Khamis, 22 September 2011

Belakang tabir sesi photoshoot SD & Keluarga

Ini kisah dua minggu lepas. Team Seri Dewi & Keluarga nak buat temubual dengan saya. Hik siks... malu pulak kan macam la glamor dan pandai sangat menjahit. Saya di hbungi Cik Emilia, nakkan kisah hobi ibu dan anak. Hobi apa ya? Hobi menyepah.. hheheheh hobi menjahitnya pon la kan..

cik lia yang ceria.. peming agaknya nak setting kamera bagai dengan duaorang budak tak tau diam



Susun-susun hasil jahitan yang lepas yang memang saya simpan buat kenangan.. Sesi temubual dah selesai pon.. cuba tengok bawah meja tu.. ahahaha



ahaha nampak tak budak sengih-sengih bawah meja tu.. adik pi kumpul butang baju yang berterabur di buat main.. bila nampak mama nak shoot aje terus sengih-sengih tanpa pedulikan orang keliling tengah buat kerja



Sengih dik eh.. geram okeh. Terima kasih pada Kak Suzi3 yang bagi cadangan untuk bagi adik minum susu Lactogen nak elakkan sembelit, alhamdulliah dah nampak banyak perubahan. Terima kasih ye kak. :) Buat team SDK, jangan serik ler layan kami bertiga ni. ala-ala huru hara gak. Hasil temubual katanya akan dikeluarkan pada bulan Disember nanti. Kita tunggu aje la yer hasil omelan saya.

Isnin, 19 September 2011

Jom Jahit Table Runner: Khas untuk Aidilfitri

NAmpaknya table runner yang dah siap jahit ni semua guna untuk Aidilfitri kali ini. Siap semua dengan kuih raya kan. :) . kalau sesiapa yang baru nak joint boleh klik Jom Jahit Table Runner. Sementara tu jom ramai-ramai terjah blog hasil kreatif blogger yang dah siap ni.



Table runner dari CT n Honey.
Ceria betul.. suka sanya tengok.. rajin pula tu buat aplique.. kalau saya lah ntah zaman bila boleh siap.



ini pula table runner ZiraAziz yang berpatchwork.
Kombinasi warna tanah. sejuk mata memandang. Cantik. :)



Table runner dari Cik Mila Rimbun kita, dijahitkan khas rumah bonda beliau



Nureen pilih kombinasi warna ceria pink merah. Saya pon naik geram tengok warna ni. ceria.



Ini tuan tanah punya. habiskan sisa-sia kain yang ada.


Terima kasih pada yang menyertai aktiviti Jom Jahit secara maya ni. Kalau ada yang dah siap tapi saya tak update lagi bagitau la ya...


 

Khamis, 15 September 2011

CFT: Lollipop dan gula-gula


Tempahan dari Puan Hawa untuk anak-anak-anak babysitter nya. Untung Asma dan Husna. :) Pn Hawa ni return customer yang dah banyak kali return.. terima kasih banyak-banyak.



Yang ini pula untuk Husna. Beliau kata buatlah felt yang sesuai untuk girls. Bunga atau rama-rama. Tapi bila fikirkan dah selalu sangat buat corak tersebut saya pilih lollipop dan gula-gula. Pasti manis budak-budak ni kan



Lollipop yang ceria



Dan gula-gula bersama butang comel. Ringkas dan ceria.



Kalau ada yang berminat nak buat tempahan customized felt tshirt ni, boleh aje isi form di ruangan Contact Me di atas ya. Saya akan balas email tersebut dalam tempoh masa 24jam.

Khamis, 8 September 2011

Sepit rambut felt di pagi Syawal


model kesayangan mama. siap makeup bagai. nak Hari Raya ni mama katanya. Saya buat semua sepit rambut felt ni di malam raya. dapat tutorial dari internet kaedahnya kan. Asalnya nak buat satu sekali dah mula buat tak boleh berhenti. heheh terus hasilnya di bahagi ke anak-anak sedara yang ada.




4 bersaudara yang memeriahkan suasana. tak cukup korum lagi duaorang. yang berempat pon dah riuh rendah pening kepala. mama buat kan juga felt hair scarf utk sarah. sesuai lak ngan warna baju


adik yang muka paling notti. jambul asyik terkeluar aje. sebulan adik kena sembelit.. mengaruk aje bila nak berak. macam2 ubat saya bagi.. 2 kali juga la tukar susu. Alhamdulillah sekrang ni dah ok sikit.. saya guna Anmum pula.. moga pulih lah dari sembelit dia tu. sian tengok



Yang ini pula bunga felt gabungan ungu dan kelabu.. semua ada baju kurung sepadan warna dengan sepit rambut ni



yang ini pula bunga felt rose warna turqoise. lilit sahaja sampai selesai jadi bunga



yang ini kombinasi dua warna felt yang dijadikan sekuntum bunga ros. mudah sahaja. jimat belanja sambil habiskan stok felt yang ada. ehhehe


 

Rabu, 7 September 2011

Jom Jahit: Table runner raya TH


sempena raya ni wajibla kan atas meja ada sekali kuih raya. ehhehe Ini la table runner saya. Kain lebihan dari yang dulu masa buat projek Jom Jahit sarung kusyen. Ukuran dia agak lebar, kat pasaran takde kot table runner dengan kelebaran ikut suka saya ni. :P



gambar penuh table runner. Ingatkan nak beli fabrik baru untuk buat table runner ni tapi adik asyik demam aje sepanjang bulan puasa yang lepas, saya pon selongkar aje la almari.. dapat la kain ni. Kalau perasan saya sambungkan kat tengah3 tu.. Kain yang ada tak cukup panjang. AHhahah Nampak tak?



saya buat kemasan dengan jahit tepi dan kemudian jahit mesin seperti biasa. sekejap aje siap.



Percaya atau tidak.. ada lagi lebihan kain tu.. saya buat la untuk cover almari kasut.



table runner ni kurus sikit. boleh la.. buat menambah seri.



saya jahit tepi sahaja dan biarkan begitu. Tak nampak sangat serabut kan



oklah siap juga table runner saya. ada lain yang dah siap? Seperti selalu.. ada jer duaorang budak yang sibuk. Pantang nampak kamera. tu yang kat gambar2 atas ada aje kaki la tangan la yang nyibuk. hehehe