Runner. Sementara tu jom ramai-ramai terjah blog hasil kreatif blogger yang dah siap ni.



Table runner dari CT n Honey.
Ceria betul.. suka sanya tengok.. rajin pula tu buat aplique.. kalau saya lah ntah zaman bila boleh siap.



ini pula table runner ZiraAziz yang berpatchwork.
Kombinasi warna tanah. sejuk mata memandang. Cantik. :)



Table runner dari Cik Mila Rimbun kita, dijahitkan khas rumah bonda beliau



Nureen pilih kombinasi warna ceria pink merah. Saya pon naik geram tengok warna ni. ceria.



Ini tuan tanah punya. habiskan sisa-sia kain yang ada.


Terima kasih pada yang menyertai aktiviti Jom Jahit secara maya ni. Kalau ada yang dah siap tapi saya tak update lagi bagitau la ya...


 

Khamis, 15 September 2011

CFT: Lollipop dan gula-gula


Tempahan dari Puan Hawa untuk anak-anak-anak babysitter nya. Untung Asma dan Husna. :) Pn Hawa ni return customer yang dah banyak kali return.. terima kasih banyak-banyak.



Yang ini pula untuk Husna. Beliau kata buatlah felt yang sesuai untuk girls. Bunga atau rama-rama. Tapi bila fikirkan dah selalu sangat buat corak tersebut saya pilih lollipop dan gula-gula. Pasti manis budak-budak ni kan



Lollipop yang ceria



Dan gula-gula bersama butang comel. Ringkas dan ceria.



Kalau ada yang berminat nak buat tempahan customized felt tshirt ni, boleh aje isi form di ruangan Contact Me di atas ya. Saya akan balas email tersebut dalam tempoh masa 24jam.