Selasa, 13 Disember 2011

Aktiviti stamping pada tshirt oleh Adik dan Kakak

Kakak Nana kata dia boring cuti sekolah tak buat apa-apa dan tak kemana.. (kesian lah kan, mama sibuk ngan final exam.. abah sibuk ngan SBPA) sila bertabah ye anak-anak. Bagi mendiamkan kakak buat seketika mama ajak dia wat stamping.. selama ni sibuk belek macam nya stamp kan



bahan-bahan yang diperlukan
- stamp
- blok
- fabric watercolor
- tuala
- tshirt kosong (tiada dlm gambar)
- air
- berus (huarghh berus makeup mama jadi mangsa keadaan)



orang penting dalm aktiviti ini: Adik dan Kakak



mula-mula sapukan sedikit watercolor pada stamp
seronok betul tengok muka diaorang masa ni.. tahap teruja tinggi betul heheh JAKUN



kemudian sapukan pada stamp yang dah dilekatkan pada blok



sapu ikut sesedap rasa.. susun la perkataan apa yang nak. ni perkataan SWEET



sapu lagi pada stamp-stamp lain.. kalau boleh nak guna semua stamps yang mama ada.. hehehe dari duduk dah nak mencangkung ekekek



sapu lagi bagi puas hati.. campurkan semua warna yang adaaa



hasil awal.. kakak wajib la posing kan ehhehehe



teruskan menyapu warna.. adik dah mula nak buat aktiviti sendiri



yeahhh hasil yang dah siap.. SWEET GIRL dengan macam-macam corak keliling.. bila dah kering boleh la ironkan atas stamping tu dengan beralaskan kain



dah.... dahhh ni dah aktiviti lain ni... comot di buatnya... takpela mama bg can... nnt korang kemas yer

11 ulasan:

  1. Diaorg stamp kat kain ja tak pa.. Kalau anak buah sue la tu..kompem habis dinding pun dah distamp kan nya..kikikiiiii

    BalasPadam
  2. hmmmm best la tapi kalau anak akak habis satu rumah .tu yang tahan.tapi anak2 akak hari2 g ngaji,pth ada kumon ,sabtu ada kelas art.full juga la.mama dia yang penat

    BalasPadam
  3. @Suzie, hehehe ok la bdk2 ni jenis tak conteng dinding dgn syarat kena bg kertas bebanyak... ehhe tunggu la nana besar sikit baru hantar pat lain.. ngaji pon seminggu 2 kali je..

    BalasPadam
  4. @sue, kena kontrol la su.. ehehhehe

    BalasPadam
  5. stamping kt t shirt ni guna poster colour ke? Tahan ke colour bila dicuci? Pastu apa maksud iron lepas stamping tu? Sorry ye, bnyk plak soalannya. Maklumle buta seni. Huhu....

    BalasPadam
  6. @lin, kat atas tu da tulis da.. tu fabric watercolor.. so mmg tak hilang la.. dah kering.. alas kan kain atas stamping tu pastu.. iron kan aje.. supaya color tu kekal..

    BalasPadam
  7. stamp & blok blh beli katne ye?? mcm best je xtvt nih...nk try wat la...kreatif la pn. tini nih...hehe....

    BalasPadam
  8. Wahh, kecik-kecik dah kreatif..

    BalasPadam
  9. @hafiza, boleh tgk kat entry jom tanya saya berkenaan scrapbooking

    BalasPadam
  10. bagus..aktiviti sihat tuk anak-anak....leh ajo kekretifan dr kecil... betuah kak nana and adik :P

    BalasPadam
  11. seronok aktiviti budak2 ni...boleh pinjam idea ni utk hujung minggu...dari pada diorang tgk tv baik buat aktiviti macam ni kan...

    tapi mmg nampak sgt muka diorang excited abis!mesti selama ni mama tak bagi usik kan?

    BalasPadam