Ahad, 29 Januari 2012

WIP: big alphabet

image



Work in progress. (WIP). Project big felt alphabet with my favorite photographer KC.. Siapa boleh tema saya nak buat perkataan apa? Terima hehehe siapa tema betul ada surprise nanti.... Menarikkan... Saya pon tak sabar nak tengok hasilnya nanti.. Banyak betul WIP ni... Ntah la tak tau nak duduk dia.. Ada aje benda nak dikerjakan, sambil layan budak budak ni yang banyak kerenah, dan isu maid yang tak selesai lagi... Baiklah saya layan menjahit, and boleh juga lupakan sebenarnya (jap je lupa.... Pastu ingat balik... Ahahah)

Rabu, 18 Januari 2012

Memilih mesin jahit yang sesuai

Ada yang bertanya pada saya macam mana nak beli mesin jahit yang sesuai, brand ni bagus ke tak... Ok la bagi memudahkan nak jawab persoalan itu, kat sini saya ceritakan pengalaman saya dalam membeli dan memiliki mesin jahit. Saya kenal mesin jahit sebab Mak Bonda saya pon suka menjahit. dia pon suka jahit untuk isi masa lapang tapi Mak Bonda lagi pandai mengait (crochete) tapi anak dia.. hampass... Mak ada mesin Singer yang manual kalau nak gerak kena goyang pakai kaki, elok lagi mesin tu sampai sekarang. Saya tak pernah pon cuba mesin Singer tu sebab takut nak handle kain nak uruskan kaki untuk goyangkan tapak mesin tu. Heheheh


Ok balik kepada saya, saya beli mesin jahit Janome harmony ni pon bila minat melihat dress kanak-kanak perempuan dan ingin mencuba menjahit sendiri. Saya belek, usha, baca, tenung dan renung macam-macam mesin yang ada depan mata. Selalu juga baca forum-forum berkiatan mesin jahit ni. Pada saya mula-mula nak beli mesin tu tengok pada




  • bajet yang ada sebab dari bajet tu la kita boleh memilih mesin yang sesuai.

  • Lepas tu dah ada bajet, saya tengok pula ciri-ciri mesin tu sama ada sekadar boleh jahit lurus aje ke, zig zag ke,  ada banyak tapak mesin yang boleh guna sekali ke

  • saya masa tu berkenan kat janome ni sebab pakej dia sekali dengan kelas belajar menjahit percuma selama setahun tapi sedihnya tak dapat pergi sebab lepas beli mesin saya mengandungkan adik dan asyik mabuk aje. mals nak ke pusat Epal.. hiks :gg

  • lepas tu saya tengok ada sekali buku manual. CD tutorial cara guna tapak menjahit, yang ini amat pentinglah kan kalau nak belajar sendiri susah nak refer kat sesiapa. Ada CD dan manual pantas sikit nak membega

  • mesin ni pon ada sediakan sekali 15 tapak mesin yang pelbagai kegunaan. (yang sampai hari ni lom lagi abis explore macam mana nak guna) Ada jenis mesin jual juga tapak tapi jaul asing-asing.. nak mencari satu-satu pon susah.. ehhe tapi kalau ada tak guna pon takde maknanya la kan.. ahak :P


Sampai sekarang hanpir 4 tahun saya guna mesin ini, tiada masalah besar pon... masalah pon sekadar jarum patah, yang ini pon saya guna aje jarum mesin Singer.. sesuai aje. Suka dan sayang mesin ni.


Ini mesin jahit tepi kesayangan saya hadiah dari Chinta hati ;) Bila dia dah bagi bajet yang sesuai.. saya pilih Brother Overlock 3034D. Seang la kerja menjahit bila ada mesin jahit ni. Nak buat pakaian la paling senang. Saya beli di kedai LSN Cheras. Pergi sana order lepas tu ambil. LSN after sales service dia bagus. Kalau kat forum Wanita Melayu tu siap ada forum untuk jawab segala masalah dari pembeli mesin. Rajin orang LSN. MEsin ni pon siap dengan buka manual dan juga VCD penggunaan mesin. Ada 2 tapak mesin di beri presser foot dan blind stitch foot. Blind stitch foot tu pon tak pernah cuba lagi. Hahahah Ini pon dah hampir 2 tahun saya beli. tiada masalah besar.


Buat sesiapa yang nak beli mesin, senaraikan la apa yang perlu dan nak digunakan untuk apa. Janji akhirnya kita gebira dan seang hati bila menjahit. :)

Khamis, 5 Januari 2012

Quilling: Cubaan pertama kali


terjebak nak buat cubaan dalam quilling bila beli majalah Craft Beautiful
Harga RM24 saya beli di The Times, Pavillion



Siap ada free gift bahan-bahan untuk quilling, tu yang rasa seronok nak beli tu. Ialah kalau nak beli kertas dan quilling tool tu pon dah berapa harganya kan, ni siap dengan majalah, kertas dan juga buku panduan  macam mana nak mula buat quilling. Suka sangat :gg Selama ni selalu aje usha blog Miyyah dan Miezam tu, cun giler dia wat quilling. Diaorang ni dah tahap sifooo dah... saya ni mak budak yang saja saja gatal tangan nak buat quilling gak.



Tadaaa... (favourite word hariz) hasil pertama kali saya buat quilling. Hahhaha nampak aje macam cantik. Gigil-gigil gak la tangan buat kelopak bunga ni bagai



Nampak tak bekas gam tu.. hahaha ni kelopak pertama saya nak tampal, sekali bila dah tampal baru sedar terbalik... apa lagi cepat-cepat la tanggalkan dan tukar arah.. haaaa berbekas terus.. ekeke nasib gam PVA takde la nampak sangat comotnya (walaupun mmg comot gak)



bengkang bengkok juga la ranting bunga tu.. gigil okeh nak sapu gam



Bentuk bunga tu di panggil teardrop, bulatan tengah tu dipanggil loose coil



Yang daun hijau tu dipanggil eye (marquise) dan yang daun kecil tu bentuknya dipanggil leaf (slug). yang leaf tu nampak macam senang tp der..... picit punya picit sampai nak renyuk lak jadinya.


Ok la seronok buat quilling ni sebabnya kertas warna-warni. Saya suka explore sesuatu yang baru dan cuba sendiri baru la tau senang atau susah kan.  pastu cari cara yang sesuai dengan diri sendiri. Jangan tanya saya lelebih pasal quilling ni.. saya baru beginner aje. hahaha