Selasa, 13 Disember 2011

Aktiviti stamping pada tshirt oleh Adik dan Kakak

Kakak Nana kata dia boring cuti sekolah tak buat apa-apa dan tak kemana.. (kesian lah kan, mama sibuk ngan final exam.. abah sibuk ngan SBPA) sila bertabah ye anak-anak. Bagi mendiamkan kakak buat seketika mama ajak dia wat stamping.. selama ni sibuk belek macam nya stamp kan



bahan-bahan yang diperlukan
- stamp
- blok
- fabric watercolor
- tuala
- tshirt kosong (tiada dlm gambar)
- air
- berus (huarghh berus makeup mama jadi mangsa keadaan)



orang penting dalm aktiviti ini: Adik dan Kakak



mula-mula sapukan sedikit watercolor pada stamp
seronok betul tengok muka diaorang masa ni.. tahap teruja tinggi betul heheh JAKUN



kemudian sapukan pada stamp yang dah dilekatkan pada blok



sapu ikut sesedap rasa.. susun la perkataan apa yang nak. ni perkataan SWEET



sapu lagi pada stamp-stamp lain.. kalau boleh nak guna semua stamps yang mama ada.. hehehe dari duduk dah nak mencangkung ekekek



sapu lagi bagi puas hati.. campurkan semua warna yang adaaa



hasil awal.. kakak wajib la posing kan ehhehehe



teruskan menyapu warna.. adik dah mula nak buat aktiviti sendiri



yeahhh hasil yang dah siap.. SWEET GIRL dengan macam-macam corak keliling.. bila dah kering boleh la ironkan atas stamping tu dengan beralaskan kain



dah.... dahhh ni dah aktiviti lain ni... comot di buatnya... takpela mama bg can... nnt korang kemas yer

Isnin, 12 Disember 2011

Nursing cover 2 in 1


depan bercorakkan haiwan haiwan comel dan kecil



bahagian lagi satu pula bercorak kuning polkadot.. terang mata memandang



si ibu boleh la pilih nak sarungkan bahagian mana. yang pastinya dua-dua comel :)

Ahad, 4 Disember 2011

Sepasang skirt labuh dan tudung syria


Sudah lama nak jahit skirt labuh buat diri sendiri. Akhirnya dapat peluang bila menjengah ke Kamdar ada buat sales 50% untuk kain lycra.. seronoknya. Dapat pula corak yang menarik hati terus beli. Saya beli 1.5 meter aje.. yang rancangan asalnya nak buat untuk diri sendiri aje, tapi bila Nana tengok saya jahit dan cuba-cuba di meannequin dia pon sibuk nak sama juga.. siap dah nangis nak tudung dan skirt juga. Saya berjaya juga la buat tudung syria untuk Nana tapi yang skirt nya dah jadi mini skirt.. hahahah tak boleh pakai la kalau dengan tudung sekali.



tudung syria yang sangat saya puas hati. Saya rasa jahitan yang kali ini memang kemas. Selama ni menghadapi masaalah dengan Overlock brothers saya tu.. ingatkan saya tak pandai setting.. rupa-rupanya benang hitam yang saya guna tak berkualiti.. tukar guna benang putih yang dibekalkan tu terus cantik aje jadinya. Bila dah jahit tepi saya kemaskan pula dengan jahitan mesin janome 2049 saya tu. Guna jarum mesin biasa je, tidak guna jarum ballpoint atau emas. Seronok bila tengok hasil yang kemas (dah dipakai pon.. hehehe)



Hujung skirt ni saya buat narrow hemmed sahaja. Nampak la berombak-ombak sikit hujung skirt tu (bukan ombak rindu ye :P) Terjatuh ke bawah aje la kain tu. Ada lagi stok kain lycra saya beli kat kamdar. Pas ni boleh la saya buat sepasang lagi. ehehehhe